Saturday 24 July 2010

A134514 Joy Liew Wei Yi LJ01

Pengurusan emosi  merupakan kursus yang menarik minat saya untuk mendalaminya. Saya berharap dapat mempelajari cara untuk mengurus emosi sendiri ketika  menghadapi pelbagai jenis cabaran.

 

Menurut Kleiginna & Kleiginna (1981), emosi adalah sesuatu entiti yang kompleks dan merupakan interaksi antara faktor-faktor subjektif dan objektif. Faktor subjektif bergantung  kepada kepercayaan seseorang berdasarkan fakta sebenar manakala objektif pula adalah keadaan yang mempengaruhi keputusan seseorang. Kedua-dua faktor ini berhubung kait.

 

Komponen-komponen yang terdapat dalam emosi adalah perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi serta tingkah laku yang berkaitan.

 

Saya ingin berkongsi pengalaman kawan saya  untuk menjelaskan kompenan emosi di atas.

 

Kawan saya mempunyai adik yang berumur 2 tahun. Ketika kami berada di dalam kelas, dia memberitahu saya bahawa dia tertinggal gunting di atas lantai pagi tadi dan takut akan adik kecilnya akan mengambilnya. Dia bimbang akan adiknya yang mungkin mencederakan diri ketika bermain dengan gunting itu. Dia dipengaruhi oleh emosi nya dan tidak dapat menumpukan perhatiaan dalam kelas. Saya dapat melihat dari mimik mukanya yang menonjolkan perasaan bimbang. Mukanya menjadi pucat. Saya berasa ketika itu jantungnya mesti berdegup dengan pantas. Dia segera memberitahu guru dalam kelas bahawa dia ingin keluar dari kelas sebentar. Dia berlari dengan pantas ke pejabat membuat panggilan telefon untuk memberitahu emaknya untuk menyimpan gunting yang tertinggal itu. Dia berasa lega selepas memastikan ibunya telah simpan gunting itu.

 

Dalam pengalaman kawan saya terdapat keempat-empat komponen emosi. Perasaan takut dan bimbang terhadap adiknya adalah komponen pertama iaitu perasaan. Proses kognitif yang merupakan komponen kedua adalah ketika dia terfikir-fikir adiknya mungkin akan mencederakan diri sendiri. Seterusnya, mukanya menjadi pucat adalah komponen perubahan fisiologi. Komponen yang terakhir iaitu tingkah lakunya iaitu segera membuat panggilan telefon.

 

Komponen emosi di atas juga boleh ditonjolkan dari pengalaman adik saya.

 

Pada suatu petang, adik saya balik ke rumah selepas bermain bola tampar di sekolah. Dalam perjalanan pulang, dari jauh dia ternampak gumpalan asap yang tebal di udara. Pada ketika itu dia mengesyaki kebakaran berlaku di tempat itu. Apabila semakin menghampiri rumah, gumpalan asap juga kelihatan semakin hampir. Pada ketika itu, dia berasa amat cemas(perasaan) dan menganggap rumah kami berlaku kebakaran(proses kognitif). Jantungnya berdegup dengan pantas sekali(perubahan fisiologi).  Dia bergegas balik ke rumah dan segera menelefon bapa yang sedang bekerja(tingkah laku yang berkaitan). Apabila sampai di rumah, dia bersyukur kerana rumah kami terselamat. Kebakaran itu berlaku di baris hadapan rumah kami.

 

Selain empat komponen emosi, saya juga mempelajari bahawa emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Jika kita tidak minat ataupun suka pada mata pelajaran yang kita pilih, kita tidak mungkin akan dapat mencapai keputusan yang cemerlang.

 

Emosi juga merupakan pendorong ataupun motivator untuk melakukan sesuatu perkara. Seseorang yang ingin memikat gadis yang disukainya memerlukan keberanian dan kesabaran. Walaupun gadis  itu telah menolak permintaannya tetapi dia masih rela menunggunya dan berusaha menawan hatinya. Itulah kekuatan emosi.



Hotmail: Trusted email with Microsoft's powerful SPAM protection. Sign up now.

No comments:

Post a Comment