Friday 23 July 2010

A134717 CHAN SEE YA LJ01

Pertama sekali saya ingin menjelaskan sebab-sebab saya memilih kursus pengurusan emosi ini. Sebenarnya saya mengetahui kursus ini daripada senior saya. Mereka telah mengongsikan pengalaman mereka dalam mengambil kursus ini. Selain itu, mereka juga memberi beberapa kursus yang lebih mudah mendapat keputusan yang baik berbanding dengan kursus lain. Antaranya ialah kursus kemahiran berfikir,pengurusan masa dan juga pengurusan emosi. Dalam kalangan kursus ini, saya lebih berminat akan kursus pengurusan emosi. Justeru saya telah membuat keputusan mengambil kursus ini sebagai U2 saya.Selepas menghadiri kuliah pertama kursus ini, saya mengetahui pilihan saya memang betul sekali. Kursus ini amat meminatkan saya. Sebelum ini, saya menganggap bahawa erti emosi adalah sama dengan perasaan. Tetapi rupa-rupanya konsept ini adalah salah.Mengikut definisi yang diutarakan oleh Kleinginna&Kleinginna(1981),terdapat 4 perkara iaitu iuahan perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologikal dan juga perubahan tingkahlaku. Justeru,perasaan hanya salah satu komponen daripada emosi dan bukan memberikan maksud yang setaraf.Jadi, pada masa yang akan datang sekiranya kawan saya berpendapat sebegini saya akan membetulkan konsep yang salah itu. Selain itu, saya juga belajar tentang emosi dapat menjadi motivasi kepada seseorang dalam tingkah laku dan juga fikirannya. Hal ini memang sentiasa berlaku antara kita. Sebagai contohnya,kita akan berasa takut dalam keadaan yang kita tidak pernah menghadapi. Misalnya, kita pergi ke sesuatu tempat yang tidak diketahui, kita akan berasa takut dan tidak selesa. Kita juga akan berasa takut terhadap situasi yang tidak pernah menghadapi.
Hal ini memang biasa kita mengarungi.Dengan ini, saya akan berkongsikan pengalaman saya yang baru-baru ini. Pada hari pertama saya memasuki universiti ini, saya memang berasa takut akan keadaan yang mungkin dihadapi. Hal ini kerana saya tidak tahu perkara yang perlu dilakukan dan juga keadaan sebenar di universiti. Justeru, saya tidak dapat tidur dengan lena pada hari sebelum memasuki universiti ini kerana bimbang akan keadaan esok. Hal ini telah meyebabkan situasi badan saya kurang baik apabila memasuki universiti ini. Terutamanya saya dan ayah saya telah sesat dalam perjalanan ke universiti ini.Ketika masa itu, saya amat cermas dan takut kerana masa pendaftaran saya hampir sampai. Nasib baik, kami telah berjaya mencari lokasi tepat universiti ini seteleh bertanya kepada orang lain dan saya juga dapat mendafdar dalam masa yang ditetapkan.Saya amat bersyurkur ayah saya dapat menemani saya sepanjang hari pertama saya memasuki universiti ini. Kalau tidak, saya tidak dapat membayangkan keadaan saya seseorang menghadapi situasi sebegini. Jadi, saya berpendapat bahawa kerbanyakan manusia akan berasa takut akan situasi yang kita tidak pernah menghadapi. Selain itu, kita juga harus menenangkan diri semasa menghaddapi keadaan kritikal. Kalau kita tidak menenangkan diri, maka kita tidak akan menyekesaikan masalah kita dan hanya akan merosakan keadaan sahaja. Jadi, sampai sini saja jurnal saya kali ini. Saya berharap dapat mengkongsikan lebih banyak perkara pada minggu seterusnya.
 

No comments:

Post a Comment