Saturday, 30 July 2011

TAN LI FEN A131517 LJ01 EMOSI

TAN LI FEN     A131517     LJ01 EMOSI

  Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Pada 27 Julai 2011, saya telah menghadiri kuliah bagi kursus ZT2253 iaitu modul Pengurusan Emosi.Kuliah ini merupakan kuliah kedua yang dibimbing oleh Dr.Zamri.Tajuk bagi kuliah tersebut ialah "Struktur dan ekspresi emosi".Dalam kuliah ini saya telah banyak mempelajari ilmu pengetahuan dan mendapat banyak maklumat berkaitan dengan emosi.

 

  Sebelum menghadiri kuliah, saya berpendapat bahawa emosi adalah sejenis perasaan yang ada pada sesorang individu.Emosi mrupakan sejenis pemikiran atau faktor mental yang amat pentng dalam mengawal tingkah laku atau perlakuan seseorang.Emosi ini amat penting dalam kehidupan harian kami kerana ia mampu mempengaruhi aktiviti harian kami dan pergaulan harian kami antara satu sama lain .Hal ini demikian kerana manusia sering berinteraksi antara satu sama lain dari semasa ke semasa.Pengawalan emosi yang baik akan mencorakkan kehidupan yang baik di samping mengeratkan hubungan antara ahli keluarga dan hubungan silaturahim.

 

  Selepas menghadiri kuliah yang kedua, saya menpunyai pemahaman yang lebih mendalam berkaitan emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), saya dapat mendefinikasikan emosi sebagai satu komplex set interaksi antara faktor subjektif dan faktor objektif yang boleh ditingkatkan oleh sistem  neural dan hormon.Faktor subjektif ini dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang individu bergantung pada fakta sebenar manakala faktor subjektif merujuk kepada fakta dan situasi yang mempengaruhi keputusan sesuatu perkara. Emosi akan memberi pengalaman afektif seperti perasaan kegembiraan, kesedihan,membangkitkan kemarahan dan lain-lain lagi.Emosi juga akan menjanakan peoses kognitif seperti persepsi dan penilaian terhadap sesuatu perkara,Semua ini akan membawa kepada pembinaan sifat seperti sifat expresif, sifat menumpukan matlamat dan sifat adaptif. Di samping itu, beberapa perubahan fisologikal dapat ditentukan dalam peubahan sesuatu emosi. Sebagai contohnya, apabila seseorang itu dalam keadaan ketakutan, tahap penafasannya, denyutan jantung, dan tahap mengeluarkan peluh akan meningkatkan. Justeru itu. Saya dapat belajar bahawa emosi ini banyak membawa perubahan kepada manusia.

Selain itu,emosi lebih luas maknanya dari perasaan.Menurut Baron & Logan, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan  dari motivasi. Menurut Lang et al, 1992 pula, menyatakan emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku & motif boleh menjadi emosional. Sesorang yang bermotivasi akan sentiasa bersikap positif dan optimis.Meraka faham akan potensi diri, rajin, dan cekal demi mancapai matlamat hidup.Semua ini memaparkan bahawa emosi memang mempengaruhi tiingkah laku seseorang.Namun begitu, tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong.Sebagai contohnya, apabila seseorang itu berada dalam kegelisahan, dia mudah terperangkap dalam pemikiran negatif dan keadaan yang tidak nyaman.Oleh itu,pengurusan emosi amat penting dalam proses penjanaan motivasi, tingkah laku dan pemikiran sesorang individu.

 

  Terdapat beberapa cara dapat menilai dan mengukur emosi seseorang individu.Antaranya termasuklah kaedah temu duga, kaedah soal selidik dan teknik diri pemantauan dengan merekodkan sifat diri sendiri pada sesuatu masa.Kaedah fisiologikal yang dapat menilai emosi seseorang termasuklah pengukuran dan kajian keaadaan dalaman tubuh seperti fungsi automatik, rangka tubuh dan pusat sistem saraf.Perubahan seperti denyutan jantung, tahap respirasi dan tahap ketegangan, elektrik aktiviti otak dapat memaparkan emosi seseorang.

Menurut Goleman, seorang pakar psikologi pula membahagikan emosi kepada beberapa jenis iaitu marah, sedih, takut, gembira, sayang, hairan, benci dan malu.Marah merupakan satu perasaan geram dan ketidakpuasan hati yang ada pada sesorang individu.Seseorang yang berada dalam emosi kemarahan mudah membangkitkan perselisihan faham hidup selain mudah menyakiti orang lain.Hal ini demikian kerana sesorang yang berada dalam kemarahan mudah panas baran naik angin.Kadang-kadangnnya, ia mampu mencapai tahap yang tidak dapat dikawal sehingga timbulnya pertikaian dan pergaduhan.Kesedihan merupakan kehancuran hati dan perasaan tidak senang hati yang dehadapi oleh seseorang individu.Kesedihan mempengaruhi pemikiran dan menyebabkan sesorang itu berasa letih dan mudah berputus asa.Ia mencabar kesabaran dan ketenagan hidup seseorang.Biasanya manusia akan terperangkap  dalam kesedihan apabila menghadapi hakikat kematian ahli keluarga, kawan atau watak-watak penting seseorang hidup.

