Friday 30 July 2010

a 127559 NOR RAIHANA LJ02

28 Julai 2010, iaitu pada hari rabu minggu ini, sekali lagi saya mengikuti kuliah Pengurusan Emosi dibawah bimbingan Dr Ahmad Zamri bin Mansor. Dalam kuliah yang kedua ini, kami membincangkan berkenaan tajuk kuliah kedua iaitu Struktur Asas Emosi. Pada mulanya agak sukar untuk saya memahami keseluruhan tajuk dalam kuliah kedua ini memandangkan terdapat beberapa teori yang pada saya mempunyai fahaman dan pegangan masing-masing dalam mengemukakan teori mereka sendiri.

Seperti yang diketahui, setiap manusia mempunyai emosi. Dalam memperkatakan berkenaan emosi ini, terdapat lapan emosi asas yang paling hampir dengan manusia. Emosi asas yang dimaksudkan ialah takut, jijik, marah, terkejut, gembira, sedih, menerima, dan perasaan ingin tahu. Kelapan-lapan emosi ini merupakan emosi yang sering dikaitkan dengan manusia. Emosi-emosi ini sering dialami oleh semua manusia, kerana itulah emosi ini dikategorikan sebagai emosi asas manusia
.
Secara lumrahnya, semua manusia akan menghadapi pelbagai emosi. Emosi asas ini dikategorikan sebagai emosi primer. Emosi primer ini dilalui oleh semua manusia tanpa mengira usia, jantina, struktur sosialnya, budaya, mahupun agama. Secara kesimpulannya, emosi primer ini merupakan emosi semulajadi yang akan dilalui oleh manusia. Dalam emosi ini, kita dapat melihat dua perkara yang dapat dikaitkan dengan emosi manusia, iaitu maklum balas wajah dan ekspresi wajah sebagai ransangan atau respon pada emosi tertentu.

Sebagai contoh, apabila gembira, manusia akan mempamerkan wajah yang ketawa atau tersenyum. Apabila bersedih pula manusia akan mempamerkan wajah sayu atau dilambangkan dengan juraian air mata, apabila terkejut, manusia akan mempamerkan reaksi wajah yang menunjukkan kejutan, dan apabila marah, manusia kan mempamerkan wajah bengis. Semua reaksi atau tindak balas ini merupakan satu tindak balas semulajadi yang lahir apabila manusia terlibat dengan sesuatu ransangan emosi. Daripada pelbagai ransangan inilah lahirnya pelbagai teori yang cuba menghuraikan keadaan ini. 

Antara teori-teori yang terdapat dalam prinsip ini ialah seperti Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard, dan Paul Ekman yang menjadi pendukung kepada teori-teori asas berkenaan emosi manusia.

Dalam keempat-empat teori ini, saya memilih teori yang dikemukakan oleh Robert Plutchik. Teori beliau dinamakan sebagai Plutchik's emotions. Menurut Plutchik, terdapat tiga bahasa yang menerangkan tentang emosi ini, iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku, dan bahasa fungsian.

Bahasa subjektif menurut Plutchiks ialah emosi yang paling sinonim dengan manusia, iaitu takut, gembira, dan sedih. Bahasa tingkah laku pula menurut Plutchik ialah reaksi atau respon individu terhadap emosi yang dilaluinya. Bahasa tingkah laku ini boleh juga saya tafsirkan sebagai ransangan yang diberikan oleh individu terhadap emosi yang diterima oleh individu. Manakala bahasa fungsian pula ialah bagaimana emosi yang dilalui individu itu memberi bantuan kepadanya, atau dalam kata lain bagaimana emosi itu merangsang cara individu tersebut. Sebagai contoh, emosi berani memberikan keyakinan kepada individu tersebut dalam melakukan sesuatu yang diingini olehnya.

Saya memilih teori Plutchik ini dalam merangka esei bagi jurnal kali ini adalah kerana teori Plutchik ini agak mudah difahami. Pada pendapat saya juga, teori Plutchik ini memberi kita satu gambaran tentang emosi manusia yang pelbagai dan bagaimana emosi itu membantu kehidupan manusia seperti bahasa fungsian yang diutarakan oleh Plutchiks.  Bagi diri saya sendiri, perasaan berani itu akan memberi keyakinan pada saya dalam melakukan sesuatu keptusan. Malah bagi remaja yang sering dikaitkan dengan cinta, mereka akan mandapat semangat baru apabila mampunyai seseorang yang sentiasa memberikan galakan. Sebaliknya, remaja tersebut akan hilang tumpuan terhadap pelajaran apabila putus cinta. Ini membuktikan bahwa teori Plutchik tentang bahasa fungsian tersebut merupakan satu kebenaran yang nyata.

Sebagai kesimpulan daripada tajuk kuliah kali ini, setiap manusia mampunyai emosi, sama ada positif atau negatif. Sebagai manusia yang diberikan nikmat akal, kita harus bijak dalam menanagani emosi agar kita sentiasa dapat mengawal emosi daripada mengganggu tugasan seharian.  

No comments:

Post a Comment