Friday 6 August 2010

A126968 Liyana LJ03

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Kebahagiaan adalah hak milik setiap insan. Kebahagiaan adalah perkara perlu yang mesti ada dalam diri manusia. Itulah satu perkataan yang saya pelajari sepanjang minggu ini tentang kebahagiaan dalam Pengurusan Emosi. Kebahagiaan adalah suatu perasaan yang lahir dari hati dan disertai dengan perbuatan yang boleh membuatkan orang lain disenangi. Apa yang kita tahu, kebahagiaan itu sentiasa diluahkan oleh setiap orang dari segi rohaninya mahupun jasmaninya. Setiap yang saya pelajari semasa pengurusan emosi pada hari ini ialah bagaimana cara untuk kita mengecapi kebahagiaan yang ideal untuk melalui masa akan datang? Cara-caranya ialah seseorang yang sentiasa meletakkan dirinya dalam keadaan baik, dia akan menikmati kebahagiaan tersebut. Justeru itu, jika seseorang yang sentiasa memikirkan masalah tentang dirinya yang tidak sempurna, beliau tidak akan merasakan kebahagiaan itu adalah satu kecukupan dalam diri. Saya telah mempelajari tentang kebahagiaan itu adalah menerusi orang yang gembira kemudian naik kepada peringkat keupayaan yang tinggi untuk mencapai kebahagiaan. Salah satunya ialah, kebahagiaan ini bukanlah kita mendapatkannya serta-merta malah kebahagiaan itu datangnya dari akar umbi. Maksudnya disini, untuk mencapai kebahagiaan itu, kita perlu menjalani perkara yang sukar sehingga sanggup berkorban masa serta menjanjikan kebahagiaan itu tercapai.

 

Pada pendapat saya, kebahagiaan itu sangat luas dan pelbagai situasi kita boleh lihat melalui aspek tersebut. Contohnya, senyum adalah satu langkah untuk mencapai kebahagiaan. Seperti lagu ini:

 

Senyum seindah suria

Yang membawa cahya

Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

 

Jika anda menyanyikan lagu ini, mungkin satu kebahagiaan itu akan teripta dalam sanubari. Senyuman yang ikhlas dan tulus walaupun sedetik pun, ia sentiasa mendatangkan ketenangan hati dan jiwa.

 

Saya ingin menceritakan satu pengalaman di mana saya merasakan satu kebahagiaan pada situasi tersebut merupakan saat bahagia kerana saya bangga menjadi warga Negara Malaysia. Adakah anda berasa sesuatu terhadap lirik lagu yang didendangkan? Adakah sesuatu semangat dan penghayatan tercetus dalam hati anda ketika mendengar lagu? Pada pendapat saya ya!!! Sewaktu saya belum mengenali apa itu cintakan Negara, saya tidak memberi fokus tentang cinta saya terhadap Negara. Saya lebih mengabaikannya kerana perkara tersebut adalah perkara biasa dan standard untuk semua orang. Walhal, setelah saya menjalani hidup waktu demi waktu, hari demi hari, dalam fikiran masih tertanya-tanya perlukah kita berkata "saya bangga menjadi rakyat Malaysia" padahal apa yang kita rasai kebanggaan sebagai anak Malaysia ini? Saya telah menjalani satu Kem Bina Tata Negara yang telah menyedarkan saya daripada kelompok hitam yang mengaburi pandangan saya tentang cintakan Negara. Kebahagiaan hidup dalam keadaan Negara yang aman ini telah saya kecapi semasa saya melalui kem tersebut.

 

Oleh itu saya bawa kebahagiaan itu pulang dengan keadaan hati yang gembira dan terharu tentang perjuangan tokoh-tokoh tanah air kita yang tercinta. Semasa saya menjadi pemudah cara dan ketika itu malam kebudayaan adalah malam kemuncak. Kebahagiaan yang saya kecapi ketika lagu-lagu Malaysia didendangkan dan semangat cintakan Negara mula melonjak. Saya begitu bersemangat dan identiti tersembunyi saya sebenar mula menonjol. Saya semakin aktif dan gembira serta terus menerus terasa kebahagiaan dan keamanan bermastautin di Malaysia telah dirasai dan dikecapi sepenuhnya. Itulah kehebatan Malaysia dari dulu hingga kini, kebahagiaan yang sering ingin dikecapi untuk rakyatnya.

 

Oleh hal yang demikian, pengajaran yang telah saya dapati ialah kebahagiaan itu adalah anugerah yang lahiriah dan muncul dalam situasi yang berbeza dari segi aspek tertentu. Kebahagiaan itu juga adalah satu nikmat hidup yang ideal bagi setiap insan. Sekian.

No comments:

Post a Comment