Saturday 21 August 2010

A117396 Nurul Aishah Binti Saadun LJ05

Assalamualaikum. Saya sekali lagi berpeluang mengikuti kuliah Pengurusan Emosi pada 18 Ogos 2010. Pada kuliah kelima ini saya didedahkan dengan teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Sebelum kuliah tentang teori ini diteruskan, saya telah diperkenalkan dahulu kepada beberapa software untuk membuat video iaitu CamStudio dan Camtasia. Software ini bakal digunakan untuk membuat projek berkumpulan yang akan dibentangkan kelak. Kuliah kemudiannya diteruskan dengan membincangkan secara lanjut mengenai ketiga-tiga teori yang disebutkan di atas.

 

Saya memahami bahawa teori fisiologikal merupakan emosi yang lahir daripada otak dan sistem saraf. Tiga pendekatan yang menyokong teori ini adalah seperti James-Lange Theory (JLT), The Cannon-Bard Theory (CBT) dan Psychobiological Theory. JLT merupakan pendekatan yang tertua yang diasaskan oleh William James dan Carl Lange pada tahun 1884. Teori ini mendakwa bahawa kita berhadapan dengan sesuatu, dan hasilnya sistem saraf autonomik kita menghasilkan beberapa siri kejadian fisiologikal seperti ketegangan otot, peningkatan kadar degupan jantung dan berpeluh. Teori ini mencadangkan bahawa emosi berlaku selepas siri kejadian fisiologikal ini. Hal ini bermaksud sesuatu situasi menyebabkan reaksi tubuh badan dan barulah emosi datang selepasnya. Lange berpendapat perubahan vasomotor adalah emosi.

 

CBT pula mendakwa yang sebaliknya. Apabila sesuatu rangsangan berlaku, kita akan merasakan emosi dan perubahan fisiologi pada masa yang sama. Reaksi emosi merupakan proses yang cepat bertindak menurut sesuatu rangsangan. Dalam istilah neurobiologikal, talamus menerima sesuatu isyarat dan menyampaikannya kepada amigdala yang mana dihubungkan dengan emosi. Badan kemudian mendapat isyarat-isyarat melalui sistem saraf autonomik kepada otot-otot dan lain-lain. Hal ini merupakan satu penyangkalan kepada JLT oleh Cannon dan Bard pada lewat 1920-an.

 

Namun begitu, apa yang pasti, kebanyakan teori bersetuju bahawa emosi mempunyai beberapa kompenen iaitu perasaan subjektif, penilaian kognitif, physiological arousal dan motor expression. Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment