Friday 30 July 2010

A121741 Mas Ayu LJ02



Aku melangkah masuk ke kelas hari ini dengan harapan untuk belajar lebih lanjut tentang pengurusan emosi. Ku lihat kelas pada hari ini seperti tin sadin lagi. Huh.. motivasi belajarku telah menurun tanpa ku sedar. Keadaaan kelas yang tidak selesa menyebabkan aku hilang fokus. Namun ku paksa juga diri ini untuk terus memberi tumpuan. Ku lihat rakan di sebelahku juga begitu. Emosi aku terganggu pada saat itu. Geram pun ada kerana suasana belajar yang tidak menyenangkan. Apa yang aku tahu, Aku tidak dapat fokus pada apa yang diajar oleh pensyarah kerana keadaan kelas yang tidak kondunsif. Emosi sedih dan geram yang aku alami ini sebenarnya telah diransang oleh elemen persekitaran. Sedih, gembira, marah, takut dan benci merupakan elemen asas kepada emosi manusia. Emosi wujud secara semulajadi dalam diri manusia dan ia terlahir apabila wujud suatu ransangan. Ransangan boleh dibahagikan kepada ransangan internal (dalaman)  dan ransangan eksternal (luaran). Ransangan dalaman boleh dikaitkan dengan motivasi dan fisiologi manakala ransangan luaran pula boleh dikaitkan dengan respon persekitaran.

Apabila pensyarah bercerita lucu di dalam kelas semua pelajar pastinya akan senyum atau ketawa tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Semuanya melahirkan ekspresi yang sama pada situasi yang sama. Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa emosi bersifat sepunya. Semua orang akan memperlihatkan emosi atau reaksi yang hampir sama kerana kita juga berkongsi budaya yang sama. Namun ada sedikit perbezaan dalam cara melahirkan emosi orang timur dan orang barat. Orang Timur cenderung memendam rasa apabila mereka tidak berpuas hati terhadap orang lain manakala orang Barat lebih cenderung menampilkan emosi tidak puas hati mereka secara terbuka. Mereka mengkritik sesiapa sahaja jika mereka rasakan diri mereka betul. Hal ini berbeza dengan orang timur yang mempunyai nilai kolektif yang tinggi.

Menurut Teori Evolusi Darwin, ekspresi wajah melambangkan emosi. Apabila kita melihat orang lain tersenyum. Kita tahu bahawa mereka sedang gembira. Apabila kita lihat orang lain muram atau menangis kita tahu dia sedih. Adakah tingkahlaku ini benar-benar menggambarkan emosi mereka? Bagaimana pula keadaannya jika kita  lihat orang tersebut menangis namun dia sebenarnya sangat gembira? Seorang perempuan berkasut tumit tinggi berlari di khalayak ramai, tiba-tiba dia terjatuh, lalu dia senyum. Adakah ini bermakna dia gembira? Tingkahlaku dalam dua situasi ini sangat berbeza dengan emosi sebenar yang dialami individu. Pelajar yang diumumkan mendapat mendapat keputusan cemerlang dalam STPM menangis kerana terlalu gembira. Apabila berlari lalu terjatuh. Pastinya kita akan berasa sakit. Senyuman tersebut hanya helah bela diri untuk kawal rasa malu. Hal ini menjelaskan kepada kita reaksi emosi harus ditafsir bergantung kepada situasi bukan sekadar tingkahlaku luaran sahaja. Emosi bersifat adaptif.

Menurut Plutchik emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian.  Aishah minat menulis. Pada suatu hari dia terlihat iklan tentang suatu pertandingan menulis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di lembaran surat khabar tempatan. Dia memilih untuk menyertai pertandingan tersebut. Sebulan kemudian dia menerima surat dari DBP. Aishah membelek-belek sampul surat tersebut. Kemudian dibukanya perlahan-lahan. Dibaca ayat demi ayat dengan teliti hinggalah sampai pada suatu baris ayat dia menjerit. Horei!! "Tahniah anda terpilih sebagai Johan Pertandingan Karya Kreatif DBP". Dia kemudiannya tersenyum gembira. Teman-teman mengucapkan tahniah padanya. Dalam situasi ini bahasa subjektif boleh dilihat pada perasaan gembira yang dialami Aishah setelah terpilih menjadi johan pertandingan tersebut. Bahasa tingkahlaku pula boleh dilihat pada reaksi Aishah yang menjerit dan tersenyum gembira manakala bahasa fungsian pula menjelaskan Aishah berasa bangga dan bahagia. Situasi dalam kehidupan kita seharian membawa kita kepada pentafsiran emosi di persekitaran. Memahami emosi orang lain memudahkan proses komunikasi dan reaksi sepadan. Selain bersifat semulajadi emosi juga ada sebahagiannya dipelajari dari pengalaman hidup. Kita belajar mengadaptasi reaksi emosi sesuai dengan norma masyarakat. =)

No comments:

Post a Comment