Monday 26 July 2010

A126640 Hasliza LJ01

 Kursus Pengurusan  Emosi memang amat menarik perhatian saya untuk menjejaki atau mengenali diri sendiri untuk menentukan emosi. Selama ini saya tidak mengetahui betapa pentingnya emosi kepada setiap orang. Hal ini disebabkan setiap manusia dilahirkan mempunyai perasaan dan emosi, Mengikut tuan pensyarah perasaan adalah satu komponen emosi. ini merupakan satu perkara baru yang diketahui oleh setiap pelajar. Kursus ini patut diambil oleh setiap pelajar. Ini kerana seiap pelajar akan mempunyai emosi dan perasaan yang tidak boleh dikawal sekiranya sesuatu perkara berlaku kepada dirinya sendiri.

    Setiap apa yang dilakukan oleh kita akan dikawal oleh emosi. Misalnya ketika hendak menduduki peperiksaan. Emosi amat memainkan peranan penting. Hal ini kerana jika emosi tidak dikawal akan menyebabkan setiap pelajar atau sesiapa sahaja akan hilang kawalan kerana memikirkan peperiksaan yang akan didudukinya. Pembelajaran emosi adalah yang terbaik kepada sesiapa sahaja. Bukan sahaja kepada pelajar bahkan kepada semua masyarakat tidak kira bangsa atau agama.

    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa emosi amat penting dalan kerja seharian setiap manusia. Emosi amat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Empat komponen utama dalam emosi amat penting sekali iaitu perasaan, pemikiran, perubahan dalam badan kita dan tingkah laku. Komponen-komponen ini amat penting bagi kita untuk mengetahui kekuatan emosi dalam diri. Emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Hal ini kerana emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif yang membolehkan menjadi emosional.

    Setiap tingkah laku yang dilakukan oleh kita akan dipengaruhi oleh emosi. Misalnya kerana emosi juga kita akan mengalami kegagalan. Misalnya jika dalam perkawinan yang telah dipaksa untuk berkahwin dengan pasagannya maka emosi akan membawa kegagalan untuk menguruskannnya dan tidak boleh menumpukan sepenuh perhatian dalam perkahwinan tersebut.

    Oleh yang demikian, faktor emosi dalam setiap diri manusia amat penting dalam mengurus kehidupan seharian untuk berjaya. Kegagalan dalam mengatasi emosi akan menyebabkan mereka akan gagal dalamkehidupan. Emosi akan mempengaruhi sesiapa sahaja tidak mengenal tua atau muda. Kursus pengurususan emosi ini sepatutnya wajar diberikan kepada setiap pelajar. Hal ini kerana kursus ini akan memboleh mereka mengawal emosi. Setiap pelajar akan mengalami masalah emosi tidak kira waktu terutamanya masalah emosi ini akan berlaku ketika untuk menghadapi peperiksaan.

    Kesimpulannya, pada pendapat saya kursus ini amat baik sekali dipelajari. Hal ini kerana kita akan dapat mengetahui sejauh mana diri dapat mengawal emosi. Jika selama ini saya tidak mempelajari langsung pasal emosi tetapi sekarang alhamdullillah saya sudah mengetahui serba sedikit pasal emosi dalam diri sendiri. Mungkin pada penhujung kursus ini saya akan mendapat banyak lagi ilmu-ilmu pasal emosi.
 

No comments:

Post a Comment