Friday 30 July 2010

A128529 AINU LJO2

               Pada 28 Julai 2010, merupakan perkuliahan yang kedua bagi kursus Pengurusan Emosi. Pada kali ini kami didedahkan dengan teori-teori asas dalam emosi.  Teori-teori asas ini penting bagi emosi kerana ia akan mendekatkan lagi apa itu emosi dengan seseorang, dan antara teori-teori tersebut adalah, Teori Emosi Asas Darwin's (Darwin's Basic TEO of Emotion),  Teori Emosi Plutchiks (Plutchik's Primary Emotion Theory), dan teori yang terakhir adalah Teori Tomkins(Tomkin's Facial Feedback Theory).

               Teori yang pertama iaitu Teori Emosi Asas Darwin's memperkatakan tentang struktur dan ekspresi emosi yang mana terdapat beberapa emosi asas yang dipanggil "Primary Emotion". Menurut Kokoszka (1993), "Primary Emotion''  ini adalah merupakan cirri-ciri dalaman manusia yang dialami dan diekspresikan dalam bentuk seragam disemua bangsa dan budaya oleh kesemua manusia di atas bumi ini. Maksudnya disini, semua manusia di muka bumi ini akan mempamerkan riak muka berdasarkan  emosi yang mereka alami pada ketika itu. Hal ini dikukuhkan oleh Darwin dalam bukunya yang bertajuk "The Expression of the Emotions in Man and Animals".  Namun begitu, ramai yang menyangkal dakwaan ini kerana, tidak semua manusia akan mempamerkan riak muka berdasarkan perasaan mereka pada ketika itu. Ramai manusia yang terpaksa menyembunyikan perasaan mereka semata-mata untuk menjaga hati orang yang berada disekeliling mereka. Sebagai contohnya, seorang pengurus yang bijaksana tidak akan melepaskan kemarahannya terhadap orang bawahan secara sesuka hati. Kadangkala, bagi mewujudkan persekitaran pekerjaan yang baik, seseorang pengurus terpaksa memendam kemarahan dan cuba berbincang secara berhemah apabila timbulnya satu isu ditempat kerja. Disini menunjukkan bahawa, tidak semua riak muka yang ditunjukkan akan menggambarkan emosi seseorang pada ketika itu.

                Seterusnya, kami mempelajari pula teori yang kedua iaitu Teori Emosi Asas Plutchik (Plutchik's  Primary Emotion Theory. Menurut teori ini,  emosi seseorang itu dapat digambarkan dengan menggunakan tiga bahasa iaitu, bahasa subjektif, bahasa tingkah laku, dan juga bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan emosi biasa yang akan dialami oleh semua manusia, contohnya seperti takut, gembira dan sedih. Contohnya, seseorang itu akan berasa gembira apabila mendapat sesuatu yang mereka hajati, akan berasa sedih apabila dimarahi dan akan berasa takut apabila melakukan kesalahan. Manakala itu, bahasa tingkah laku pula merupakan satu tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan, secara automatiknya dia akan melompat kegembiraan, dan sudah menjadi lumrah, apabila seseorang itu berada dalam kesedihan, bahasa tingkahlaku yang akan dipamerkan adalah mengalirkan air mata.  Seterusnya adalah merupakan bahasa fungsian. Bahasa fungsian ini merujuk kepada fungsi emosi seseorang tersebut kepada seseorang itu. Ia juga merujuk kepada peranan emosi tersebut kepada seseorang. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu diminta berucap didalam sesuatu majlis, perasaan berani yang hadir dalam dirinya akan membuatkan dia menjadi yakin dan tidak gentar untuk berucap. Contoh yang seterusnya adalah, apabila kita kehilangan seseorang yang kita sayang dalam hidup, semestinya kita akan menangis, dan ini menunjukkan betapa kita sayang akan seseorang itu. Plutchiks turut memperkenalkan "Model 8 Emosi" seperti, takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Plutchiks turut memperkenalkan 3 dimensi emosi iaitu, Intensiti yang mana ia merujuk kepada darjah kekuatan emosi seperti daripada gembira menjadi bahagia. Dimensi kedua iaitu Similariti, yang merujuk kepada hubungan atau perkaitan  dan yang terakhir pula merupakan Polariti yang merujuk kepada kekutuban.

                Teori yang terakhir pula adalah Tomkin's Facial Feedback Theory mengatakan "What Cause What" atau apa yang menyebabkan seseorang itu mempamerkan emosinya. Menurut teori ini, apa yang dipamerkan oleh reaksi muka kita, pasti akan membangkitkan emosi. Terdapat sesetengah orang yang akan cepat berasa bosan apabila terpaksa mengikuti kelas masakan, namun bagi yang betul-betul meminati bidang masakan, kelas masakan merupakan kelas yang akan menarik untuk diikuti.

                 Kesimpulannya, melalui perkuliahan kali ini, saya dapat mengetahui bahawa emosi merupakan sesuatu yang semakin menarik untuk dipelajari.#END



No comments:

Post a Comment