Thursday 29 July 2010

A133579 Ahmad Shukery LJ02

          "Struktur Asas Emosi". Itulah tajuk bagi kuliah pengurusan emosi ku yang kedua bagi minggu yang ketiga. Tajuk kali ini agak lebih sukar berbanding tajuk yang pertama disebabkan tajuk ini bermulalah kami mempelajari teori-teori yang dikemukakan oleh cendekiawan-cendekiawan juga sarjana-sarjana barat mengenai emosi. Antara teori Dominan semasa yang berkait dengan struktur dan ungkapan emosi manusia menyatakan bahawa terdapat hanya beberapa sahaja emosi asas yang digelar sebagai "primary emotions" atau emosi primer yang merupakan sifat semulajadi manusia dan merupakan sesuatu yang dialami oleh manusiadi seluruh dunia merentasi pelbagai budaya (Kokoszka,1998). Charles Darwin, salah seorang ahli teori telah mengemukakan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi adalah sememangnya semulajadi dan universal dan muka juga antara bahagian yang mudah di ingat terutama sekali apabila kita senyum. Teringat saya mengenai sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan Abu Dzar dimana Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.". Terdapat banyak hikmah tersembunyi disebalik satu senyuman yang dilontarkan oleh seseorang itu.
          Selain itu, saya juga mengenali Plutchik's, iaitu salah seorang sarjana barat yang telah mengemukakan teorinya dimana emosi boleh digambarkan dalam tiga(3) bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Pada pendapat saya, hipotesis ini boleh dikatakan hampir tepat. Sebagai contoh, saya mempunyai seorang teman dimana pada suatu ketika dahulu saya pernah mengalami masalah dimana masalah tersebut memberi impak yang hebat kepada saya sehinggakan saya rasa saya tidak berdaya untuk menghadapinya. Namun, teman saya ini yang setelah mengetahui situasi yang di alami oleh saya turut merasa sedih dan simpati dengan apa yang saya alami sehinggakan beliau begitu risau mengenai diri saya. Kemudiannya beliau memberi kata-kata semangat untuk membangkitkan semangat juga seterusnya cuba membantu saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Melalui kronologi peristiwa yang saya alami ini, dapat kita kaitkan hipotesis yang di nyatakan oleh Plutchik's dengan emosi juga tindakan yang dilakukan oleh teman saya itu. Contohnya perasaan sedih yang di alaminya diklasifikasikan di bawah bahasa subjektif, kerisauan beliau pula boleh diklasifikasikan dibawah bahasa tingkahlaku dan akhir sekali tindakan beliau dalam memberi semangat pula kita boleh klasifikasikan dibawah bahasa fungsian. Kesimpulannya, teori ini jelas sekali ada kaitan dengan emosi manusia. Namun begitu, teori ini juga boleh dikatakan salah kerana setiap manusia mempunyai keunikan dan karakteristik yang berbeza.
          Pada hari ini juga, saya turut didedahkan mengenai teori Tomkins (1963,1995), iaitu pengasas teori emosi yang berdasarkan kepada perspektif Darwin. Teori beliau menyatakan bahawa emosi secara asasnya adalah tingkahlaku yang berkaitan dengan wajah, dan pengalaman emosi terbit daripada ekspresi wajah. Pada mulanya, saya agak keliru dengan teori ini. Namun setelah saya mendalaminya, baru saya faham maksud yang cuba disampaikan. Contohnya, adakah kita senyum kerana kita gembira, atau kita gembira kerana kita senyum? Berdasarkan teori tersebut, kita gembira kerana kita senyum. Namun begitu, mengikut pembacaan saya, senyuman tidak semestinya melambangkan kita gembira. Adakalanya senyuman seseorang itu untuk menyindir atau lebih dikenali sebagai senyum sinis. Jelas sekali terdapat kerapuhan teori yang di ketengahkan.
          Kesimpulannya, pada hari ini saya telah mempelajari dan mengetahui teori-teori yang dimana ada beberapa teori yang dijelaskan telah sedikit persoalan saya mengenai emosi, tindakbalas hasil dari emosi dan sebagainya. Walaubagaimana hebat teori-teori yang dihujahkan, namun tiada siapa masih mampu menjelaskan tentang emosi dengan setepat-tepatnya. Allah jua lah Maha Mengetahui mengenai ciptaan-Nya.

No comments:

Post a Comment