Saturday 21 August 2010

Proposal Kumpulan Ef Yu

Proposal Kumpulan Ef Yu

Tajuk

Pengurusan emosi kecewa dalam kalangan pensyarah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Kajian

Mengenalpasti permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam menguruskan emosi kecewa.

Mengkaji bagaimana pensyarah menguruskan emosi kecewa apabila berhadapan dengan rekod akademik pelajar yang teruk, disiplin pelajar yang tidak memuaskan serta prestasi pelajar yang menurun.

Rasional Kajian

Emosi kecewa wujud dalam setiap insan.  Akan tetapi, emosi kecewa dalam kalangan pensyarah         dipilih kerana pensyarah merupakan orang yang penting untuk mengajar dan mendidik pelajar, mahasiswa dan mahasiswi di institute-institut pengajian tinggi.  Pengorbanan pensyarah dalam mencurahkan ilmu kepada mahasiswa dan mahasiswi tidak pernah mengenal erti letih dan seharusna dibalas dengan keputusan yang cemerlang dan rekod akademik yang  memberansangkan bukan di atas kertas malah dalam keterampilan diri dan disiplin pelajar.  Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran dan permasalahan yang dihadapi pensyarah diatas kekecewaan   mereka melihat potensi dan prestasi pelajar yang jatuh merudum.

Kaedah kajian

Kaedah kajian terbahagi kepada dua jenis, kualitatif dan kuantitatif.  Kaedah kualitatif adalah kaedah kajian yang dilakukan secara temubual dan mengutip jawapan daripada responden secara lansung dan dirakamkan dalam bentuk audio mahupun video sebagai bukti kajian.  Kaeda kuantitatif lebih menjurus kepada dapatan secara berkelompok yang mana ia dilakukan dalam skala yang besar menerusi pengiraan statistik dan jawapan daripada soalan-soalan yang dikemukakan dalam boring soal selidik.  Data-data akan dikumpulkan dan direkodkan dalam bentuk jadual dan graf.  Kami menjalankan kajian ini menerusi kaedah kualitatif yang mana kami akan menemubual responden-responden yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UKM.

Jangkaan Dapatan

Kami menjangkakan dapatan kami akan  berteraskan langkah-langkah dan inisiatif positif oleh pensyarah dalam berhadapan dengan emosi negative ini.  Pensyarah menjadi contoh untuk para mahasiswa dan mahasiswi dan sikap mereka akan sedikit sebanyak diikuti oleh pelajar.  Punca-punca yang menjurus kepada emosi negative akan dikenalpasti dan ia member kesedaran kepada para pelajar agar tidak mengecewakan lagi emosi pensyara-pensyarah mereka.


No comments:

Post a Comment