Friday 23 July 2010

A133361 CHIN HUI JING LJ01

Menurut Kleinginna&Kleingina(1981),emosi ialah set interaksi antara faktor subjektif dan objective. Faktor subjective dipengaruhi oleh kepercayaan diri seseorang mengikut fakta atau situasi yang mempengaruhi sesuatu hasil. Interaksi antara faktor-faktor ini akan menyumbang kepada empat komponen,iaitu pengalaman afektif,proses kognitif,penyesuaian fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Pengalaman afektif  ialah perasaan semasa melihat sesuatu berlaku di depan mata. Contohnya,kita akan berasa cemas dan takut apabila melihat kebakaran berlaku. Seseorang akan berasa gembira dan cemas apabila melihat orang kesukaannya berjalan ke arahnya. Proses kognitif ialah pemikiran terhadap pengalaman afektif yang dialami oleh seseorang. Proses kognitif juga suatu tanggapan terhadap apa yang dilihat atau berlaku berdasarkan pengalaman kita. Contohnya,kita akan dilabelkan perasaan cemas dan takut semasa perompakan berlaku. Melalui proses kognitif,kita juga dapat mengenal pasti dan menganalisis sumber bunyi atau apa yang dilihat. Selepas itu,kita akan memikirkan cara untuk berdepan dengan situasi yang berlaku tersebut. Seseorang pula akan memikirkan cara untuk menarik perhatian orang kesukaannya seperti bercakap dengan nada lembut,mengemukakan idea-idea yang berintelektual. Dia juga akan memikirkan cara untuk menonjolkan diri dalam kelas atau padang perlawanan bola. Penyesuaian fisiologi pula ialah perubahan dalam badan sebagai tindak balas terhadap stimuli luaran yang dialami oleh seseorang. Contohnya,degupan jantung akan bertambah cepat apabila seseorang terperangkap dalam kebakaran. Kadar perspirasi akan menjadi cepat dan kakinya mungkin menjadi lenguh dan tidak berdaya. Kadar pernafasan juga akan bertambah cepat supaya kandungan oksigen yang mencukupi dapat dihantar kepada sel-sel badan. Hal ini penting supaya badan berupaya menangani situasi kecemasan. Begitu juga dengan situasi semasa seseorang berdepan dengan orang kesukaannya. Degupan jantung menjadi kencang,muka menjadi merah-kemerahan dan tangan menjadi sejuk. Tingkah laku berkaitan pula ialah tindakan yang akan dilakukan untuk menangani situasi-situasi yang berbeza. Contohnya,seseorang akan menyelamatkan diri daripada kebakaran dengan berlari keluar dengan secepat mungkin. Seseorang mungkin akan melawan balik penjahat yang mengancam nyawanya untuk melindungi diri. Seseorang akan menonjolkan bakat-bakat dengan bersungguh-sungguh demi menarik perhatian orang kesukaannya.

            Terdapat satu contoh di sini untuk menunjukkan keempat-empat komponen di bawah emosi. Albert berjalan di sebuah lorong yang sunyi. Tiba-tiba,dia berasa dirinya diekori oleh beberapa orang. Dia mula berasa takut dan cemas.(pengalaman afektif) . Dia berfikir kalau-kalau orang-orang itu perompak,nyawanya akan terancam. Dia mula mencari ikhtiar untuk melarikan diri daripada orang-orang tersebut sebelum dirompak.(proses kognitif). Ketika itu,Albert berpeluh-peluh pada seluruh badannya dan degupan jantungnya bertambah cepat.(penyesuaian fisiologi). Apabila sampai di persimpangan jalan,dia terlihat orang ramai di stesen bas,Albert berlari dengan cepat ke a rah orang ramai itu.(tingkah laku berkaitan)

            Emosi lebih luas maknanya daripada perasaan kerana perasaan ialah salah satu komponen dalam emosi. Emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Hal ini kerana emosi dijadikan sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif itu boleh menjadi emosional. Contohnya,emosi gembira membolehkan seseorang itu berselera makan dan senyum selalu. Emosi kesepian mendorong seseorang untuk mencari kawan baru. Emosi kekecewaan mengakibatkan seseorang menangis atau jika lebih serius,akan menyumbang kepada pembunuhan diri. Namun begitu,bukan semua keadaan,emosi menjadi pendorong. Misalnya,seseorang belajar kuat disebabkan oleh motif pencapaian dan bukannya emosi. Seseorang makan dengan gelojoh bukan disebabkan emosi tetapi disebabkan kelaparan.(fisiologi)

            Bagaimanakah cara untuk mengukur emosi? Emosi dapat diukur melalui beberapa kaedah. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah laporan sendiri,pemerhatian secara langsung dan pengukuran fisiologi. Kaedah laporan termasuklah menemu ramah, soal selidik dan teknik pengawasan sendiri. Menemu ramah membolehkan kita mendapat maklumat mengenai masalah emosi atau perasaan seseorang melalai percakapannya. Soal selidik ialah cara untuk mendapat maklumat emosi dengan pertanyaan-pertanyaan dalam kertas soal selidik. Teknik pengawasan diri pula kaedah merekodkan tingkah laku sendiri untuk satu tempoh masa. Pemerhatian secara langsung tidak tepat kerana terdapat perbezaan dan kepelbagaian kebudayaan. Kita tidak dapat mengenal pasti sikap seseorang melalui rupa luarannya.

No comments:

Post a Comment