Friday 27 August 2010

A127257 NORIZA LJ06

Asalamualaikum dan salam sejahtera,semasa sesi pengkuliahan saya telah difahamkan dan didedahkan berkaitan dengan Adaption Level Theory. Bagi saya Kuliah minggu ini agak mudah untuk saya faham berbanding kuliah sebelumnya. Kuliah minggu ini berlalu dengan cepat tidak seperti kuliah sebelumya..Penerangan dan contoh-contoh yang diberikan oleh Dr.Ahmad Zamri bin Mansur telah menguatkan pemahaman saya mengenai Adaption Level Theory.Saya berasa sangat lega dan gembira kerana jurnal kali ini tidaklah sesukar kuliah sebelum ini.Kuliah sebelum ini menyentuh berkaitan dengan teori-teori Fisiologikal, Kognitif dan akhirnya Psikoanalitik.Bagi pendapat saya,hal berkaitan Teori-teori yang sebelum adalah agak sukar untuk kita huraikan berbanding minggu ini. Minggu ini agak mudah dan mungkin saya boleh menghasilkan jurnal yang lebih baik tapi apabila ingin menghasilkan satu jurnal yang baik dan efektif,ia memerlukan perhatian dan ulangkaji yang konsisten.Insyaallah.

Terutama sekali saya akan menjelaskan apakah yang dimaksudkan Adaption Level Theory?.Adaption Level Theory ialah menyatakan bahawa individu akan bertindak balas terhadap rangsangan baru  mengikut aras adaptasi semasa .Secara sendirinya kita akan  membina suatu titik neutral atau tahap penyesuaian mengikut keadaan tertentu ataupun kita secara automatiknya akan membuat adaptasi terhadap pelbagai rangsangan yang berlaku di sekeliling kita.Seterusnya penilaian  kita terhadap sesuatu keadaan akan mendorong kepada pengalaman emosi.Aras adaptasi kita adalah tidak tetap kerana kita tidak akan berpuas hati dengan apa yang kita miliki itu selama-lamanya atau dengan istilah lain ia tidak kekal.

Saya akan menghuraikan berkaitan teori ini dengan lebih jelas dengan memberikan contoh dalam suatu keadaan atau situasi.Seseorang individu mendengar bunyi bising di kawasan sekitarnya.Bagi pendapat individu bunyi tersebut adalah bising.Pada sesetengah individu lain yang merasakan bahawa bunyi tersebut adalah  biasa dan tidak terlalu bising.Hal ini adalah bergantung kepada pengalaman seseorang.Contoh yang lebih jelas akan saya berikan supaya dapat menjelaskan teori ini dengan lebih lanjut iaitu Apabila seseorang yang sudah terbiasa tinggal di kawasan pendalaman,yang jauh dari kota akan merasa tidak selesa dan mengangap apabila mendengar bunyi kenderaan lalu lalang adalah bising.Tetapi bagi individu yang sudah lama menetap di kawasan kota atau Bandar akan merasakan bunyi kenderaan itu adalah biasa dan tidak terlalu bising.

Contoh yang lebih jelas akan saya berkan iaitu berkaitan dengan pengalaman saya sendiri.Dahulu saya pernah berkhidmat sebagai kerani di sebuah syarikat selama setahun .Setelah sebulan saya berkhidmat di situ,saya diberi Gaji sebanyak RM 900 sebulan.Pada bulan pertama saya sangat berpuas hati dengan gaji yang dibayar kepada saya tetapi setelah 6 bulan berlalu,saya merasakan bayaran gaji terhadap saya tidak mencukupi kerana banyak perkara yang perlu saya bayar contohnya Rumah sewa,minyak motosikal,belanja harian dan banyak lagi.Saya bertekad untuk meningkatkan lagi gaji saya dengan bekerja lebih masa dan sebagainya.Oleh sebab itu, gaji pada bulan seterusnya lebih banyak berbanding sebelumnya.Saya merasa gembira dan berpuas hati, tetapi lama-kelamaan saya merasakan gaji saya masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan dan begitulah seterusnya sehinggalah saya ditawarkan ke Pusat Pengajian Tinggi.

Contoh seterusnya ialah dalam peperiksaan Apabila kita mengetahui keputusan peperiksaan kita,kita sendiri sentiasa tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut walaupon keputusan yang kita perolehi adalah baik.Kita sentiasa ingin meningkatkan tahap atau result supaya mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelumnya.

Teori yang kedua yang saya ingin jelaskan ialah berkaitan Solomon Opponent Process Theory. Teori ini sebenarnya ialah hasil pengubahsuaian teori Aras adaptasi yang dikenalkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980 untuk tindakan ketagihan.Teori ini menyatakan bahawa emosi menuju titik neutral tidak hanya berlaku dalam jangka masa panjang tetapi juga berlaku dalam jangka masa pendek.Setiap emosi akan menyebabkan emosi yang berlawanan atau bertentangan terhasil.Hal  ini kerana, emosi diwujudkan secara berpasangan tapi pasangannya adalah bertentangan iaitu gembira bertentangan dengan perasaan sedih.satu peristiwa atau kejadian yang berkaitan dengan emosi melahirkan primary.seterusnya  akan mewujudkan emosi yang bertentangan.

Contohnya Saya pernah memenangi hadiah kerana telah bertuah dan memenangi Power Root sebanyak Rm 500.Pada mulanya,Saya merasa sangat –sangat bertuah dan gembira kerana memenangi hadiah tersebut tetapi lama-kelamaan wujud perasaan menyesal dalam diri  saya kerana saya mengharapkan ganjaran yang banyak dengan cepat tanpa sebarang usaha.

Seterusnya ialah dalan situasi bersukan contohnya jogging,bermain badminton dan lain-lain. Pada mulanya semua orang akan merasa boring dan bosan dalam melakukan aktiviti tersebut tetapi lama-kelamaan kita akan merasa seronok dan enjoy apabila kita mengetahui bahawa kegiatan bersukan itu akan mengekalkan kesihatan yang baik dan banyak memberi manfaat.Disini emosi yang bertentang itu wujud diamana pada mulanya kita merasa bosan tetapi lama-kelamaan wujud perasaan yang bertentangan iaitu enjoy dan happy.Apabila emosi bertentangan ini wujud ia dapat menghilangkan emosi yang sebelum ini.

Contoh terakhir ialah apabila seseorang individu tidak pernah melakukan terjunan dari atas dengan menggunakan payung terjun,Pada mulanya dia merasakan perasaan takut tetapi  apabila dia melakukan terjunan secara berulang kali perasaan takut tersebut bertukar kepada perasaan yang bertentangan iaitu perasaan seronok dan gembira.

Kesimpulannya terdapat 2 teori yang dikuliahkan pada minggu ini iaitu berkaitan dengan Adaption Level Theory dan Solomon Opponent Process Theory.Disini saya sangat bersetuju dengan kedua-dua teori kerana saya sendiri pernah mengalami situasi tersebut.Saya dapat mengetahui bahawa emosi adalah berpasang-pasangan. Sebelum ini saya tidak pernah mengetahui hal ini tetapi  saya hanya merasainya.Setelah mengikuti kuliah ini barulah saya dapat memahami keadaan sebenarnya apa yang saya alami salama ini.

 

 

 


No comments:

Post a Comment