Thursday 29 July 2010

A134622 amira LJ02

JOURNAL 2:CUTI

Lelaki:kau ni kenapa?muka kau keruh je…'bad' mood je kau ni..uzur ye?

Perempuan:eh,jangan kacau la.sibuk je nak tahu pasal aku..ye.aku uzur..'so' kau ada apa-apa masalah ke?

Lelaki:bila uzur je nak mengamuk.itulah perempuan.alasan tu je yang kamu semua boleh bagi bila nak mengamuk.

Perempuan:kau….diam!

Aku bosan sebenarnya bila kawan-kawan lelaki aku tanya macam itu bila muka aku tak ceria.Dan aku juga bosan bila lelaki tanya "kenapa perempuan 'moody' bila uzur.Bila tegur pun tak nak senyum?"

Haih.Aku bosan betul bila lelaki tanya macam ini.Disebabkan itu,aku nak jawab sikit dalam jurnal aku ini.

Pertama adalah disebabkan oleh hormone.Bila hormone estrogen kita tinggi,jadi emosi kita pun susah nak kawal.Bagi kaum lelaki pun adamasa macam ini sebenarnya,tapi kamu semua tak serius seperti kami.

Soalan kedua kamu semua adalah kenapa kami tak ceria bila kami uzur.Dan perkara ini jelas terpancar di muka kami.Ini adalah disebabkan oleh'period pain' atau di panggil senggugut.Untuk pengetahuan semua,senggugut ini adalah penyakit kedua yang tersakit selepa ssakit gigi.Kesimpulannya bila terlamapau sakit,kami tak mampu nak menceriakan diri.Dan ada juga perempuan yang pengsan bila senggugut ni.Kami juga senang 'moody' sebab tahan sakit.Sebab itu la muka kami berkerut-kerut.Lepastu nak paksa buat muka 'cool' sebab tak nak tunjuk dekat kawan-kawan muka sakit memang susah.

Mesti kamu semua tak dapat bayangkan macam mana sakit tu.Aku ingat cikgu aku kata "awak bayangkan kulit awak kena tarik.Luka kan?sakit kan?macam itu la keadaan dalam rahim tu.Lapisan-lapisan dalam yang nak gugur yang melekat kan dinding rahim tu gugur jadi uterus tu luka dan sakit."

Ha…lebih kurang macam itu la,Aku ingat lagi muka kawan-kawan lelaki kelas aku berkerut bila dengar penerangan cikgu tu.Kawan-kawan,betulkan aku kala aku salh.Selain itu,kami jadi marah bila masa kami uzurdan campur pula masalah-masalah sampingan yang memerlukan akal fikiran untuk berfikir akan menyebabkan kami bertambah 'moody' dan kami tidak mampu untuk menyorokkan air muka kami.Jadi bagi sesiapa yang pernah menjadi mangsa kepada masalah ini,maafkan kami.Perempuan-perempuan ni beremosi sebab serabut kepala.Padahal dalam situasi yang normal boleh je nak selesaikan diam-diam.Kadang-kadang tu ada yang cuba bergurau,buat lawak sebab nk menceriakan muka kami yang masam tu.Aku boleh kata 10% je yang bagi respon dekat lawak kamu semua tu.Itupun setakat sengih je.Kalau tergelak pun setakat 10 saat macam tu je lepas tu diam balik.

Penyelesaiannya,bagi aku berilah ketenangan kepada situasi tersebut.Dan bagi lah makanan kepada kami.Sebab nya bila uzur ni,nafsu makan kami sangat tinggi sebab nak ganti balik darah kami yang hilang tu.Kalau kami cakap lapar tu,tunaikan je la permintaan kami.Kalau kami gastric semasa kami uzur.lagi parah la yang kaum lelaki terima dari kami.Tapi ada juga yang tiada senggugut tapi dapat pening kepala.Ada yang jenis bukan sakit tapi jenis hiperaktif seperti kacau orang,membeli-belah,berjalan sana-sini,dan ada juga kalau ada kejadian yang mencuit hati tu ak berhenti  gelak.Lain orang lain ragam

No comments:

Post a Comment