Friday 6 August 2010

A134730 FARZANA LJ03

Salam 1 UKM  kepada semua. Dalam kuliah yang ketiga, kami telah diberi pendedahan tentang emosi positif. Seperti yang kita sedia maklum, emosi yang positif seringkali dikaitkan dengan perasaan gembira dan juga bahagia. Kegembiraan boleh ditakrifkan sebagai  satu emosi yang menggembirakan, suka dan juga kepuasan. Sebagai contoh, seorang individu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang muzik. Apabila mendapat peluang untuk membuat persembahan, sudah tentu akan menjadi satu kepuasan bagi dirinya.

Beberapa orang ahli falsafah mempunyai pendapat masing-masing tentang emosi kegembiraan ini. Menurut Aristotle, kegembiraan merupakan sesuatu yang mendorong kepada kejayaan. Hal ini jelas kerana jika seseorang berasa senang hati dan gembira dalam melakukan sesuatu perkara, dia akan terdorong untuk berusaha keras dan lebih bersungguh-sungguh dan seterusnya akan mencapai kejayaan. Selain itu, Epicurean dan Plato turut menyumbangkan pendapat berkenaan emosi gembira ini.

Menurut Veenhoven pada yahun 1995, kajian rentas yang telah dijalankan menunjukkan hasil bahawa kegembiraan adalah berbeza daripada satu negara ke negara yang lain. Ini boleh disebabkan faktor kegembiraan rakyatnya yang berbeza iaitu, keinginan mereka terhadap sesuatu perkara yang berlaku adalah berbeza. Kajian yang dijalankan oleh Diener et all, 1995 pula mendapat output bahawa masyarakat Asia merupakan komuniti dunia yang kurang bahagia jika dibandingkan dengan masyarakat-masyarakat yang lain. Orang yang paling gembira ialah masyarakat Amerika Utara, Australia dan juga masyarakat Eropah, Argyle 1997.

Terdapat dua faktor yang major dalam kegembiraan iaitu faktor jangka panjang dan juga faktor jangka pendek. Bagi jangka panjang, mengandungi latar belakang emosi yang stabil dari bulan ke bulan, dan juga tahun ke tahun. Sebagai contoh, masa yang agak lama iaitu dari zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang, menjangkau dewasa. Faktor jangka masa pendek pula berdasarkan kepada perkara-perkara terkini yang berlaku dalam kehidupan seseorang. Sebagai contoh, pasangan yang baru sahaja mendapat cahaya mata.

Perkahwinan merupakan satu perkara yang paling menggembirakan manusia yang pernah mengalaminya. Perkahwinan akan berlaku apabila kedua pasangan mempunyai perasan kasih, sayang dan juga cinta diantara satu sama lain. Kombinasi perasaan ini akan menyebabkan seseorang berasa gembira.

Hubungan seseorang dengan kedua orang tuanya penting dalam menentukan kegembiraan seseorang individu. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan menyebabkan emosinya terganggu. Pasangan suami isteri yang sering bertelagah akan menyebabkan anak-anak berasa tidak gembira tinggal di rumah. Selain itu, terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan seseorang berasa gembira. Antaranya ialah kesihatan, persahabatan, kerja dan juga pegangan agama.

Sebagai kesimpulan, kegembiraan merupakan satu perasaan yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Kegembiraan merupakan perkara yang mudah untuk dicari jika kita sering memandang positif terhadap sesuatu perkara dan juga berusaha untuk menyelesaikan masalah kita dengan berfikiran positif. Sekian.



No comments:

Post a Comment