Saturday 24 July 2010

A131857 NORHIDAYU LJ01

Falsafah pendidikan negara menekankan kepada pembangunan insan yang seimbang daripada aspek-aspek jasmani,emosi,rohani dan intelektual.Namun demikian,aspek pengurusan emosi jarang diberi perhatian serta penekanan dalam sistem dan proses pengajaran dan pembelajaran.Kursus ini bertujuan memperkemaskan minda dan sikap pelajar bagi menangani perubahan dan cabaran,dengan keterampilan dari segi menguruskan emosi mereka sebagai persediaan untuk hidup dalam masyarakat modenisasi.Hal ini menarik minat saya untuk mengikuti kursus pengurusan emosi yang ditawarkan oleh pihak universiti.Pemilihan kursus ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menangani serta menguruskan emosi saya di samping memberi pendedahan yang lebih mendalam lagi.
 
Emosi?Apakah itu emosi?Sejauh manakah pengetahuan kita terhadap emosi ini.Saya pasti ramai dikalangan kita yang menyangkakan bahawa emosi ini adalah sama maksudnya dengan perasaan.Selepas menghadiri kuliah Dr.Ahmad Zambri bin Mansor ini saya mendapati bahawa anggapan saya selama ini adalah tidak tepat.Perasaan yang selalunya di anggap sebagai emosi sebenaranya cumalah sebahagian daripada emosi.Emosi itu lebih luas maknanya daripada perasaan.Menurut Kleinginna & Kleinginna(1981),emosi boleh ditakrifkan sebagai suatu interaksi yang komplek dari segi subjektif dan faktor objektif dari sistem hormon neural kita.Saya bersetuju dengan pendapat ini,iaitu bahawa emosi terdiri daripada 4 elemen.Antara elemen tersebut adalah seperti perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan.Berdasarkan pengalaman,emosi seseorang memang terdiri daripada 4 elemen tersebut.Perasaan takut sebagai contohnya akan mendorong berlakunya proses kognitif.Hal ini turut menyebabkan terjadinya perubahan fisiologi bagi seseorang itu.Ini akhirnya akan mendorong tingkahlaku mereka.Tidak perlu mengambil contoh orang lain kerana saya juga dapat merasai perkara yang sama.Keempat-empat elemen ni sangatlah berhubung rapat antara satu sama lain.
 
Selain itu,emosi dan motivasi ini adakalanya berkait rapat dan adakala sebaliknya.Menurut Baron & Logan bahawa emosi ini tidak dapat dipisahkan dari motivasi.Emosi adakalanya menjadi motivator(pendorong) kepada sesuatu tingkah laku kita.Sebagai contohnya,motif pembunuhan,selain dari motif untuk mendapatkan duit ada di antara terjadi kerana kebencian ataupun kerana dendam.Ini sebenarnya adalah di dorong oleh emosi.Saya berpendapat mesti kebanyakkan dari kita akan mengaitkan cinta dengan emosi.Penyatan ini boleh diterima kerana cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku seperti meng'sms',menelefon,memberi hadiah serta mendirikan rumahtangga.Walaubagaimanapun,kita tidak boleh menganggap bahawa semua emosi sebagai pendorong kepada sesuatu tingkahlaku kita.Contoh sesetengah perkara yang tidak didorong oleh emosi adalah seperti kegigihan dalam pelajaran dan makan.Keinginan untuk makan bukanlah disebabkan oleh kerana emosi dan ia adalah kerana 'hunger motive'.
 
Sebagai kesimpulannya,emosi itu adalah suatu yang berbeza dari perasaan kita walaupun ramai yang menganggap bahawa 2 perkataan tersebut adalah sama.Emosi itu lebih luas maknanya dari perasaan dan perasan cuma salah satu daripadanya.Ianya juga terdiri dari 4 elemen seperti perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi dan tingkahlaku.Saya tidak menyesal bahkan bersyukur kerana dapat mengikuti kursus ini kerana pengurusan emosi amatlah penting bagi seseorang itu.Untuk berjaya dari segala aspek kita perlulah mengetahui cara-cara menguruskan diri kita terutamanya dari aspek emosi ini.Sekian.

No comments:

Post a Comment