Friday 20 August 2010

ADDA A133767 LJ05

        Alhamdulillah sudah minggu ketiga saya mengikuti kursus pengurusan emosi. Pada minggu ini saya telah didedahkan dengan pengalaman emosi. Pengalaman emosi boleh terbahagi kepada tiga bahagian iaitu fasiologikal, kognitif dan psikoanalitik.pada minggu lepas saya telah didedahkan dengan apa itu emosi negative. Emosi negatif boleh diekspresikan dalam bentuk marah, malu, takut dan sedih, berbeza pada minggu ini. Pengalaman emosi adalah apa yang membuatkan kita gembira pada suatu ketika dan apa yang membuatkan kita sedih pada pada suatu ketika dahulu. Ini banyak memfokuskan pada pengalaman yang lepas sama ada sedih ataupun gembira. Banyan teori-teori yang menerangkan tentang kaitan minda dengan emosi dan hubungan antara emosi dan tingkah laku manusia yang digambarkan oleh ahli fikir.

      Teori major boleh dibahagikan kepada lima iaitu perasaan subjektif iaitu apa yang kita rasakan samada perasaan takut, gembira, sedih dan sebagainya. Selain itu, 'cognitif appraisal' iaitu apa yang minda kita fikirkan. Seterusnya, 'physiological arausal' merupakan perubahan psikologokal, pergerakan badan dan yang terakhir adalah 'motivational tendencies' iaitu tingkah laku yang memerlukan emosi asas. Perbezaan yangmembezakan teori major adalah berkenaan kepentingan komponen-komponen yang ada pada pandangan masing-masing, dan turutan sesuatu peristiwa dalam sesuatu emosi.

      Teori fisiologokal boleh dibahagikan kepada tiga teori iaitu teori James-Lange teori, Cannon-Bard teori dan psikoanalitik teori. Teori fisiologikal adalah percaya bahawa emosi lahir dari minda dan system saraf . teori ini telah diasaskan oleh William James dan disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887. Mereka menyatakan bahawa riaksi psikologokal terhadap ransangan boleh memberikan emosi. Teori biasa menyatakan bahawa situasi bolelh melahirkan emosi seterusnya boleh membawa kepada reaksi tubuh. Ini m=bertentangan dengan teori yang dikemukekan oleh James-Lange teori. Mereka menyatakan bahawa situasi itu boleh melahirkan reaksi tubuh dan seterusnya barulah emosi itu lahir. Cannon –Bard teori pula menyatakan bahawa sistem organ bertindak terlalu perlahan, dan menyatakan bahawa emosi itu dating dengan cepatbeliau menyatakan bahawa bila ransangan berlaku emosi itu akan hadir. Dalam teori ini, ransangan dalaman dan luaran membawa kepada system saraf dan dihantar kepada otak seterusnya akan melahirkan emosi. Seseorang akan memberikan rasangan dan melahirkan emosi tersebut, contohnya takut. Beliau juga menyatakan kita kerana berdepan dengan rasangan dahulu barulah emosi itu akan hadir.

       Teori kognitif pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu, cognitive labeling, misattribution, transfer of excitation dan cognitive appraisal. Teori kognitif merupakan peranan yang besar yang dikaitkan dengan emosi. Label kognotif adalah yang berkait rapat dengan minda kerana minda mempunyai peranan penting dalam menamakan emosi tersebut. Misattribution pula ialah kesilapan dalam tanggapan. Kita selalunya sering silap dalam membuat tanggapan kerana kita sering berfikiran negatif dan kurang untuk berfikiran positif. Bagi pindahan emosi pula menerangkan bahawa bagaimana satu emosi itu beleh berpindah kepada emosi yang lain, dan yang terakhir adalah yang keempat iaitu pemikiran kita bertanggungjawap menjanakan reaksi emosi.

       Pengalaman emosi yang terakhir adalah psikoanalitik. Ini diterangkan oleh Sigmund Freud. Beliau menyatakan bahawa emosi adalah keadaan yang tidak sedar yang boleh mempengaruhi tingkah laku kita. Kebanyakannya adalah pengalaman sewaktu kanak-kanak, kerana keadaan tersebut adalah tidak sedar.  


No comments:

Post a Comment