Friday 23 July 2010

A123114 DILA LJ01

Emosi merupakan sesuatu yang kompleks untuk diterangkan. Semua manusia di dunia ini dianugerahi dengan emosi, seseorang tanpa emosi tidak akan menguntungkan evolusi dan sosial manusia kerana mereka tidak akan pernah menghormati orang lain, pentingkan diri sendiri dan sebagainya. Pada pandangan pertama saya sebelum saya belajar mengenai emosi ini saya berfikiran emosi adalah sama dengan perasaan tetapi pandangan saya adalah tersilap. Saya bersetuju dengan definisi yang diutarakan oleh kleinginna & kleinginna (1981) yang mengatakan emosi adalah satu interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif yang di antarai oleh sistem hormon saraf di dalam badan kita. Pada pendapat saya sistem hormon saraf di dalam badan manusia penting dalam menghantar rangsangan yang telah diterima dari luar untuk ditafsirkan di otak dan seterusnya badan mengalami perubahan sebagai reaksi kepada peristiwa yang dialami. Untuk memahami dengan lebih mendalam apa itu emosi, saya telah membaca buku tambahan iaitu Understanding Motivation and Emotion, didalam buku itu, telah menyatakan emosi adalah multidimensi. Mereka wujud sebagai subjektif, biologikal, bertujuan dan fenomena sosial. Emosi merupakan perasaan subjektif kerana mereka membuat kita merasa sesuatu seperti marah atau gembira. Tetapi emosi juga reaksi biologi iaitu tindak balas tenaga penggerak yang mempersiapkan tubuh untuk menyesuaikan diri dengan situasi apa pun yang kita hadapi. Emosi juga sebagai agen tujuan seperti lapar dan terakhir emosi juga adalah fenomena sosial ini kerana kita boleh melihat dan mengetahui reaksi emosi pada orang lain melalui postur badan dan cara mereka berkomunikasi. Dari kedua-dua bacaan ini saya semakin mengerti apa itu emosi.

 

Dalam emosi kita terdapat empat komponen iaitu tahap perasaan, proses kognitif, perubahan fizikal dan tingkah laku yang berkaitan. Kesemua komponen ini telah dialami oleh saya dan rakan saya ketika kami dalam perjalanan pulang dari mengutip derma untuk membina surau di sekolah lama kami kira-kira 9 tahun yang lalu. Peristiwa ini memang sudah lama tetapi masih menjadi kenangan yang agak menggelikan hati juga jika diingat-ingat. Kawasan taman perumahan yang kami lalui itu memang terkenal dengan bilangan anjing liar yang boleh dikatakan agak banyak. Kami berdua memang dikategorikan sebagai golongan yang takut kepada anjing. Kami sengaja memilih laluan kawasan perumahan itu sebagai jalan pintas untuk pulang ke rumah kerana pada waktu itu kami telah kepenatan dari pagi hingga ke petang mengutip derma. Apabila melalui satu lorong ini kaki kami berdua terhenti dan mata kami terfokus kepada dua ekor anjing ini yang sedang menyelongkar tong sampah. Apabila mengetahui kehadiran kami berdua di kawasan itu, seekor anjing ini terus menatap ke arah kami dan seekor lagi terus dengan aktivitinya, perasaan saya pada waktu itu memang terkejut dan takut dan di tambah lagi anjing itu terus menatap kami berdua dan bergerak kearah kami. Ketika anjing itu makin kehadapan berlaku perubahan fisiologi dalam badan dengan jantung saya berdegup dengan laju dan pada waktu itu Yana pegang tangan saya dan menarik saya beranjak kebelakang sambil berkata " weh, macam mana nak lalu nie, dah lah lagi satu lorong nak tembus ke kawasan rumah kita". Pada masa itu saya menggunakan proses kognitif dan memberi cadangan kepada yana untuk terus sahaja berjalan kehadapan dan buat seperti tiada apa-apa dan jangan lari sebab nanti tak pasal-pasal dia kejar kita pula. Pada masa itu saya beranikan diri sambil mulut terkumat-kamit membaca doa agar si anjing ini tidak mengejar kami. Jantung saya bergerak dengan lebih laju apabila melintasi kedua-dua ekor anjing ini. Langkah kami semakin laju kerana terkejut mendengar salakan anjing dan anjing itu terus mengejar kami berdua kerana melihat kami berlari dan syukur pada masa itu ada seorang pakcik yang berbangsa cina menolong kami dengan menghalau anjing itu. Kami rasa berterima kasih kepada pakcik itu kerana tanpa dia, saya dan Yana tidak tahu apa yang akan jadi kemudiannya.

No comments:

Post a Comment