Saturday 24 July 2010

A129088 RAFIUDDIN LJ01

Salam 1 Malaysia dan salam 1 Aspirasi juga diucapkan kepada semua blogger laman sesawang ini. Setulusnya,saya berasa amat berbesar hati kerana saya adalah insan yang terpilih oleh Allah s.w.t kerana telah menggerakkan hati saya untuk memilih kursus Pengurusan Emosi,ZT2253 ini. Tidak kisahlah dengan siapa pun saya berguru dan dengan apa saya teladani,namun apa yang lebih penting bagi saya ialah pengisian dan wadah yang ingin disalurkan. Kursus ini secara ironinya amat bagus bagi golongan pelajar IPTA amnya serta kepada semua remaja khasnya kerana subjek ini bakal membimbing dan membudayakan remaja agar menjadi insan lebih matang serta berminda terbuka dalam isu serta perihal yang melibatkan spiritual mahupun zahiriahnya.

 

Mentor saya yang amat saya hormati, En Ahmad Zamri Mansur merupakan insan yang layak menerajui kelas ini dengan celoteh serta hujahnya yang mampu meyakinkan serta menyangkal hujah-hujah kosong saya yang pada awalnya beranggapan Pengurusan Emosi ini diambil untuk memenuhi tuntutan kurikulum university semata-mata.

 

Pada minggu pengenalan ini,kami telah dikejutkan dengan sebuah kenyataan bahawa selama ini tanggapan kami ternyata salah sama sekali. Perasaan dan emosi ada pengisian nya yang tersendiri, dimana emosi adalah induk kepada perasaan yang lahir dari cetusan emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna, emosi dapat diklasifikasikan sebagai satu set yang kompleks,dimana wujud sebuah  interaksi antara faktor subjektif dan faktor objektif yang diperantaraan oleh sistem saraf hormone. Perihal ini membawa si pelaku menjiwai dan mengalami pelbagai fenomena dan membawa kepada luahan perasaan contoh takut ,proses kognitif, perubahan fisiologikal dan akhirnya perubahan tingkah laku. Keempat-empat komponen emosi ini adalah saling berkaitan. Emosi mempunyai skop yang lebih luas berbanding perasaan, seterusnya emosi juga menjadi motivasi kepada tingkah laku seseorang.

 

Sebagai contohan, pendekatan yang paling mudah kita boleh ambil ialah pada ketika saatnya untuk menduduki peperiksaan. Lumrahnya,sejak di bangku seawall tadika lagi kita telahpun dimomokkan dengan fenomena peperiksaan yang kerap,namun entah kenapa setiap kali itu jugalah kita mengalami perasaan dan kecamuk emosi secara tiba-tiba. Tindakbalas tubuh yang menerima isyarat dari otak (kognitif) menyebabkan tubuh kita rasa berpeluh dan tidak senang duduk. Malah,dalam kebanyakan kes, kita akan sering kali rasa berdebar-debar dan kadar denyutan jantung kian meningkat setiap kali ingin menduduki peperiksaan.

Selain itu, emosi dan motivasi ini adakalanya berkait rapat dan adakala sebaliknya. Menurut Baron & Logan bahawa emosi ini tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Emosi adakalanya menjadi motivator (pendorong) kepada sesuatu tingkah laku kita. Sebagai contohnya,motif pembunuhan,selain daripada modus operandi untuk mendapatkan duit, terdapat juga kes terjadi kerana kebencian yang meluap-luap ataupun kerana dendam.Ini sebenarnya adalah didorong oleh emosi.Saya berpendapat bahawa kebanyakan kita tidak boleh mengelak dari persoalan cinta. Sudah pasti kebanyakan dari kita akan mengaitkan cinta dengan emosi.Pernyataan ini wajar dan boleh diterima pakai, kerana kewujudan cinta mampu serta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku seperti memberi hadiah, rasa tidak keruan ketika bertentangan mata serta rasa melindungi dan kadangkala suara seakan tersekat-sekat ketika berhadapan dengan si pujaan hati.

 

Sebagai pelajar kursus Pengurusan emosi,kita harus membezakan antara tuntutan fisiologikal dengan tuntutan biologikal. Sebagai contoh, kita akan berasa bernafsu untuk makan ketika berasa lapar merupakan contoh tuntutan biologikal yang paling mudah dan ia sebenarnya bukanlah tuntutan fisiologikal. Hal ini kerana, lumrahnya manusia akan mengalami perasaan yang sama ketika lapar, tidak boleh dinafikan lagi.

Konklusinya, emosi hadir tanpa kita sedari. Rasa yang lahir dari jiwa ini tidak mampu ditahan dan dibendung lagi. Tidak kira samada perasaan itu positif mahupun negatif, selagi wujud pertalian antara kognitif, fisologikal, dan tingkahlaku, selagi itulah keadaan itu boleh dianggap sebagai permasalahan emosi.

Sekian, wassalam.


No comments:

Post a Comment