Saturday 24 July 2010

A134381 Abu Bakar LJ01

setelah aku mengikuti kursus pengurusan emosi, banyak perkara yang telah aku
pelajari.
antaranya, perbezaan antara perasaan dan juga emosi. bagaimana untuk mengukur
emosi, apakah komponen-komponen emosi dan sebagainya. begitu juga dengan
definisi atau maksud emosi itu sendiri. Emosi yang didefinasikan oleh Kleinginna
And Kleinginna (1981 ialah sebagai satu interaksi kompleks yang berlaku antara
faktor subjektif dan faktor objektif yang melibatkan sistem hormon dalam badan
seseorang. Emosi juga terdiri daripada empat komponen, iaitu perasaan, proses
kognitif iaitu cetusan pemikiran, perubahan fisiologi dan tingkahlaku berkaitan.
Dalam kehidupan yang telah aku lalui, aku juga dah menempuh semua komponen ini
tanpa aku sedar.


Semasa berada di dalam kelas tersebut, pada mulanya aku merasakan bahawa emosi
ini merupakan sesuatu yang remeh. tetapi kemudian, aku merasakan bahawa emosi
memainkan satu peranan yang amat besar dalam kehidupan. contohnya, sekiranya
kita melakukan perkara yang amat kita suka, dimana emosi dijadikan pendorong,
perkara itu akan menjadi sesuatu yang amat senang ataupun mudah untuk
dilaksanakan. kita tidak akan mengalami sebarang kesukaran ketika melaksanakan
perkara tersebut. tetapi kita harus ingat bahawa tidak semua keadaan emosi dapat
menjadi pendorong. begitu juga, tidak semua pendorong berlandaskan emosi. cuba
kita bayangkan untuk hidup tanpa emosi. bagaimanakah seseorang itu dapat
merasakan sebarang perubahan terhadap dirinya mahupun perkara disekelilingnya?
Mungkin jiwa akan menjadi kosong tanpa gelak ketawa dan gabungan perasaan yang
lain. Malah, diri tidak akan terdorong untuk melakukan sesuatu yang mungkin
boleh mengubah hidupnya kearah yang lebih baik.

Selepas mengikuti kelas ini, aku juga telah mengetahui bahawa emosi boleh diukur
dengan beberapa kaedah seperti temuramah dan pemerhatian secara langsung.
Tetapi, emosi ini sesuatu yang sangat subjektif, maka ianya tidak dapat diukur
dengan tepat dan akan terdapat percanggahan penilaian kerana setiap individu
mempunyai pandangan yang berbeza.

Banyak input yang telah aku dapat dalam mengikuti kelas ini. Aku kini akan
lebih berusaha untuk menguruskan emosi aku sebaiknya supaya aku dapat menikmati
hidup ini dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment