Friday 23 July 2010

A127214 NUR HABIBAH LJ01

            'Pengurusan Emosi'. Apakah yang terlintas di fikiran saudara dan saudari apabila mendengar atau terlihat perkataan ini? Bagaimanakah kalian mentafsirkan perkataan yang dimaksudkan dengan emosi? Saya yakin dan percaya bahawa pelbagai tafsiran yang akan anda huraikan mengikut kefahaman dan pengetahuan yang anda perolehi selama ini. Tafsiran saya mengenai emosi telah berubah apabila saya  berpeluang mengikuti kursus Pengurusan Emosi yang disediakan di Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Pengetahuan saya terhadap emosi sebagai sama maksudnya dengan perasaan sebelum ini, berubah sama sekali apabila mengikuti kuliah pertama kursus ini. Dalam kuliah ini kami didedahkan dengan maksud sebenar emosi itu sendiri. Selepas mengikuti kuliah yang pertama ini, saya begitu tertarik dengan dua perbincangan dalam bab pengenalan ini, iaitu maksud sebenar emosi itu sendiri dan emosi dapat memotivasikan seseorang.

            Perkara pertama yang ingin saya kongsi dengan para pembaca ialah, apakah yang dimaksudkan dengan emosi pada keadaan yang sebenarnya menurut Kleinginna & Kleinginna (1981). Emosi yang didefinisikan oleh Kleinginna & Kleinginna (1981) ialah, "emosi adalah interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif, yang diperantarakan oleh sistem saraf yang dapat memberikan seseorang itu menzahirkan sesuatu peristiwa melaui 4 komponen iaitu : pengalaman afektif, menghasilkan proses kognitif ataupun dikenali sebagai pemikiran, menghidupkan penyesuaian fisiologikal dan perubahan tingkah laku. Oleh itu, jelaslah bahawa emosi itu tidak sama dengan perasaan, hal ini kerana perasaan merupakan salah satu komponen dalam emosi.

            Pandangan istilah yang diberikan oleh Kleinginna & Kleinginna (1989) ini bagi saya sangat tepat. Hal ini kerana, boleh dikatakan setiap sesuatu peristiwa yang ,melibatkan permainan emosi, komponen- komponen ini sangat berkait rapat dan tidak dapat dipisahkan. Saya menyokong pendapat beliau ini adalah kerana berdasarkan pembacaan dan pengalaman yang pernah saya alami, sebagai contoh apabila mendalami perasaan seseorang yang sedang ketakutan, kegelisahan, kesedihan dan sebagainya. Untuk mengukuhkan lagi sokongan saya terhadap  Kleinginna & Klieinginna terhadap 4 komponen emosi tersebut, di sini saya sertakan situasi yang diceritakan oleh abang saya sendiri semasa beliau berhadapan dengan hari pentingnya, iaitu saat-saat akan bergelar menjadi seorang suami iaitu situasi akad nikah. Semasa sedang menunggu tok kadi sampai di masjid tempat di mana akad nikah berlangsung, perasaan abang saya ketika itu sangat tidak tenteram,gementar serta cemas tidak ketahuan. Kemudian apa yang bermain difikiran abang saya ketika itu adalah dapat melafazkan akad tersebut hanya sekali lafaz dan lancar. Semasa akad hendak dimulakan, kelihatan abang saya berpeluh dan ditambah dengan ceritanya, dengupan jantungnya ketika itu sangat kencang. Seolah-olah ada beban yang ditanggung. Namun tindakan yang abang saya ambil ketika itu ialah dengan menarik nafas dalam, fokus terhadap akad yang akan dilakukan dan hafal nama bakal isteri. Hembusan nafas dilepaskan perlahan-lahan dan lafaz akad dapat dilafazkan dengan lancarnya. Dari sini kita boleh menyimpulkan bahawa teori dan kompenan yang di ketengahkan itu adalah relevan mengenai emosi.

             Selain daripada maksud emosi, pada minggu itu juga kami diketengahkan tentang hubungan emosi dan motivasi. Emosi juga dikatakan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan motivasi. Menurut Baron & Logan (1993), emosi juga tidak dapat dipisahkan dengan motivasi. Bagi pendapat saya, teori yang dikemukan ini begitu tepat. Emosi sememangnya dapat memotivasikan seseorang itu menjadi individu yang lebih sempurna. Sebagai contoh, saya ada terbaca suatu artikel yang berkaitan dengan ibu tunggal. Seorang isteri yang ditinggalkan oleh bekas suami yang tidak bertanggungjawab membiarkan anak-anaknya bersama bekas isteri semata-mata hendak hidup bersama isteri muda. Nafkah keperluan anak selama ditinggalkan langsung tidak diberikan kepada anak-anak. Bukan sekadar itu sahaja, si suami turut mendera emosi bekas isteri dengan pelbagai cara. Sebagai contoh bekas suami kepada ibu tunggal tersebut menggunakan tektik menghasut keluarganya dengan memburuk-burukkan isterinya sebagai penyebab kepada  punca retaknya rumah tangga mereka. Akibat daripada itu, si ibu tunggal ini sering tertekan dengan tuduhan-tuduhan dari bekas mertua dan ipar. Oleh kerana tidak tahan dengan tekanan emosi yang sering kali mengganggu hidupnya dan merasakan dirinya patut dibela, si ibu tunggal nekad menemui pakar kaunseling untuk menemui jalan penyelesaian. Hasil daripada penemuan tersebut, si ibu tunggal mendapat semangat dan motivasi yang tinggi dalam dirinya. Beliau sedar, beliau tidak seharusnya berdiam diri sehinggakan orang-orang yang tidak berhati perut menindasnya dan menganggapnya lemah.  Kini beliau menpunyai kekuatan untuk menegakkan keadilan, menuntut hak-hak yang harus dia perolehi. Kejadian-kejadian yang mengganggu emosi dan diri yang ditindas selama ini dapat diatasi. Si ibu tunggal tersebut mengambil tindakan untuk membawa perkara tersebut di mahkamah. Tindakan mahkamah sudah diambil sehinggakan beliau berjaya dalam tuntutan haknya. Hasilnya kini beliau tidak lagi ditindas oleh keluarga mertua dan menjadi seorang yang lebih berani dan berjiwa kental sebagai ibu tunggal. Bukti ini sudah jelas menyatakan emosi dapat memotivasikan seseorang.

            Kesimpulannya, kuliah lepas merupakan tajuk yang menarik buat saya untuk terus menerus mempelajari emosi. Kehidupan kita tidak lari dengan beremosi, iaitu gembira, sedih, takut, cemas, dan sebagainya. Perasaan bukanlah emosi seperti yang kita tahu sebelum ini, tetapi perasaan merupakan sebahagian daripada emosi yang melibatkan 4 komponen seperti yang dibincangkan. Emosi lebih luas maknanya daripada perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dengan motivasi.

 

 


No comments:

Post a Comment