Friday 30 July 2010

A1228123 RUHIL LJ02

Pada kuliah ketiga ini, kami di dedahkan dengan tajuk Struktur Asas Emosi. Pada pandangan saya,tajuk ini agak sukar berbanding tajuk yang lalu kerana pada kali ini kami mempelajari tentang beberapa teori tentang emosi yang telah di ketengahkan oleh tokoh terdahulu. Antara teori yang dipelajari pada minggu ini ialah Teori Emosi Asas Darwin ( Darwin's Basic Theory Of Emotions ), Teori Emosi Plutchik's ( Plutchick's Primary Emotion Theory) dan Teori Tomkin (Tomkin's Facial Feedback Theory). Sebagai ringkasnya, teori ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu "Evolutionary  Theory" dan "Learning Theory". Topik kuliah pada minggu ini turut menerangkan beberapa jenis emosi dan ekspresi wajah yang di tunjukkan. Lebih mengagumkan, jelas dapat dilihat bahawa mimik muka yang menggambarkan emosi adalah sama tanpa mengira bangsa atau budaya.

Teori pertama yang telah dibincangkan adalah Teori Evolusi yang diperkenalkan oleh Darwin. Dalam teorinya, Darwin menyatakan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas atau emosi primari. Emosi primari merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami lalu ditunjukkan atau di ekspresikan  dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Hasil penulisan Darwin dalam bukunya "The Expression of the Emotions in Man and Animals", Darwin menjelaskan  ekspresi wajah  melambangkan emosi. Hal ini kerana wajah mudah dilihat tidak seperti organ yang lain contohnya hati. Saya bersetuju dengan kenyataan Darwin kerana emosi kita terpancar melalui ekspresi wajah, seperti  wajah yang tersenyum menggambarkan emosi kita yang gembira. Selain itu,kebanyakan teorist lain seperti Plutchik, Tomkins dan Izard menyatakan emosi primary menerbitkan emosi lain.

 Seterusnya, Teori Emosi Primari yang di ketengahkan oleh  Plutchik menggambarkan emosi dalam tiga bahasa yang berbeza iaitu Bahasa Subjektif, Bahasa Tingkahlaku dan Bahasa Fungsian. Bahasa emosi ini mengingatkan saya tentang cerita zaman kanak-kanak saya. Pada suatu pagi, ketika sedang berbasikal saya dan rakan secara tidak  sengaja melanggar pasu bunga jiran saya lalu kami ternampak jiran saya membuka tingkap rumahnya untuk melihat apa yang berlaku. Oleh kerana perasaan takut, kami bertindak bersembunyi di sebalik pokok berdekatan. Di sini saya mengandaikan saya telah memahami  bahasa emosi yang digambarkan oleh Plutchik. Pada awalnya perasaan takut yang kami rasakan merupakan Bahasa Subjektif dan seterusnya tindakan kami bersembunyi merupakan Bahasa  Tingkahlaku susulan daripada emosi takut yang terangsang. Selain itu, Plutchick turut  menyenaraikan lapan reaksi adaptif seperti takut, meluat, marah,terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Tambahan lagi, Plutchick turut menerangkan tentang dimensi emosi yang terbahagi kepada tiga iaitu intensiti yang merujuk kepada darjah kekuatan emosi contohnya bahagia kepada gembira. Kedua, ialah similarity atau kesamaan merujuk kepada hubungan perkaitan seperti takut dan sedih. Manakala polariti pula merujuk kepada kekutuban contohnya benci berlawanan dengan suka.

Tambahan lagi, Tomkin pula menyatakan tentang ekspresi muka seseorang. Contohnya, seseorang itu tersenyum kerana gembira. Hasil kajian Tomkin ini di sokong oleh beberapa orang pengkaji lain seperti Ursulla Hess dan Zajonc. Dalam kajian Tomkin menekankan kepada aspek "what cause what" contohnya kita senyum kerana gembira. Namun masih terdapat kritikan mengenai kenyataan ini contohnya, kadangkala kita tersenyum namun tidak bermakna kita gembira. Kemungkinan kita menyembunyikan perasaan lain seperti  kita senyum untuk menjaga hati orang lain. Hal ini benar terjadi kerana melalui pengalaman saya sendiri, saya masih mampu tersenyum kepada orang di sekeliling saya walaupun dalam hati saya sedih kerana peristiwa tertentu.

Selain itu, menurut Izard pula beliau menceritakan tentang "Innate Facial Expression" iaitu emosi manusia bersifat semulajadi. Saya begitu tertarik  kenyataan  dengan "born to smile". Ia dapat dijelaskan melalui tindakan bayi yang tersenyum sedangkan ia tidak mengetahui makna sebenar di sebalik senyuman itu.

 Di akhir kelas tersebut, saya simpulkan bahawa teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh terdahulu sangat menarik untuk dibaca dan mempuyai kebenarannya sehingga kini. Emosi manusia dapat digambarkan melalui ekspresi wajah mereka kerana kesemua ekspresi wajah ini tiada bezanya antara setiap benua.

No comments:

Post a Comment