Monday 26 July 2010

A127856 Eaishah Aziz LJ01

    Setiap manusia yang dilahirkan diatas muka bumi ini pastinya mempunyai  emosi. Menyebut berkaitan dengan emosi merupakan sesuatu yang begitu menarik untuk dibincangkan. Oleh itu, Kursus pengurusan Emosi merupakan satu pembelajaran yang membolehkan kita menguruskan emosi dengan baik.Hal ini kerana sebagai seorang mahasiswa tidak terlepas dari pelbagai perkara yang melibatkan emosi.

    Melalui kuliah yang telah diberikan,barulah saya mengetahui bahawa perasaan adalah emosi begitu juga sebaliknya. Maka setiap dari kita pastinya pernah melalui saat-saat suka,gembira,kecewa,tertekan dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan emosi. Empat kompenan yang dikaitkan dengan emosi adalah seperti perasaan,pemikiran, perubahan physiologi dan  tingkah laku atau tindak balas.

    Salah satu pengalaman yang begitu saya ingat adalah saat-saat saya mengalami  kemalangan. Perasaan pada masa itu sukar digambarkan dengan kata. Namun saya cuba untuk berkongsinya dalam tugasan ini. Semasa saya mengalami kemalangan tersebut, saya menaikki sebuah bas dalam pejalanan dari terminal bas Larkin menuju ke Batu Pahat. Semasa bas tersebut mengalami kemalanagan perasaan saya begitu cemas. Hal ini kerana saya baru sahaja terlelap dari tidur dan saya sedar bas sudah pun mengalami kemalangan. Bas yang hampir terbalik dan keadaan yang begitu cemas amat menakutkan  saya.

    Pada masa itu, saya cuba mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Memandangkan keadaan bas yang begitu teruk. Saya bernasib baik kerana saya tidak cedera parah dan mampu lagi untuk keluar dari bas melalui tingkap bas yang telah dipecahkan oleh salah seorang penumpang dalam bas tersebut walaupun kaki saya pada masa itu agak tersepit dengan tempat duduk dihadapan. Saya berusaha untuk keluar dari bas tersebut dengan melompat dari tingkap bas yang agak tinggi. Keadaan di luar pula,orang ramai sibuk untuk memberikan bantuan kepada mangsa. Perasaan saya bertambah cemas apabila ada penumpang yang mengalami kecederaan yang teruk.

    Sekiranya kita berada dalam apa-apa situasi atau perasaan pastinya kita akan melakukan empat kompenan emosi tanpa kita sedari. Oleh itu,pembelajaran dalam kursus pengurusan emosi ini amat berguna dan saya berharap pada akhir kursus ini dapat mempelajari lebih banyak ilmu mengenai emosi.Hal ini kerana untuk membincangkan mengenai emosi bukanlah satu perkara yang mudah. sekiranya kita tidak mempelajari ilmu untuk menguruskan emosi pastinya kita tidaka dapat mengawal emosi sekiranya kita berada dalam keadaan yang amat kritikal. Apabila kita mempelajari tentang ilmu pengurusan emosi,sekurang-kurangnya kita sudah mempunyai ilmu untuk menghadapi atau bertindak sekiranya berhadapan dengan masalah tanpa ragu-ragu.Hanya yang pasti adalah tindakan yang diambil oleh kita adalah satu tindakan yang pasti dan yakin.

No comments:

Post a Comment