Friday 27 August 2010

A128223 ROSIDI LJ06

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1 malaysia diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Ahmad Zambri Bin Mansor dan rakan-rakan sekalian.Dari kuliah pertama hinggalah kuliah kelima tajuk kuliah dalam kursus ni semakin rumit dan mencabar,ini memerlukan saya memberi perhatian penuh di dalam kelas dan membuat sedikit ulangkaji untuk memahami setiap kuliah yang di ajarkan.Namun kuliah pada kali ini agak senang bagi saya untuk memahaminya bebandingan dengan kuliah-kuliah yang lepas. Pada minggu ini,kami telah di ajar mengenai dua jenis teori iaitu Teori Tahap Adaptasi(Adaptation Level Theory) dan Teori Solomon(Solomon Oppenent Process Theory).

 

Adaptation Level Teory menjelaskan tentang tindak balas seseorang terhadap sesuatu keadaan baru.Tahap adaptasi seseorang itu akan neutral apabila dapat menyesaikan diri dengan keadaan baru tersebut samada perkara yang sama terjadi ataupun sesorang itu telah lali dengan perkara tersebut,sebagai contohnya,rumah saya berdekatan dengan Padang Tembak iaitu tempat tentera menjalankan latihan menembak.Setiap kali mereka mengadakan latihan,mesti mengeluarkan bunyi yang bising dengan kuat hasil tembakkan tersebut,namun begitu,bagi saya itu adalah biasa. Saya dapat hidup dengan biasa tanpa sebarang masalah kerana saya telah lali mendengar bunyi tembakkan tersebut.

 

Manakala Solomon Oppenent Teory pula,merupakan hasil pengubahsuaian Teori Tahap Adaptasi,teori ini menjelaskan tentang sesuatu proses yang berlawanan,yang wujud pertentengan.Teori ini telah di cadangkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980.,iainya menjelaskan mengenai keseimbangan emosi terhadap tahap neutral tidak berlaku pada masa yang panjang tetapi juga berlaku dalam jangka masa yang pendek.Teori ini jugan menjelaskan bahawa emosi itu berpasangan,contohnya emosi sedih dengan gembira dan sebagainya.Apabila kita mengalami sesuatu emosi,secara automatiknya emosi yang bertentangan dengan ia akan lenyap.Sebagai contoh,ada seorang kawan saya amat liat untuk bersukan,setiap kali saya mengajak dia bersukan seperti jonging mesti dia akan menolak dan memberi pelbagai alas an,pada suatu hari saya telah memaksa beliau untuk mengikut saya pergi jongging,selepas hari itu,dia mula berasa suka untuk berjoging dan dia selalu pergi jogging bersama-sama saya.

 

Kesimpulannya,sampai disini sahaja jurnal saya pada kali ini,jumpa lagi di jurnal yang akan datang. Sesungguhnya saya amat bersyukur dapat megikuti kursus ini yang mana banyak mendatangkan kebaikan kepada diri saya selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya,yang baik itu datang daripada ALLAH S.W.T dan yang lemah itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.Wassalam…..


No comments:

Post a Comment