Thursday 12 August 2010

A134569 NURUL NABILA LJ04'.

Hari ini merupakan hari Rabu, bermakna pada puku 4.00 petang saya dan rakan- rakan akan menghadiri sekali lagi kelas Pengurusan Emosi. Hari Iini merupakan hari yang lain dari biasa kerana pada hari seluruh umat Islam telah mula berpuasa jadi suasan di dalam kelas agak lain berbanding biasa. Pada hari ini kelas di di mulakan dengan tayangan video yang agak menyentuih perasaan saya. Video tersebut memaparkan perbezaan antara manusia yang hidup bahagia,yang selalu tersenyum tetapi memikirkan masalah- masalah kecil seperti kasut mana yang hendak di pakai, bil apa yang belum di bayar dsan sebagainya. Satu lagi keadaan memaparkan situasi masyarakat yang hidup dalam kedaifan, yang manjadi mangsa peperangan, yang kekurangan segalanya dan hanya mampu berusaha untuk terus hidup dengan memikirkan masalah yang lebih berat seperti adakah diri akan selamat setelah keluar dari rumah ini?adakah keluarga yang tersayang masih mempunyai anggota badan dan sihat walafiat? Tayangan video ini seolah olah sedikit sebanyak mengkritik cara hidup saya dan memnyebabkan saya tersedar bahawa jika saya ditimpa masalah, masih ada orang yang mempunyai masalah yang lebih besar untuk di fikir, jika sya merasakan makanan yang saya makan tidak sedap,terdapat manusia yang tidak mampu membeli makanan, jadi kita sepatutnya bersyukur dan jangan mudah berputus asa untuk teruskan kehidupan ini kerana orang yang tewas memang mudah jatuh dan sukar untuk bangun kembali.
                                
                           awww this is so kawii i love this picture so much                                                                                
Kami seterusnya menyambung kembali tajuk kami iaitu emosi negatif  seperti yang berikut takut, malu, sedih dan marah. Takut bererti reaksi dan respos terhadap sesuatu. Ia dianggap sebagai satu mekanisme untuk manusia teruskan kehidupan dan reaksi yang tercetus adalah spontan terhadap ransangan yang di beri. Takut juga boleh tercetus melalui trauma dan boleh didapati dengan konsep abstrak. Rakan saya di sekolah mengalami masalah Hemaphobia iaitu takutkan darah. Dia boleh pengsan jika melihat terlalu banyak darah dan keadaan ini berterusan sehingga sekarang. Malu juga merupakan satu perasaan negatif yang perlu diberi perhatian. Malu terjadi apabial berlakunya sesuatu kejadian atau keadaan yang tidak diingini tidak kira samada kecil atau besar. Ia boleh menggugat air muka atau maruah seseorang ditambah lagi jika seseorang itu mempunyai kedudukan yang tinggi. Malu terdapat 2 jenis iaitu malu sendiri atau malu secara professional.

Emosi sedih memerlukan perhatian yang lebih kerana ia mungkin mendatangkan bayak keburukan kepada diri sendiri. Ia tercetus apabila kehilangan sesuatu atau kekurangan yang menyebabkan diri tidak selesa. Perubahan ketara boeh di lihat jika seorang yang periang menjadi senyap dan mengasingkan diri. Akhir sekali perasaan marah. Ia terbentuk daripada tekanan dan juga ancaman tidak kira ancaman itu realiti atau ilusi. Muka masam yang ditunjukkan sebagai protes atau sikap yang ditunjukkan sebagai tanda marah. Ia juga boleh tercetus apabila melihat berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang yang mempunyai kaitan rapat dengan diri sendiri. Kanak- kanak kecil memerlukan pendekatan yang sesuai untuk mengajar mereka, pernah suatu ketika saya melihat seorang budak menjerit mahukan sebuah permainan tapi tidak dilayan oleh ibu dia,jadi dia menjerit dan menarik muka masam dan tidak mahu berganjak dari situ hinggalah ibu nya membisikkan kata-kata yang berjaya memujuk dia. Kes bunuh diri yang semakin menghiasi surat khabar juga membuktikan bahawa emosi negetif ini perlu di tangani dan harus di elakkan bagi menjalani hidup yang lebih gembira

                                                

sekian sahaja jurnal saya pada kali ini.

No comments:

Post a Comment