 

  Perasaan ketakutan merupakan emosi terhadap sesuatu ancaman.Ketakutan ini biasanya diransangkan oleh sesuatu perkara yang ngeri atau mengancam pemikiran dan perasaan orang lain.Ia merupakan satu perasaan yang mudah menyebabkan perasaan tercabar.Kegembiraan merupkan sejenis emosi yang meriangkan.Kegembiraan mampu merangsaang seseorang untuk berfikiran positif dan optimis.Motivasi mudah dijana dalam perasaan kegembiran.Perasaan sayang pula merupakan emosi cinta dan suka.Perasaan ini amat penting, kerana semua manusia memerlukan kasih dan sayang antara satu sama lain.Orang yang disayangi mudah berasa bahagia.Perasaan hairan merupakan satu perasaan ingin tahu.Sesorang akan menjadi banyak bertanya terhadap ketidakfahaman untuk mengenal pasti sebab sebaliknya atau fakta-fakta tertentu.Jika perasaan ini digunakan secara betul, seseorang itu dapar banya belajar dan mendapat banyak faedah.Perasaan benci juga akan menyebabkan ketidakpuasan hati sehingga menyebabkan percanggahan idea dan pergaduhan.Menrut Wikipedia pula, perasaan malu didefinikasikan sebagai satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.Selain itu,terdapatnya perasaan malu yang semula jadi atas sifat sesorang individu yang dipengaruhi oleh faktor persekitan hidup.

 

  Emosi merupakan watak semula jadi yang ada pada seseorang individu.Menurut Darwin's basis theory ,emosi terdiri daripada emosi asas atau emosi primary.Menurut  Kokoszka, 1993,emosi primari ini merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Menurut Darwin's basic TOE. bukunya "The Expression of the Emotions in Man and Animals", , ekspresi wajah mampu melambangkan emosi.Hal ini demikian kerana wajah mudah memaparkan ekspresi sesorang individu sama ada sesornag iu gembira,sedih, marah dan sebagainya. Plutchik's 3D model merupakan satu pendekatan dimensi yang membahagikan emosi kepada 8 asas emosi utama.Anataranya termasuklah emosi,marah, takut, sedih, bencii,hairan ,jangkaan,percaya dan gembira.,Di samping itu,Donald Fromme & Clayton O'Brien (1982) mencadangkan Kitaran Emosi (Emotion Circle) sebagai alternatif kepada teori Plutchik. Emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan  bahasa fungsian.Bahasa subjektf merupakan bahasa biasa bagi emosi contohnya, gembira,sedih,takut dan lain-lain.Bahasa Bahasa Tingkahlaku merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang seperti seseorang itu gembira sampai melompat-lompat. Bahasa fungsian pula  merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang.Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Sebagai contohnya, emosi sedih mampu memaparkan akrabnya hubungan antara ahli keluarga. Tomkin's Facial Feedback Theory menjelaskan bahawa ekspresi muka sesorang individu dapat memaparkan emosi sesorang.Sebagai contohnya,seseorang yang senym dengan riangnya mampu memaparkan emosi kegembiraan.Kajian Zajonc's juga menyatakan bahawa otot muka dapat menonjolkan emosi seseorang. Izard's Innate facial expression  menyatakan emosi merupakan semula jadi dan pembelajaran dapat menpengaruhi emosi seseorang,Justeru.pembelajaran pengurusan emosi dapat memdedahkan kami cara mengawal emosi dan mengurus perasaan kami dengan cara yang betul.

 

  Kesimpulannya, saya banyak mendapat ilmu pengetahuan dan juga fakta-fakta berkaitan pengurusan emosi sepanjang kehadiran kuliah pengurusan emosi.Memang tidak dapat dinafikan,manusia memang mempunyai banyak emosi yang bervariasi dalam masa yang tertentu di tempat dan keadaan yang berlainan.Namun begitu, pengurusan emosi merupakan satu strategi amat penting bagi memastikan kesihatan fizikal dan mental seseorang individu di samping mewujudkan komunikasi sosial yang baik dan efektif.Justeru itu,kami digalakkan banyak mempelajari teknik-teknik pengurusan masa yang berguna agar dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham demi membina masyarakat yang berbudi bahasa selain kecerdasan intelek.

No comments:

Post a Comment