Friday 13 August 2010

A126640 Hasliza LJ04

Emosi negatif merupakan satu emosi yang terdapat dalam setiap diri manusia. Di antara emosi negatif tersebut ialah takut, malu, sedih dan marah. Semua emosi ini akan dialami oleh kita. Disebabkan emosi ini kita akan berfikiran negatif dan apa yang dilakukan akan ke arah sesuatu yang kurang baik misalnya takut, jika sudah takur pasti akan melakukan kerja yang tidak sempurna atau lebih baik.
 
    Takut disebabkan satu kejadian dan akan mengalami trauma. Misalnya jika seseorang itu mengalami kemalangan jalanraya. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu akan jadi takut atau trauma. apabila seseorang itu berlaku kemalangan yang terancam akan menyebabkan ketakutan dalam dirinya. Bukan itu sahaja emosi negatif ini boleh dilihat melalui ekspresi muka seseorang jika ia takut. Misalnya, kening seseorang itu ke dalam atau bibirnya pucat.
 
    Emosi negatif seterusnya ialah malu. Sesorang itu akan terasa malu apabila berdepan sesuatu yang tidak diterima sama ada kecil atau besar. Situasi-situasi ini mungkin akan berlaku sekiranya seseorang itu tergugat, tercemar kehormatan, air muka dan maruah. Tetapi semua ini berlaku disebabkan oleh sesuatu keadaan atau situasi. Misalahnya seseorang itu membuat salah kecil sahaja tetapi malunya bukan main besar lagi. Terdapat dua jenis malu iaitu secara individu atau dalam pekerjaan. Secara individu mungkin kesalahan malu itu melibatkan secara individu atau berlaku sesuatu kesilapan. Seterusnya malu secara profesional iaitu malu disebabkan oleh seseorang pemimpin atau ketua disesebuah agensi itu salah memberi fakta atau keterangan ketika bersidang. Hal ini akan menyebabkan seseorang itu akan berasa amat malu.
 
    Emosi seterusnya ialah sedih. Sedih dapat ditakrifkan sebagai sesuatu kehilangan, kekurangan yang boleh membawa kepada kemurungan. Apabila seseorang itu bersedih akan rasa tidak mshu bercampur atau bergaul dengan orang lain dan dia lebigh suka duduk bersendirian. Misalnya seseorang anak yang kehilangan ayah atau ibu. Perasaan sedih ini akan berlaku kepada dirinya dan menyebabkan dia akan mengasingkan diri daripada orang lain. Tanda-tanda seseorang itu sedih dapat kita lihat seperti dia akan tunduk kerana tidak mahu orang tahu dia berada dalm keadaan sedih. Bagi mereka yang bersedih akan menerima maklumat lambat. Mengikut La tahzan "Goreskan pada dinding hatimu bahawa hari ini adalah milikmu".
 
    Emosi yang terakhir ialah marah atau psychophysiological. Diertikan sebagai tindak balas terhadap persepsinperkara-perkara seperti konflik, ketidakadilan, kecuaian dan kecurangan. Emosi kemarahan ini mungkin berlaku secara pasif atau aktif. Seseorang itu boleh mengawal kemarahannya apabila tidak melayan perasaan itu sepenuhnya. Misalnya seseorang itu marah kepada kawan sebiliknya disebabkan tidak mengemas bilik ,maka disebalik itu dia haruslah mengawal emosi marahnya itu agar tidak memudaratkan lagi keadaan. Setiap orang boleh mengawal perasaan marahnya dengan menangkan fikiran dan mengawal keadaan marah tersebut.Hal ini disebabkan kemarahan itu adalah syaitan.
 
    Kesimpulannya, emosi negatif ini akan dialami oleh setiap manusia, cuma cara mengurus atau menghadapi situasi marah tersebut berlainan. Emosi negatif ini haruslah di tepis agar tidak mempengaruhi fikiran kita. Pada pendapat saya tajuk kuliah pada minggu amat menarik. Hal ini membolehkan kita mengetahui bagaimana car untuk kita mentasai masalah emosi negatif ini dengan cara yang baik dan berkesan.
 
 

No comments:

Post a Comment