Thursday 26 August 2010

A128529 AINU LJ06

Tajuk perkuliahan yang ketujuh bagi kursus Pengurusan Emosi adalah Adaptation Level Theory. 

            Konsep asas bagi Adaptation Level Theory adalah mengatakan bahawa ia bertindak balas terhadap rangsangan yang baru bagi asas adaptasi semasa. Sebagai contoh, pada permulaan sem baru, semua pelajar berasa gembira kerana duit PTPTN telah dimasukkan kedalam akaun. Dan kita merasakan bahawa duit itu adalah banyak dan kita berasa berpuas hati dengan apa yang kita dapat. Namun lama kelamaan, baru kita sedar bahawa duit tersebut tidak mnecukupi dan kita mahukan lebih daripada itu. Oleh kerana itu, ramai pelajar yang melakukan kerja sambilan bagi mendapat wang perbelanjaan yang lebih banyak. Inilah yang dimaksudkan dengan "bertindak balas terhadap rangsangan yang baru". Penilaian Kognitif mengatakan bahawa sesuatu yang dilakukan, pasti akan menentukan emosi yang akan kita hadapi. Sebagai manusia biasa, apabila kita didedahkan dengan sesuatu yang baru, pasti kita akan merasa sukar untuk menyesuaikan diri. Namun lama kelamaan, setelah kita didedahkan dengan perkara tersebut, maka kita akan menjadi biasa dan senang, tidak seperti pertama kali kita berhadapan dengan perkara tersebut. Sebagai contohnya, ketika membuat sebarang tugasan, setiap pelajar UKM dikehendaki menggunakan gaya UKM dalam menghasilkan tugasan ilmiah yang diberikan oleh pensyarah. Bagi pelajar tahun 1, hal ini adalah amat sukar dan kadang-kala akan menimbulkan ketegangan dalam diri mereka memandangkan mereka tidak terdedah dengan cara penulisan tersebut sebelum ini. Namun, apabila menginjak ke tahun 2, pelajar mula dapat memahami sedikit demi sedikit tentang penulisan gaya UKM, dan lama kelamaan, mereka akan terbiasa dan tidak akan menimbulkan ketegangan lagi sewaktu menyiapkan tugasan ilmiah yangdiberikan.

            Seterusnya adalah, Solomon Opponent Process Theory atau juga dikenali sebagai teori yang berlawanan. Teori ini adalah hasil pengubahsuaian daripada Teori Asas Adaptasi. Teori ini memperkatakan tentang sesuatu yang dialami oleh seseorang itu, bukannya disebabkan unutk jangka masa panjang semata-mata, tetapi juga untuk jangka masa yang pendek.. Setiap emosi yang berlaku akan menyebabkan emosi yang berlawanan dengannya juga akan terhasil. Teori ini turut menyentuh tentang peringkat-peringkat didalamnya seperti, peringkat pertama yang mengandungi largerly unlined, dan automatic. Manakal perimgkat kedua pula mengatakan bahawa semakin kita mengulangi sesuatu perkara itu, emosi kita akan menjadi semakin kuat, dan akhirnya primary akan menjadi lemah. Sebagai contohnya, sebelum saya memasuki musim perkuliahan baru di UKM, bapa saya telah membekalkan sejumlah wang kepada saya. Saya sangat gembira kerana mendapat wang tersebut. Oleh kerana saya mempunyai ketaksuban terhadap handphone dan pakaian, saya telah menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan yang pada asasnya tidak menjadi kepentingan. Kini, saya semakin kekurangan wang dan akhirnya perasaan gembira tersebut bertukar menjadi perasaan gusar. Namun saya masih bernasib baik kerana masih mempunyai wang didalam bank simpanan.  Contoh yang kedua pula adalah, kawan saya mempuyai berat badan yang agak berlebihan. Dia selalu dinasihati oleh kakaknya supaya selalu bersenam, dan berjoging. Akhirnya, dia pun melakukan mengambil keputusan untuk pergi berjoging. Pada awalnya, dia melakukan senama tersebut kerana terpaksa kerana bosan dengan leteran kakaknya. Setelah 2 minggu dia melakukan aktiviti tersebut, kawan saya mendapati terdapat perubahan pada berat badannya. Badannya pula semakin sihat dan lebih bertenaga berbanding sebelum ini. Akhirnya kawan saya semakin suka berjoging dan selalu mengamalkannya bagi mendapat tubuh badan yang lebih sihat berbanding sebelum ini. Inilah yang dimaksudkan dengan "sesuatu perasaan yang lain, akhirnya bertukar menjadi perasaan yang berlawanan".

            Pada asasnya, setiap emosi yang lahir, dibelakangnya pasti akan mempunyai "pengiringnya". Emosi yang dikatakan sebagai "pengiring" ini akan datang lebih lambat. Makudnya disini adalah, apabila kita tidak menyukai sesuatu perkara, lama kelamaan kita pasti kan menyukainya. Pepatah orang-orang tua pun ada mengingatkan kita supaya jangan terlalu membenci seseorang kerana dikhuatiri lama kelamaan kita akan menyayanginya.

            Kesimpulannya, emosi sebenarnya tidak terbatas terhadap sesuatu perasaan sahaja. Kadang-kala emosi akan lahir kemudian dan bukan pada permulaan perasaan.#END


No comments:

Post a Comment