Saturday, 30 July 2011

HOR KHAI YNG A131417 Journal 1

Salam sejahtera. Jurnal ini merupakan jurnal pertama saya setelah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi ZT2253 yang disampaikan pada 27 Julai 2011. Tajuk kuliah yang disampaikan oleh oleh Dr. Zamri ialah "Pengenalan Emosi" dan "Struktur dan Expressi Emosi".Sebelum menhadiri kuliah tersebut,saya tidak memahami maksud emosi secara mendalam.Pada pendapat saya,emosi merupakan perasaan seseorang terhadap orang atau persekitaran di sekelilingnya.Contohnya,gembira,sedih,marah dan lain-lain lagi.

Kami diberi masa untuk menonton satu video clip pada permulaan kuliah ZT. Video clip tersebut memang menarik perhatian semua pelajar. Saya mendapat inspirasi daripada video clip tersebut supaya tidak mangaku kalah dalam segala masalah yang saya hadapi, dan bersungguh-sungguh untuk mengubah keadaan tersebut. Orang yang bersungguh-sungguh menbuat sesuatu akan dihargai oleh orang lain.

Menerusi kuliah yang disampaikan, saya telah berjaya mempelajari maksud emosi yang sebenarnya and secara mendalam. Selepas kuliah tersebut, saya telah memahami "emosi" dengan lebih mendalam dan saya akan cuba mengkaitkan konsep-konsep dengan aktiviti harian saya. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi merupakan interaksi komplex antara faktor antara faktor subjektif dan faktor objektif yang dikawal oleh sistem hormon badan. Faktor subjektif dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang terhadap sesuatu fakta manakala faktor objektif merupakan situasi yang mempengaruhi sesuatu keputusan.

Definisi yang diutarakan oleh doktor telah menyebabkan saya faham dengan konsep dan komponent emosi yang melibatkan perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Perasaan merupakan ciri utama dalam manusia dan punca tindakan yang akan dilakukan oleh seseorang individu. Gembira, sedih, kecewa,marah dan sebagainya merupakan contoh perasaan. Oleh itu, segala keputusan  dan tindakan yang kita lakukan amat bergantung kepada emosi kita. Contohnya,seseorang itu selalu membuat keputusan dan tindakan yang tidak rasional dalam keadaan marah.Komponen kedua iaitu proses kognitif, ini merupakan sesuatu gambaran emosi yang bergantung kepada pemikiran dan penilaian kita terhadap sesuatu perkara. Setiap orang mempunyai  proses kognitif yang berbeza dan yang akan menyebabkan kita mengambil tindakan yang berlainan walaupun menghadapi situasi yang sama. Contohnya,sebahagian pelajar perubatan akan terus berusaha setelah gagal dalam peperiksaan manakala sebahagian pelajar akan meninggalkan kursus tersebut.Seterusnya iaitu perubahan fisiologi, perubahan fisiologi merupakan aksi badan yang respon terhadap emosi kita dan perubahan tersebut juga menyebabkan perubahan dalam aktiviti saraf dan hormone dalam badan kita.Contohnya,seseorang itu akan berpeluh dalam keadaan cemas seperti dalam dewan peperiksaan. Seterusnya ialah tingkah laku yang berkaitan.Kita akan mengambil tindakan yang amat bergantung kepada emosi dan apa yang kita fikirkan.Tindakan yang kita lakukan akan membawa kesan-kesan yang sama ada baik atau buruk.

Selain itu,emosi juga boleh dikaitkan dengan motivasi. Seseorang yang bermotivasi tinggi akan mewujudkan emosi positif seperti bersyukur, rasa bersemangat, rasa berinspirasi mendorong. Oleh itu,seseorang yang bermotivasi biasanya ialah individu yang berproducktif and berjaya.Sebaliknya, emosi negative seperti dendam, marah, sakit hati, benci, dengki, cemburu, kecewa, hampa dapat meruntuhkan motivasi.Individu tersebut tidak akan berjaya dalam semua perkara yang dilakukan.

