Friday 30 July 2010

A126640 Hasliza LJ02

 Pada minggu ini tajuk kedua kursus pengurusan emosi ialah struktur emosi.  Tidak dapat dinafikan tajuknya sudah amat menarik kepada pelajar yang mengikuti kuliah sebelum ini. Pada minggu ini tajuk kuliah semakin mantap dan lebih memahami apa itu emosi. Namun demikian, terdapat beberapa tokoh yang terlibat dalam struktur emosi iaitu Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izard.

    Mengikut teori asas Darwin emosi terdiri emosi asas atau primary emotion. Emosi primari adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serti diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Ekspresi wajah boleh melambangkan emosi seseorang. Misalnya, jika rakan kita mengkerut kening berkemungkinan dia mempunyai masalah. Maka dengan itu kita mudah untuk mengesan masalah seseorang itu dengan melihat ekspresi muka seseorang.

    Plucthik pula mengambarkan tiga bahasa yang berbeza iaitu subjektif language (bahasa subjektif), behavioral language (bahasa tingkah laku) dan functional language (bahasa fungsian). Dalam bahasa subjektif merujuk kepada bahasa biasa bagi emosi misalnya sedih, gembira dan lain-lain lagi. Bagi bahasa tingkah laku pula merujuk kepada tindakan susulan dari emosi yang diransang misalnya mendapat berita baik semestinya seseorang itu gembira, jika mendapat berita buruk sudah semestinya seseorang itu sedih dan mengeluarkan air mata. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku seseorang itu boleh meransang emosinya. Bahasa fungsian merujuk kepada fungsi emosi kepada seseorang yang berperanan kepada individu misalnya seseorang itu berani menghadapi dengan penuh keyakinan.

    Selain itu, Tomkin juga menekankan dua situasi iaitu kita senyum kerana gembira atau gembira kerana senyum. Izard pula menceritakan emosi manusia adalah bersifat semulajadi. Apa yang menarik dalam teori Izard ini ialah 'born to smile' yang menunjukkan bahawa bayi yang tersenyum tanpa mengetahui apa-apa dan senyuman itu tidak semestinya menggambarkan kegembiraan.

    Tajuk kuliah pada kali amat lebih menarik kerana pelajar-pelajar akan lebih memahami ekspresi emosi sesiapa sahaja. Saya amat seronok kerana mengikuti kursus ini walaupun tanpa mengetahui apa-apa tentang emosi.Walau bagaimanapun setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang akan menghasilkan ekspresi wajah misalnya hendak memilih menu makanan ada juga ekspresi wajah atau emosi.

    Kesimpulannya, walaupun saya tidak dapat menghadiri kuliah pada minggu ini saya bersyukur dapat menyiapkan jurnal ini dengan berpandukan nota di dalam spin. Insyaallah saya dapat mengetahui serba sedikit tentang struktur emosi yang dikuliahkan oleh pensyarah. Wassalam.


No comments:

Post a Comment