Tuesday 27 July 2010

A128283 HAFIZAH ABDULLAH LJ01


Saya baru balik dari kelas Pengurusan Emosi. Dengan internet yang tidak dapat disambungkan ditambah lagi dengan tugasan dari pensyarah dan macam-macam lagi.Saya mengambil peluang menceritakan kepada kawan saya tentang kuliah kursus pengurusan emosi yang dipelajari sebentar tadi. Tiba-tiba dia jadi berminat. Mungkin kerana dia masih belum mengambil kursus U2,jadi dia tertarik untuk mendengar cerita daripada saya. Manalah tahu, tiba-tiba dia  tergerak hati untuk mengambil kursus ini nanti.

Dia melihat-lihat nota-nota kuliah saya. Agak menarik! Satu pandangan pertama yang bagus tentang kursus ini. Sekali dengar nama kursus,sudah macam kursus di dalam program Psikologi tetapi tidak sebenarnya. Mata dia tertumpu kepada satu baris ayat emotion can give rise to affective experiences such as feelings of arousal,pleasure/displeasure. Emosi boleh memberi kita merasai pelbagai jenis perasaan. Kalau tidak ada perasaan,itu bukanlah dinamakan sebagai manusia. saya teringat tentang cerita tentang kematian adiknya. Dia mengatakan kalau arwah adiknya  masih ada,mesti dia takkan kesunyian bila berada di rumah. Dia menceritakan sudah hampir 2 tahun adik perempuannya meninggalkan mereka. Terasa baru sahaja perkara ini berlaku. Perlahan-lahan dia mengusap air mata yang tiba-tiba mengalir. saya juga merasakan emosi mampu berubah tingkah laku seseorang, kerana kawan saya mengatakan sebelum adiknya meninggal sikapnya dulu peramah tetapi selepas adiknya meninggal dia menjadi seorang yang pendiam. Mungkin emosinya telah menyebabkan perangai berubah.    

Memang betullah orang cakap,emosi memang tidak dapat dipisahkan dengan perasaan. Mungkin kerana emosi, dia telah banyak berubah. Selepas arwah adik dia tiada,saya tidak lagi seperti dulu. Dia lebih mengambil berat tentang orang-orang yang berada di sekelilingnya ,terutama orang-orang yang dia sayang seperti keluarganya dan rakan-rakanya. Jika dulu,hubungan dia dan keluargnya rapat,tetapi selepas arwah tiada,hubungan dia dan keluarga bertambah-tambah rapat. Keluarga menjadi keutamaannya dalam segala hal dan merubahnya menjadi lebih matang. Dia merupakan anak sulung dan kini merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga, jadi tanggungjawanya menjadi semakin berat. Walaupun dia duduk berjauhan dari keluarga, namun sudah menjadi satu kemestian untuknya menelefon ibu bapanya tiap-tiap hari. Orang lain cakap dia manja,memang dia manja dengan keluarganya . Dia juga memastikan dirinya tidak melukakan hati ahli keluargnya baik dari segi perbuatan dan tutur kata. Yang paling utama, dia belajar untuk menghargai orang lain di sekeliling nya, malah menjaga tutur katanya agar dia tidak melukakan hati orang lain. Teringat pula  kata-kata seorang teman saya, kita akan mula menghargai sesuatu apabila kita mula kehilangannya. Saya amat bersetuju dengan kata-kata ini. Setiap apa yang berlaku, mesti ada hikmahnya.

 

Saya juga mengandaikan emosi sangat berkait rapat dengan motivasi. Mungkin daripada pengalaman kawan saya ini telah menyebabkan dia menjadi seorang yang lebih menghargai kehidupan bukan sahaja dirinya sendiri malahan orang yang berada di sekelilingnya. Malah menurut (Baron & Lagon, 1993) emosi juga tidak dapat dipisahkan daripada motivasi dan menurut tokoh seperti( Lang et al,1992), mengatakan emosi boleh menjadi motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Contohnya, seperti kawan saya, kematian telah menyebabkan dia lebih menyayangi keluarganya dengan menelefon keluarga pada tiap-tiap hari. Perkara ini mengambarkan seseorang itu telah memotivasikan dirinya setelah sesuatu perkara menimpanya. 



No comments:

Post a Comment