Thursday 29 July 2010

A129088 Rafiuddin LJ02

Salam 1 Malaysia, salam 1 Lambaian Dunia. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya mdan berasa curiga mengapa saya acapkali menggunakan simbolik "1" dalam pembuka bicara. Selain daripada menyahut seruan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menyokong gagasan bersatu dan muhibbah,wujud juga persepsi lain yang mampu kita gali ke dasar perasaan kita sebagai insaniah. Perasaan yang datang menjengah diiringi dengan kesan fizikal dan degupan jantung boleh kita simpul sebagai perasaan 1 Emosi,di mana hanya dalam satu situasi kita mampu menggerakan hampir 2/3 anggota badan kita. Perasaan gemuruh dan "stage fright" sudah menjadi rencam bagi golongan berusia menonton perilaku gelisah anak muda setiap kali mendapat peluang untuk pengucapan umum.

 

Berkaitan dengan masalah peribadi saya dan juga sedikit latar belakang saya, pengalaman itu seringkali menjadi mimpi ngeri pada diri saya. Walaupun sudah banyak kali menghadapi pembentangan tugasan, namun perasaan gemuruh ketika berhadapan dengan orang ramai masih lagi tidak dapat saya elakkan. Perihal ini dapat dikaitkan dengan Teori Emosi Primari Plutchik. Teori ini mengatakan bahawa emosi dapat digambarkan dalam 3 bahasa dan situasi yang berbeza-beza, iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku serta bahasa fungsian. Kesemua bahasa ini dapat dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup saya sendiri,seperti yang saya katakan sebentar tadi.

Apabila disuruh berucap di depan orang ramai, tidak kisah samada pengucapan umum atau sekadar pembentangan tugasan, darah gemuruh cepat sangat terasa membuak-buak. Malah, suara saya akan mula menjadi perlahan dan tersekat-sekat, di samping tapak tangan yang berpelhu mungkin disenbkan hormone dan degupan jantung serta kaki saya juga akan menggigil. Saya berasa amat takut, iaitu seperti bahasa subjektif yang dijelaskan dalam Teori Plutchik.

Keinginan untuk melarikan diri daripada berucap dengan memberi pelbagai alasan kepada guru tersebut sentiasa berlegar-legar dalam kotak fikiran saya. Entah kenapa,saya berasa gugup dan merasa tidak selesa. Namun,perasaan itu tidak lama saya alami. Setelah mendapat tempo dan rentak,saya akan mula berasa selesa dan sifat gemuruh itu akan hilang dimamah masa. Tindakan ini dapat didefinisikan sebagai bahasa tingkahlaku yang dicetus susulan daripada emosi ketakutan. Namun demikian, ketakutan ini dapat menjadikan saya berasa lebih berani setelah beberapa kali diipanggil keluar. Demikianlah bahasa fungsian perasaan ketakutan kepada saya. Takut beberapa kali, saya jadi lebih berkeyakinan dan benarlah apa ytang diomongkan,jika ingin berjaya, kita perlu belajar dari kesilapan dan pengalaman silam.

Teori oleh ahli pemikir, Charles Darwin, salah seorang ahli teori telah mengemukakan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi adalah sememangnya semulajadi dan universal. Sebagai contohan, muka merupakan antara bahagian yang mudah diingat terutama sekali apabila kita senyum. Memang benar, reaksi wajah amat mempengaruhi mood dan simblolik kepada perasaan yang dialami oleh pelaku. Bukan itu sahaja, malah insan-insan di sekeliling juga akan terkesan dengan sikap dan riak wajah yang ditunjukkan oleh sahabat dan persekitaran mereka.

Struktur Asas Emosi juga turut mengetengahkan konsep dan teori oleh Tomkins (1963,1995), iaitu pengasas teori emosi yang berdasarkan kepada perspektif Darwin. Teori beliau menyatakan bahawa emosi secara asasnya adalah tingkahlaku yang berkaitan dengan wajah, dan pengalaman emosi terbit daripada ekspresi wajah. Sebagai contohnya, tidak semestinya senyuman itu melambangkan perasaan gembira dan teruja. Ada di kalangan kita mampu tersenyum walaupun sudah seharian penat bekerja atas alasan untuk menjaga hati sahabat-sahabat di sekelilingnya. Malah, ada juga insan yang tersenyum bagi menyembunyikan kelukaan di jiwa dengan harapan agar insan sekitar tidak berasa risau dengan kesedihan yang dia alami.

Kesimpulannya, reaksi dan impresi wajah merupakan watak penting dalam menterjemah emosi. Tanpa teori oleh pemikir-pemikir Barat ini,mungkin agak susah bagi kita mengenali dan memahami konsep emosi dengan lebih menyeluruh. Sejujurnya, senyuman saya kali ini amat benar melambangkan betapa seronoknya saya dapat mempelajari perihal emosi dengan mentor yang ternyata pakar.


No comments:

Post a Comment