Thursday 29 July 2010

A122541 Ngan Yun Kwan LJO1

Pengurusan emosi merupakan satu kursus yang amat menarik minat saya untuk memahami dan mendalaminya. Saya amat berharap dapat mempelajari pelbagai kaedah yang efektif dan efisien dalam mengurus emosi saya sendiri. Oleh sebab itu, saya telah memilih kursus pengurusan emosi sebagai subjek pilihan bebas / elektif saya pada semester terakhir saya di UKM.

 

Disebabkan saya hanya mendaftar kursus pengurusan emosi ini pada minggu kedua, oleh itu saya tidak hadir ke kuliah pertama yang berlangsung pada 21/7/2010 di 3A510, FSSK. Walaubagaimanapun, setelah saya membaca jurnal-jurnal yang ditulis oleh rakan-rakan dan juga nota-nota yang diberikan oleh En.Ahmad Zamri Mansor. Saya mendapat serba sedikit gambaran tentang apa yang telah diajar dan dipelajari pada kuliah pertama. Tajuk bagi kuliah pertama adalah pengenalan kepada pengurusan emosi. Pensyarah telah menerangkan definisi emosi, konsep-konsep emosi, cara mengukur emosi, struktur expressi dan emosi pada kuliah pertama.

 

According to Kleinginna & Kleinginna (1981), emotion is a complex set of interactions among subjective and objective factors, mediated by neural hormonal systems, which can give rise to affective experiences such as feelings of arousal, pleasure/displeasure, generate cognitive processes such as emotionally relevant perceptual effects, appraisals, labeling processes, activate widespread physiological adjustments to the arousing conditions, lead to behavior that is often, but not always, expressive, goal directed, and adaptive. Subjective factors will influenced by personal beliefs, based on real facts. However, objective factors are facts or situations that influence the result of something.

 

Empat komponen bagi emosi adalah perasaan (a feeling state), proses kognitif (cognitive process), perubahan fisiologi (physiological changes) dan tingkah laku yang berkaitan (associated behavior). Selain itu, emosi adalah berlainan dengan perasaan. Emosi mempunyai makna yang lebih luas jika berbanding dengan perasaan. Menurut Baron & Logan (1993), emosi adalah tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Manakala Lang et al (1992) pula menerangkan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Contohnya, motif pembunuhan adalah mendapat duit dan juga disebabkan oleh rasa kebencian(emosi) terhadap orang yang dirompak itu. Cinta juga akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkah laku tertentu seperti sms, menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumahtangga. Namun begitu, tidak semua keadaan emosi akan menjadi pendorong dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Contohnya, saya makan kerana saya berasa lapar dan bukannya sebab saya berasa gembira.

 

Bagaimanakah seseorang dapat mengukur kadar emosi sendiri? Ini merupakan sebuah topik yang amat menarik bagi saya. Menurut nota kuliah pertama, cara-cara untuk mengukur kadar emosi termasuk interviews, questionnaire dan self monitoring techniques (record own behavior over period of time). Cara-cara tersebut merupakan cara yang mudah dan direct tetapi akan menimbulkan sedikit masalah iaitu variability in cultural norms and cultural labeling problem. Physiological measurement is measurement and study of a variety of internal body states that reflect the functioning of the automatic, skeletal, and central nervous systems.

 

Menurut rakan saya, mereka telah melakukan sebuah kuiz yang amat menarik setelah habis perkuliahan yang pertama. Kuiz tersebut berkaitan tentang apa yang mereka telah belajar dan faham selepas kuliah pertama. Kuiz tersebut mengandungi 10 soalan dan semua pelajar diberikan 30 saat sahaja untuk menjawab setiap satu soalan. Had masa yang ditetapkan mendorong pelajar-pelajar supaya berfikir dengan pantas dan lebih fokus.

No comments:

Post a Comment