Wednesday 11 August 2010

A128529 AINU LJ04

Pada 11 Ogos merupakan sesi perkuliahan yang keempat bagi kursus Pengurusan Emosi. Pada kuliah kali ini, kami membicarakan tentang Emosi Negatif. Ini adalah lanjutan daripada kuliah ketiga, iaitu kuliah yang lepas yang mana pada sesi perkuliahan tersebut kami didedahkan dengan Emosi Positif. Emosi negatif yang kami bicarakan pada kali ini adalah seperti takut, malu, sedih, marah.

           Takut boleh dikatakan sebagai satu reaksi respon terhadap bahaya yang mendatang. Takut juga boleh dikatakan sebagai mekanisma untuk meneruskan hidup. Contohnya, ketika kita sedang berjoging pada waktu pagi. Tiba-tiba kita dihampiri oleh sekumpulan lelaki yang cuba menggangu. Respon kita terhadap perbuatan lelaki-lelaki tersebut adalah dengan melarikan diri atau pun menjerit meminta tolong. Contoh yang lain pula, saya mempunyai seorang kawan yang bernama Fatin. Semasa dalam tahun satu pembelajaran di sebuah IPTA, dia dan rakannya telah dipaksa oleh seorang jurulatih tarian untuk menjadi salah seorang penarinya. Fatin dan rakannya memang tidak minat menari. Semasa latihan, macam-macam herdikan dan cacian yang diberikan oleh tenaga pengajar tersebut kepada rakan saya lantaran selalu tersilap langkah dan gerak tarinya kelihatan keras. Sejak dari hari itu, apabila kawan saya terserempak atau terdengar suara jurulatih tersebut, akan timbul satu perasaan takut dan trauma dan mengimbau kembali kenangan pahit diherdik dan dicaci. Antara perkataan yang tidak mungkin dapat kawan saya lupakan adalah, "kamu nie cacat ke menari macam tu? Kamu ingt kamu cantik sangat menari macam tu"? Inilah yang dikatakn satu perasaan takut yang disebabkan oleh perasaan yang trauma terhadap apa yang pernah berlaku, dan inilah juga yang dikatakan sebagai causes of fear. Perasaan takut juga boleh berlaku disebabkan oleh  hilang kawalan dalam mengatasi perasaan tersebut.

            Seterusnya adalah perasaan malu. Perasaan malu mungkin berlaku apabila seseorang itu merasa kehormatan, harga dirinya tergugat. Dalam kes kawan saya tadi, kawan saya turut merasa harga dirinya tergugat apabila diherdik dan ditengking oleh jurulatih tarian tersebut dihadapan penari-penari yang lain.  Perasaan malu juga akan menimbulkan masalah yang besar jika sekiranya kita tidak mampu mengawalnya. Sebagai contohnya, seorang pekerja disuruh oleh bosnya untuk melakukan pembentangan kertas kerja dihadapan rakan-rakan sekerja yang lain. Namun oleh kerana perasaan malu yang terlalu menebal menyebabkan dia tidak dapat mempersembahkan pembentangannya dengan baik dan ini akan menjatuhkan reputasi kerjanya. Dan oleh kerana perasaan malu tersebut menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan tugansnya dengan baik.

            Perasaan sedih pula ditunjukkan apabila seseorang itu mengalami mood yang merasa loss dan mengalami satu perasaan yang buruk. Sebagai contohnya, seseorang yang sedang mengalami masalah dengan kekasihnya akan merasa sedih dan ini boleh menukarkan perwatakannya yang ceria menjadi seorang pendiam. Dalam kes kawan saya yang dipaksa menari tadi, dia turut mengalami satu perasaan yang  sedih sewaktu diherdik oleh jurulatih tersebut. Namun rakan saya tidak menunjukkan bahawa dia bersedih atas herdikan yang diterimanya, namun didalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Rakan saya itu menjadi tidak bersemangat untuk ke kelas tarian tersebut kerana dia sudah dapat menjangka, dia pasti akan diherdik lagi. Seseorang yang berada dalam keadaan sedih boleh dilihat melalui perubahan yang berlaku pada diri seseorang itu. Sebagai contohnya, dia akan menangis, memencilkan diri dan sebagainya.

            Marah pula adalah psychophysiological yang memberi reaksi kepada perasaan sakit hati. Perasaan marah mungkin terjadi apabila dia ditekan dengan sesuatu masalah yang tidak mampu dikawal olehnya. Seseorang yang terlalu mengikut perasaan marah pasti akan cepat merasa tertekan. Seseorang yang sedang mengalami perasaan marah yang teruk perlu mengawal dirinya dengan berehat sebentar dan bagi orang Islam, adalah digalakkan untuk beristifar dan mengambil air sembahyang, seterusnya menunaikan soalt sunat bagi mencari ketenangan.

            Emosi takut, sedih, malu dan marah merupaka satu emosi yang harus dikawal dan dibendung oleh semua manusia. Hal ini adalah kerana, emosi ini mempunyai kesan yang negative jika tidak Berjaya dikawal dengan baik.#END



No comments:

Post a Comment