Thursday 29 July 2010

A122541 Ngan Yun Kwan LJO2

Tajuk bagi kuliah kedua adalah struktur asas emosi. Struktur asas emosi dapat diterangkan melalui beberapa teori iaitu Teori Emosi Asas Darwin (Darwin's Basic Theory of Emotion), Teori Emosi Plutchik (Plutchik's Primary Emotion Theory), Teori Rias Muka Tomkin (Tomkon's Facial Feedback Theory), Ekspresi muka semula jadi Izard (Izard's Innate Facial Expression) serta Teori Pembelajaran (Learning & Experience Theories).

Menurut Teori Emosi Primari Darwin (Darwin's Basic Theory of Emotion), emosi terdiri daripada emosi primari (primary emotion). Emosi primari ini pula adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. (Kokoszka, 1993) Dalam buku Darwin, "The Expression of the Emotions in Man and Animals", beliau menyatakan bahawa ekspresi muka melambangkan emosi seseorang. Ini disebabkan oleh muka adalah senang dilihat dan bukannya seperti organ lain kita. Selain itu, 16 soalan yang ditanya kepada 36 jenis bangsa yang berbeza didapati jawapannya adalah sama. Saya amat bersetuju dengan teori ini kerana saya yakin bahawa emosi dapat ditafsirkan melalui ekspresi muka tanpa mengira kaum, budaya serta bangsa seseorang. Kebanyakan teorist seperti Caroll Izard dan Paul Ekman menyatakan bahawa emosi primari (primary emotion) dapat menerbitkan emosi-emosi yang lain. Menurut Teori Emosi Primari lagi, emosi adalah bersifat adaptif dan kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari. (Rolls, 1990)

Di samping itu, Teori Emosi Primari Plutchik (Plutchik's Primary Emotion Theory) pula menjelaskan 3 jenis bahasa emosi (3 language of emotion), 8 basic adaptive reactions dan 4 dimensions of emotion. Menurut teori ini, emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza, iaitu bahasa subjektif (subjective language), bahasa tingkahlaku (behavioral language) dan bahasa fungsian (functional language). Perasaan ketakutan (bahasa subjektif) akan membawa kepada escape behavior (behavior language) yang seterusnya menimbulkan tindakan untuk melindungi diri sendiri. Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi seperti takut, gembira dan sedih. Bahasa tingkahlaku pula merujuk kepada sebarang tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang sebelum itu. Contoh bagi bahasa tingkahlaku adalah melompat kegirangan bagi perasaan gembira dan mengalirkan air mata bagi perasaan sedih. Bahasa fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. 8 basic adaptive reactions dalam teori ini termasuk takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Plutchik's dimensions of emotion pula menyatakan bahawa emosi boleh berbeza dalam 3 dimensi yang penting iaitu intensity, similarity dan polarity. Intensity merujuk kepada darjah kekuatan emosi, contohnya dari bahagia kepada gembira. Similarity pula merujuk kepada hubungan atau perkaitan, contohnya takut dengan sedih lebih dekat berbanding takut dengan gembira. Polarity pula merujuk kepada kekutuban, contohnya perasaan benci lawannya perasaan suka.

Seterusnya, Teori Rias Muka Tomkin (Tomkon's Facial Feedback Theory) menerangkan apa yang menyebabkan apa (What cause what). Menurut teori ini, senyum membuatkan kita gembira. Emotion is primarily facial behavior. Terdapat 2 buah penyelidikan yang menyokong Teori Rias Muka Tomkin (Tomkon's Facial Feedback Theory) iaitu Ursula Hess & colleagues (among female undergrads at Univ of Geneva, Switzerland) dan Robert Zajonc & colleagues. Terdapat juga pengkritik tentang teori ini iaitu senyuman tidak selalu bermakna kita adalah gembira dan a person's expression at the moment is not a pure indication of an emotion.

  Menurut Teori Pembelajaran dan Pengalaman pula (Learning & Experience Theories), emosi boleh dijelaskan melalui pandangan biologi dan teori pembelajaran. Pandangan biologi menyatakan bahawa proses kognitif adalah berbeza dari individu ke individu dan emosi adalah semulajadi.

No comments:

Post a Comment