Friday 30 July 2010

A133832 nurul LJ02

Pejam celik, pejam celik, nampaknya sudah hampir sebulan saya berada di sini dan minggu ini merupakan minggu kuliah kedua bagi kelas pengurusan emosi. Dalam minggu ini, saya dan rakan-rakan yang lain telah didedahkan dan diberi penerangan tentang stuktur pengurusan emosi. Pembelajaran mengenai struktur pengurusan emosi memerlukan para pelajar memberi sepenuh perhatian kerana pada saya pembelajaran kali ini agak sukar dan mengelirukan serta memerlukan pemahaman yang agak mendalam. Namun saya tetap dapat menghuraikan kembali input-input yang telah diperolehi pada sesi kuliah tersebut.

Terdapat beberapa teori yang dikenal pasti dalam struktur pengurusan emosi, antaranya ialah Darwin's Basic Theory of Emotion, Plutchik's Primary Theory of Emotion, Tomkin's Facial Feedback Theory dan Izard's Innate Facial Expression. Emosi asas atau dikenali juga sebagai 'Primary Emotion' adalah merupakan ciri semula jadi manusia yang diekspresikan secara ragam merentasi budaya. Dua teori yang dapat dikaitkan dengan primary emotion iaitu, teori biological (evolutionary/biological theory) dan juga teori pembelajaran (learning theory). Darwin's Basic Theory of Emotion menerangkan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi kerana ia merupakan anggota badan yang senang dilihat. Selain wajah, degupan jantung dan bahasa badan juga melambangkan emosi tetapi kedua-duanya agak susah ditafsirkan berbanding expresi wajah. Bercakap tentang expresi wajah, saya kurang bersetuju kerana ramai orang yang berpura-pura dalam mengekspresikan wajah mereka. Pada saya, kalau saya senyum tidak bermakna saya gembira, mungkin saya sedang menahan perasaan sedih atau marah. Saya lebih senang menyembunyikan perasaan sedih dan marah kerana tidak mahu orang lain turut bersedih atau mengalami perasaan yang sama seperti saya rasa walaupun kadangkala ia begitu membebankan. Ramai orang yang menyembunyikan perasaan sebenar mereka dengan mengekspresikan wajah-wajah yang ceria dan ini merupakan kehendak masing-masing, tiada siapa boleh menghalangnya.

Seterusnya adalah Plutcik's Basic Theory of Emotion yang mana mempunyai tiga aspek yang ditekankan iaitu Plutchik's Language of  Emotion, Plutchik's Basic Adaptive Reactions dan Plutchik's Dimension of  Reaction. Aspek yang pertama boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza, bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan bahasa biasa bagi emosi seperti takut, gembira, atau sedih. Bahasa tingkahlaku pula merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah diransang. Contohnya, apabila kita berasa gembira kita akan melompat kegirangan manakala kita akan mengalirkan air mata sekiranya sedih. Bagaimana emosi tersebut berperanan kepada individu menerangkan tentang bahasa fungsian yang boleh dikaitkan dengan apabila kita berani, kita dapat meningkatkan lagi kita punya keyakinan. Adaptive Reactions pula melibatkan lapan prinsip asas iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Selain itu, Dimension Reaction melibatkan intensity (merujuk kepada darjah kekuatan emosi), similarity (merujuk kepada hubungan atau perkaitan) dan polarity (mrujuk kepada kekutuban).

Dalam Tomkin's Facial Feedback Theory pula menjelaskan bahawa apabila kita senyum tidak bermakna kita gembira tetapi senyum dan ketawa dapat mengubah emosi seseorang menjadi gembira dan lebih ceria. Saya sangat setuju dengan teori ini dan ia memang benar berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya mempunyai ramai kawan-kawn perempuan yang kelakar dan gila-gila. Saya mula tinggal di asrama semenjak tingkatan satu lagi, jadi perasaan homesick selalu datang tanpa diundang terutamanya apabila selepas pulang bermalam. Amatlah sedih dan rindunya kepada keluarga tetapi apabila kami berkumpul beramai-ramai dan berjenaka sesama sendiri, bergelak ketawa dengan cerita lucu masing-masing, automatiknya perasaan homesick tersebut akan hilang begitu saja. Nah, bertuahnya dapat kawan macam mereka!

Akhir sekali ialah Izard's Innate Emotion Theory  yang menggambarkan hampir semua tempat yang dikaji membezakan emosi pada ekspresi wajah melalui foto-foto yang diambil. Saya berasa hairan dan membuatkan saya tertanya-tanya ada ke orang mengambil gambar ketika sedang menangis?Mungkin foto-itu diambil untuk suka-suka atau simpanan peribadi. Yelah kan, lain orang lain ragamnya. Sekian dulu kali ini, terima kasih.#END


No comments:

Post a Comment