Friday 20 August 2010

A126640 Hasliza LJ05

Kuliah pada minggu ini agak mantap iaitu mengenai tiga teori. Teori-teori tersebut ialah teori fisiologikal, teori kognitif dan teori psikoanalitik. Pembelajaran teori tersebut adalah mengenai apa urutan kejadian yang berlaku apabila kita merasai sesuatu emosi tersebut. Selain itu juga, diterangkan mengenai apa kaitan emosi dan tingkah. Di dalam pembelajaran teori-teori tersebut dikaitkan dalam beberapa perkara diantaranya ialah apa yang dirasakan dan apa yang minda rasakan apabila terjadi sesuatu. sementara itu terdapat juga perbezaan di antara ketiga-tiga teori tersebut iaitu kepentingan komponen-komponen yang ada. Komponen-komponen tersebut muncul dalam tuntutan peristiwa di dalam sesuatu tindakan emosi.
 
    Di dalam teori fisiologikal adalah berperanan kepada minda dan sistem saraf. Terdapat 3 pendekatan bersumberkan teori fisiologikl iaiatu teori James-Land, teori Cannond-band dan teori Psychobiological. pendekatan James-lang adalah yang tertua dan diasaskan oleh Willian James pada tahun 1884 bersama-sama dengan Carl Lang. Disebabkan itulah terbentuknya nama teori tersebut James-Lang. Di dalam pendekatan ini adalah berkaitan perubahan yang berlaku  pada muka, jantung dan lain-lain lagi. Hal ini akan menyebabkan berlaku suatu ransangan kepada emosi.
 
    Mengikut pendekatan Cannon-Band teori ini tidak berpuas hati dengan pendekatan James-Lang. Pendekatan ini berkata bahawa sistem organ yang sebenarnya adalah bertindak begitu perlahan, sesuatu yang berlaku emosi tersebut datang dengan cepat dan Cannon-band merasakan sesuatu yang tidak kena dengan James-Lang. Pendekatan yang ketiga ialah pendekatan psychobiological iaitu satu emosi yang dikawal oleh alatan tertentu dan berlaku tindak balas dalam sistem saraf.
 
    Seterusnya ialah teori yang kedua iaitu  teori kognitif. Teori ini menfokuskan tugas yang dilakukan oleh minda untuk menguruskan sesuatu emosi. Di dalam kognitif ini apa yang dilakukan oleh minda untuk memberikan nama pada emosi tersebut. Selain itu, kognitif ini adalah berkaitan dengan kesilapan kita. Misalnya, sesuatu emosi itu disebabkan oleh satu punca tetapi disebabkan oleh punca lain.
 
    Teori yang terakhir ialah psikoanalitik. Dimana teori ini mengenai keadaan yang sedar dalam menghasilkan sesuatu tindakan. misalnya bimbang atau marah secara tiba-tiba. hal ini disebabkan berlakunya konflik dalam keadaan tidak sedar.
 
    Kesimpulannya, kuliah pada minggu ini adalah berkaitan dengan emosi yng dipengaruhi oleh sistem saraf. ketiga-tiga teori ini menerangkan kepada pelajar tentang kelebihan dan kekurangan dalam setiap terori ataupun pendekatan tersebut.

No comments:

Post a Comment