Thursday 26 August 2010

A128123 Ruhil LJ06

25 Ogos merupakan minggu ke7 mengikuti kuliah Pengurusan Emosi. Kuliah minggu ini agak ringkas tapi bermakna. Kuliah minggu ini adalah berkenaan  Adaptation Level Theory. Dalam kuliah minggu ini membincangkan mengenai konsep tindak balas, penilaian kognitif dan teori seperti Solomon Opponent Process Theory.

Pertama Konsep Tindak balas yang dibincangkan dalam kuliah ini menerangkan tentang aras adaptasi semasa atau sekarang. Hal ini bermaksud aras adaptasi dalam kehidupan seharian kita iaitu bagaimana atau setakat mana kita dapat menyesuaikan diri dengan apa yang kita hadapi. Untuk memudahkan supaya konsep ini lebih difahami, saya ingin berkongsi pengalaman saudara saya sendiri dalam mengadaptasi kehidupan sehariannya. Ieda merupakan seorang pekerja yang sangat rajin dan berdedikasi sehinggakan mendapat kepercayaan penuh oleh pengurusnya. Pada awal pekerjaan dia hanya memegang jawatan kerani yang memiliki gaji bulanan sebanyak RM850 tetapi belum cukup dua tahun bekerja dia mendapat kenaikan gaji sehingga mencapai RM1500. Pada awalnya dia sangat berpuas hati dengan gaji sebanyak RM85O dan merasakan ia sangat berbaloi dengan kerjanya yang agak mudah tetapi lama kelamaan dia semakin berubah atau 'demand'. Katanya tidak cukup makan dengan gaji tersebut dan mula melakukan adaptasi dengan menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang dia miliki. Bukan tidak cukup makan tapi semakin banyak keinginan. Sebagai contoh untuk beli make up mahal katanya untuk menjaga kulit, mahu cantik seperti rakan sekerja. Hmmm..puas emaknya membebel jangan make up tebal macam wayang cina katanya. Dari sini saya dapat menyimpulkan keadaan Ieda sama seperti penerangan pensyarah mengenai konsep tidak balas  iaitu apabila menjalani perkara baru kita akan membuat adaptasi.

Seterusnya ialah Penilaian Kognitif iaitu sesuatu yang dilakukan oleh minda. Perkara ini bermaksud minda akan bekerja untuk menentukan tahap emosi yang kita hadapi. Konsep ini boleh diterangkan dengan pengalaman kita melakukan sesuatu perkara. Contohnya pada mulanya kita melakukan sesuatu perkara yang sukar namun lama kelamaan kita akan mula rasa sebati dalam diri kita. Teringat pula cerita zaman kanak-kanak dulu semasa baru belajar ber puasa. First day puasa rasa susah sangat, maklum la seingat saya  masa tu umur baru lima tahun. Setiap hari lepas penat bermain, masuk rumah terus pergi ke peti sejuk cari ais tapi bila sudah mula puasa dapat berdiri depan peti sejuk saja. Itu pengalaman pertama puasa memang tak dapat dilupakan, macam-macam ragam untuk berbuka tapi bila sudah seminggu berpuasa saya sudah dapat membiasakan diri sehingga kini dan merasakan  berpuasa bukanlah suatu perkara yang sukar. Selain itu, emosi kita juga boleh berubah mengikut keadaan. Sebagai contoh kegembiraan kita bergantung kepada adaptasi kita. Aras adaptasi sentiasa berada pada titik atau point neutral dan sesuatu yang lebih baik akan membuatkan kita lebih gembira. Sebagai contoh bila kita mendapat kenaikan gaji atau pencapaian akademik yang membanggakan dari semasa ke semasa. Hal ini bermaksud semua emosi ini tidak kekal dan bergantung kepada perubahan adaptasi kita.

Solomon Opponent Theory pula merupakan ubahsuai Teori Asas Adaptasi. Ia menerangkan bahawa adaptasi emosi bukan sahaja berlaku dalam tempoh jangka masa panjang malah turut berlaku dalam jangka masa pendek. Setiap emosi membuatkan emosi berlawanan terhasil  iaitu emosi yang berpasangan. Ketika ini juga hormone yang lahir serentak melahirkan perasaan berlawanan. Sebagai contoh, Pengalaman saya beberapa bulan yang lalu ketika mendapat wang tunai RM1000 daripada abang saya, namun setelah berbelanja danh menyedari wang itu sudah berkurang mula lahir penyesalan dalam diri dan berasa sedih kerana saya sudah meggunakan wang tersebut tanpa berfikir panjang. Dalam Solomon Opponent Theory turut menyentuh, apabila  sesuatu emosi lahir maka di belakangnya juga akan lahir emosi ynag bertentangan. Sebagai contoh penagih dadah yang mula menagih seterusnya menjadi kebiasaan dan sukar menghentikan ketagihannya kerana terdapat kesan sampingan terhadapnya. Sekian, ini merupakan apa yang saya fahami dan dapat simpulkan sepanjang pembelajaran dalam kuliah minggu ini. #End


No comments:

Post a Comment