Wednesday 11 August 2010

A128123 Ruhil LJO4

First day puasa agak meletihkan, teringat pula kelas pengurusan emosi pada waktu petang mungkin agak  mengantuk tapi itu semua sangkaan saya sahaja ternyata tajuk minggu ini menarik seperti minggu yang lalu. Tajuk kuliah kali ini adalah  Emosi Negatif iaitu takut, malu, sedih dan marah. Sebelum bermulanya kuliah, kami di sajikan dengan tayangan video yang bertajuk "Don't Be Sad" yang sangat menyentuh emosi ku ini. Ternyata aku adalah insan yang bertuah. Ahhh..berbalik kepada tajuk kuliah ini, aku sangat teruja untuk mengetahui betulkahkah malu itu emosi negatif kerana pada pandangan ku, malu tidak salah bukan?

Walau bagaimanapun, saya akan mulakan dengan emosi negatif  yang pertama iaitu takut. Takut merupakan tindakbalas daripada perasaan resah dan risau dan juga respon daripada bahaya yang mendatang. Takut juga mekanisme bagi kita meneruskan hidup. Mengapa ia ditafsirkan begitu? Tanyalah pada diri sendiri, adakah anda akan menyerahkan diri kepada bahaya seperti menyerah diri kepada seekor singa yang sedang lapar? Pasti jawapannya tidak. Ini bermakna,respon daripada perasaan takut kepada singa itu,pasti kita akan menyelamatkan diri. Benarlah, perasaan takut penting untuk meneruskan kelangsungan hidup.  Perasaan takut  terjadi kerana trauma akan sesuatu perkara. Teringat pula dengan cerita saudaraku yang takut akan air atau hydrophobia. Semua ini bermula semasa dia sedang asyik bermain di pantai tiba-tiba ombak yang kuat membawanya ke laut, oleh kerana tidak tahu berenang dia lemas. Ternyata umurnya masih panjang kerana berjaya diselamatkan oleh bapa saudaraku. Kesan daripada peristiwa itu, dia menjadi trauma dan hanya berani mandi di dalam bilik mandi. Katanya, bilik mandi lebih selamat.

Haa..malu sebagai emosi negatif? Sangat menarik minat ku untuk mendengar. Guru Agama ku pernah berpesan "semakin malu seorang perempuan,maka makin cantiklah ia" tapi hari ini pensyarah ku pula cakap malu emosi negatif. Semakin terpinga-pinga aku dan tidak sabar mendengarnya. Setelah mendengar penjelasan pensyarah, kini aku faham maksud sebenarnya mengapa dikatakan malu itu emosi negatif. Pesanan guru ku itu mungkin berkait rapat dengan budaya kita sebagai wanita timur dan batasan agama. Emosi malu dipecahkan kepada dua iaitu 'personal' sebagai contoh kekalahan seseorang dalam pertandingan membuatkannya malu  dan keduanya 'profesional'. Malu dalam kategori ini dapat digambarkan jika seseorang itu tidak dapat melakukan tugasnya dengan baik sebagai contoh ahli politik. Kalau malu pada perkara yang wajar itu tidak kisah la, sebagai contoh kalau kita malu kerana tergugat kehormatan atau harga diri. Jika kita diherdik di hadapan khalayak pastinya kita akan berasa malu. Negatifnya perasaan malu ini jika tidak sesuai pada situasi. Contohnya sebagai pelajar  harus berani ke hadapan dan tidak malu sekiranya kita di tertawakan. Bak kata orang " malu biar bertempat".

Seterusnya, perasaan sedih atau yang lebih sinonim dengan rasa kehilangan. Seseorang yang berasa  sedih mugkin akan berubah perwatakannya. Sedih juga menggambarkan seseorang itu lemah berbanding individu yang gembira. Secara peribadinya,saya sendiri akan menjadi seorang yang agak pendiam jika berasa sedih. Terdapat juga kenyataan bahawa orang yang gembira lebih cepat memproses maklumat berbanding orang yang sedih.

Anger atau marah merupakan satu perasaan yang tidak di senangi. Marah merupakan 'psychophysiological response'. Perasaan marah berlaku apabila berlakunya perkara seperti  konflik atau penganiayaan kepada pihak tertentu. Perasaan marah juga berlaku jika  kita tidak dapat mengawal situasi contohnya ketika berhadapan dengan masalah sehingga menimbulkan tekanan. Marah dapat diekspresikan melalui dua cara iaitu secara aktif atau pasif. Secara pasif adalah apabila seseorang itu memendam perasaan marahnya dan melalui karakter seperti 'silent sulking'. Jika marah diekpresikan secara aktif ia sama seperti tindakan agresif  anda membaling telefon bimbit sekiranya kekasih anda tidak menjawab panggilan anda. Sekiranya kita marah,haruslah kita akuinya dan cuba mengawalnya. Seperti dalam Agama Islam yang menandakan marah itu sebagai kelemahan,kerana jika tidak dikawal akan menghancurkan diri sendiri. Oleh itu,emosi negatif ini haruslah dikawal sebaik mungkin untuk kebahagian hidup kita. #End

 


No comments:

Post a Comment