Sunday 25 July 2010

A134394 amal LJ01

               Emosi merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Kegagalan mengawal emosi akan menyebabkan jatuhnya seseorang itu. Betapa ramai manusia yang berkuasa, terhenyek kebawah akibat tidak mampu mengawal emosi. Emosi tidak seperti perasaan. Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Melalui emosi, seseorang itu boleh berjaya. Dikatakan bahawa, perempuan lebih sukar untuk mengawal emosi berbanding lelaki. Salah satu jenis emosi ialah kedukaan.
               Penulis buku The problem of nervousness.Dr. Joseph Montagno berkata, "punca barah (kedukaan) yang anda tanggung bukan berasal daripada makanan yang anda makan, tetapi kerana sesuatu yang memakan dirimu." 
               Di dalam majalah Life pula meyebut bahawa barah ini menempati urutan kesepuluh dalam penyakit yang boleh membunuh.
               Di dalam buku Leave Worrying and Seek Betterment, Dr. Edward Bodowiski menyebut antara judul babnya ialah, kesan kesedihan terhadap jantung, tekanan darah tinggi disebabkan oleh kesedihan, kesedihan boleh menyebabkan Reumatik, kurangi kesedihanmu demi penghadaman, kesedihan boleh menyebabkan selesema, rasa sedih dan kelenjar beguk.
                Pemenang hadiah Nobel dalam bidang perubatan, Dr, Alexis Carlyle berkata, "Para pekerja yang tidak tahu bagaimana menghadapi kesedihan akan mati lebih cepat." Begitulah kesan-kesan kegagalan mengawal emosi menurut pandangan barat.
                Jika kita mampu untuk mengawal emosi, maka kita boleh menjadi seseorang yang hebat. Dalam buku La Tahzan, Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni menyebut, "Jangan bersusah hati, sebab ianya akan membuatmu lemah dalam beribadah, malas untuk berjihad, putus harapan dan mengheretmu untuk berburuk sangka. Jangan berdukacita, sebab rasa sedih dan susah hati ialah akar kepada pelbagai penyakit, punca penyakit sosial, penghancur jiwa, dan penyebar keraguaan serta kebingungan."
                 Kita tidak berasa sedih secara terus menerus. Walau apa yang terjadi, kita harus bangkit dan melawan semula, menguatkan emosi agar tidak jatuh dan terus kecewa. Permulaan hidup yang ceria ialah apabila anda bangun dengan senyuman. Percayalah, emosi merupakan perkara yang penting.
                 Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang dihadapkan pada keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit. Bila anda sedihkan sesuatu maka emosi ini akan mengganggu perjalanan energi/tenaga. Aliran energi/tenaga akan menjadi lambat bahkan boleh membuat aliran tersebut akan terhenti buat sementara waktu atau tersumbat. Kesedihan yang berlebihan akan menggangggu kerja paru-paru dan jantung. Kerana organ dalam saling berhubungan. Emosi sedih yang berlebihan akan mempengaruhi hati dan organ lainnya bahkan yang parahnya akan mengakibatkan terputusnya hubungan antara jantung dan pericardium(selaput jantung). Akibatnya berlaku pendarahan melalui dubur dan uretra.
                Sebagai kesimpulan, faktor emosi merupakan sesuatu yang perlu diwaspadai. Individu yang mempunyai fikiran yang positif biasanya mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik. Oleh itu kendalikanlah perasaan dengan sebaik-baiknya agar anda menjadi seorang individu yang sihat.

No comments:

Post a Comment