Thursday 29 July 2010

A129176 sazlina LJ02

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pelajar yang mengambil kursus ZZZT 2253 iaitu kursus Pengurusan Emosi serta kepada pensyarah saya, Encik Ahmad Zambri Bin Mansor. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan sekali lagi bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tugasan pada kali ini adalah sambungan daripada tajuk pertama pada minggu lepas iaitu berkaitan dengan emosi.

Tugasan pada kali ini membincangkan tentang bagaimana seseorang itu meluahkan atau menunjukkan ekspresi diri atau tingkah laku apabila berhadapan dengan sesuatu perkara. Adakah tindakan mereka sejajar dengan perasaan yang mereka alami ataupun sebaliknya. Menurut teori asas pada pandangan Darwin yang menyatakan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas atau dengan kata lain "primary emotion". Emosi primary ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam  di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Ini bermaksud, ekspresi yang ditunjukkan oleh semua manusia di muka bumi ini adalah sama melainkan orang itu menghadapi masalah mental.

Dalam bukunya, "The Expression of the Emotion in Man and Animals", ekspresi wajah melambangkan emosi kerana melalui wajah atau muka adalah yang senang untuk dilihat sama ada seseorang itu dalam keadaan marah, sedih, gembira, malu, benci dan sebagainya. Bagi Plutchik dalam teori bahasa emosi, dapat digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu subjective language (bahasa subjektif), behavioral language (bahasa tingkah laku), dan functional language (bahasa fungsi). Sebagai contoh yang menunjukkan bahasa biasa seperti, Kamil berasa begitu gembira kerana memperolehi keputusan peperiksaan yang di luar jangkaannya.

Behavioral  language atau bahasa tingkah laku merujuk kepada apakah tindakan susulan yang telah dirangsang, contohnya sedih akan mengalirkan air mata. Bagi situasi ini, sangat sinonim dengan wanita kerana hati wanita mudah tersentuh dengan perkara-perkara yang begitu menyentuh perasaan. Bahasa emosi yang terakhir adalah bahasa fungsian yang merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang dan bagaimana emosi itu berperanan kepada individu.

Dimensi emosi dalam kajian Plutchik terbahagi kepada 3 iaitu intensity, similarity dan polarity. Intensity  merujuk kepada darjah kekuatan emosi, contohnya dari bahagia kepada gembira. Similarity pula ialah merujuk kepada hubungan atau perkaitan, contohnya takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira manakala bagi maksud polarity ialah merujuk kepada kekutuban atau berlawanan, sebagai contoh benci lawannya suka, hitam lawannya putih, hadapan lawannya belakang dan lain-lain lagi.

Kesimpulan daripada keseluruhan topik pada minggu ini ialah ekspresi emosi boleh di tunjukkan melalui pelbagai cara sama ada melalui subjektif, tingkah laku dan juga fungsi.

No comments:

Post a Comment