Selepas kuliah tersebut, saya telah memahami cara pengukuran emosi secara mendalam. Pengukuran tersebut boleh dibuat seperti seorang doktor perubatan atau pakar psikologi menggunakan kaedah temu bual, soal selidik dan teknik-teknik untuk merekodkan dan mengetahui status emosi pesakitnya. Sebagai contohnya, pakar-pakar psikologi akan menggunakan teknik mereka untuk mengetahui status emosi pesakitnya melalui perbualan biasa dan turutnya dapat memberikan rawatan yang sesuai. saya telah memahami dengan lebih dalamnya tentang pengukuran emosi.

Kemudian saya beralih kepada kuliah kedua, bertajuk struktur dan ekspresi emosi. Melalui kuliah ini, saya mempelajari tentang Teori Emosi Primari Darwin (Darwin's Basic Theory of Emotion). Menurut teori ini, emosi primari merupakan emosi yang bersifat adaptif. Dalam buku Darwin iaitu "The Expression of the Emotions in Man and Animals", dia telah mengemukakan 16 soalan tentang emosi kepada pelbagai bangsa dan didapati bahawa jawapan adalah sama. Kajian ini menunjukkan emosi primari merupakan cirri-ciri dalaman setiap manusia tidak kira bangsa dan budaya. Menurut Darwin, ekspresi wajah juga melambangkan emosi seseorang.

Seterusnya,bahasa emosi berdasarkan teori Plutchik adalah emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan perasaan yang ditunjukkan pada wajah kita, contohnya, sedih, gembira dan bimbang.Bahasa tingkah laku merupakan tindakan yang diambil mengikut emosi kita.Bahasa fungsian merupakan bahasa tersirat yang melambangkan emosi kita.Teori Plutchik mengenai reaksi adaptif asas ada 8 perkara iaitu takut,meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu.

Menurut Tomkin(1963,1995), iaitu pengasas teori emosi yang berdasarkan kepada perspektif Darwin. Hipotesis beliau menyatakan bahawa emosi secara asasnya adalah tingkahlaku yang berkaitan dengan wajah, dan pengalaman emosi terbit daripada ekspresi wajah.Apabila anda tersenyum,anda akan gembira ;apabila dahi anda berkerut dan lubang hidung anda kembang, anda sedang marah. Ekspresi wajah menghasilkan emosi. Walau bagaimanapun, ekspresi seseorang pada satu-satu masa itu tidak semestinya menggambarkan emosi sebenarnya. Ekspresi muka hanyalah alat komunikasi, tidak begitu berkait rapat dengan perasaan dalaman. Contohnya, saya ada seorang rakan yang sentiasa senyum dan bergurau dengan kawan-kawan lain meskipun dia sedang menderita kesedihan. Senyum itu hanya dipamerkan untuk menutup segala kedukaan.

Selain itu, teori ekspresi wajah semula jadi daripada Izard manyatakan ekspresi wajah semula jadi adalah sesuatu yang semula jadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari. Dengan mengaitkan pengalaman saya, semasa dilahirkan, setiap orang akan menangkis teresa-esa atau ketawa terbahak-bahak. Namun, melalui pengalaman dan pembelajaran, kita tidak menangkis dengan begitu, kita menangkis dengan suara yang kecil.

Sebenarnya kejayaan seseorang dalam hidup berkait rapat dengan hubungan sosialnya. Dengan menguruskan emosi diri sendiri dengan baik, banyak kesalahfahaman dan pergaduhan juga boleh dikurangkkan dan dielakkan. Oleh itu, kami sebagai mahasiswa-mahasiswi atau bakal doktoryang akan menghadapi banyak cabaran pada masa depan,haruslah belajar cara menguruskan emosi sendiri supaya tidak menjejaskan kehidupan harian sendiri dan orang di sekeliling kita. Emosi juga menolong kita membuat keputusan kerana ia merupakan  sumber informasi yang penting.  Kajian menunjukkan jika perhubungan emosi seseorang di dalam otak telah rosak, dia tidak dapat membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah.  Ini kerana dia tidak tahu perasaannya terhadap pilihan yang telah dibuat.

Konklusinya, emosi merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu, pengurusan emosi menjadi salah satu teknik yang amat penting dan harus diamalkan. Jika kita tidak tahu cara mengurus emosi kita, kita mungkin akan menjalankan kerja secara tidak rasional. Selepas kuliah tersebut, saya telah mengetahui beberapa teori dan konsep tentang pengurusan emosi. Saya juga akan mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari dalam kehidupan harian saya agar saya dapat menguruskan emosi saya dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment