Saturday, 30 July 2011

salam..

A131472 Sha Allyza Herdayu Sabarudin LJ01 emosi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 27 Julai yang lalu, saya telah menghadiri kuliah pertama pengurusan emosi. Dr Zamri memberikan sedikit taklimat tentang subjek ini. Beliau juga menerangkan tentang pengenalan kepada emosi dan juga struktur emosi itu sendiri. Selama ini saya beranggapan bahawa emosi itu apa yg terlahir dari hati dan merupakan sesuatu yang subjektif bagi setiap individu. Emosi yang saya faham ialah sedih,marah,gembira dan lain.Tetapi emosi itu terdiri daripada pelbagai komponen yang akan saya kupas lebih lanjut sebentar lagi. Ini merupakan jurnal pertama tulisan saya. Pada mulanya saya sering tertanya -tanya mengapa saya perlu mengambil subjek ini. Dan akhirnya persoalan itu terjawab juga kerana pengurusan emosi memberikan pelbagai ilmu yang saya sendiri belum pernah mengetahui tentangnya.

Ketika kuliah mengenai pengenalan emosi Dr Zamri ada menerangkan tentang definisi emosi itu sendiri menurut Kleinginna & Kleinginna(1981). Menurut teori ini emosi merupakan komplex yang terbentuk dari interaksi antara subjektif dan faktor objektif, yang dikawal oleh sistem hormon yang dipengaruhi oleh kepercayaan peribadi yang berasaskan fakta dan juga fakta atau situasi yang mempengaruhi sesuatu keputusan. Emosi akan memberikan pelbagai pengalaman efektif, menghasilkan suatu phasa kognitif seperti kesan kepada relevant emosi dan proses pembentukan mental. Emosi juga memberi kesan kepada ekspresi muka seseorang. Salah satu contoh gangguan emosi adalah fobia. Fobia merupakan jenis ketakutan terhadap sesuatu seperti binatang atau seseorang yang terlahir dari pengalaman lepas. Setiap emosi memberi kesan kepada fisiologi seseorang.

Emosi terdiri daripada empat komponen. Antaranya ialah perasaan,proses kognitif iaitu mental proses, perubahan fisiologi dan tinhkah laku berkaitan. Emosi dan motivasi merupakan perkara yang berlainan tetapi erkait rapat. Menurut Bagon & Logan 1993 emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi.
Dan menurut Lang et al 1992, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Contohnya marah kepada seseorang mempunyai sebab yang tersendiri. Semua benda yang berkaitan emosi terdapat motif tersendiri. Tetapi tidak semua emosi dan motivasi berkaitan. Emosi dapat diukur dari pemerhatian telus iaitu menerusi masalah mereka sendri. Dan juga dar ukuran fisiologi sesorang iatu dengan mengukur dan mampelajari tahap reflek skeletal,automatik dan sistem saraf seseorang. Kita juga boleh mengunakan info fisiologi iaitu degupan jantung,kadar pernafasan dan tekanan darah.

Struktur dan ekspresi emosi teori iaitu Darwin's basic theory of emotions, Tomkin's facial feedback theory, Plutchik primary emotion theory, danIzard's innate facial expression. Saya didedahkan dengan pebagai jenis teori yang saya sendiri baru mengatuhi tentang kewujudannya ketika kuliah pengurusan emosi ini. Menurut teori Darwin emosi terdiri dari emosi asas. Emosi primari adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya(Kokoszka 1993).Dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals".Ekspresi wajah melambangkan emosi (sebab muka adalah yang senang dilihat, bukannya organ lain). Kelebihan teori ini ialah sistem saraf boleh menghasilkan beberapa emosi dan terdapat 3 kriteria. Kekurangan teori ini ialah primari emosi itu sendiri tidak wujud. Emosi bersifat adaptif. Kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari (Roll 1990).

Menurut teori Plutchik's primari emosi terdapat tiga komponen iaitu bahasa emosi,reaksi dan dimensi emosi itu sendiri. Bahasa emosi terbahagi kepada 3 iaitu bahasa subjektif,bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Contohnya apabila kita gembira, kita akan melompat kegembiraan dan akan tersenyum. Teori yang begitu menarik minat saya ialah Tomkin's Facial Feedback Theory. Yang mengatakan bahawa emosi seseorang boleh dilihat dari ekspresi seseorang. Tapi pada saya, saya beranggapan bahawa ekspresi muka tidak menggambarkan emosi seseorang. Contohnya bagi mereka yang bijak menyembunyikan riak wajah mereka. Sesuatu yang dirasa itu hanya melibatkan hati. Jadi ekspresi muka tidaklah menggambarkan apa yang terdapat dihati. Contohnya dalam kehidupan seharian kita, jika kita tidak mahu orang sekeliling kita berasa risau, kita sering memberikan ekspresi gembira. Begitu jugalah yang dipraktikkan oleh mama saya. Walaupun beliau penat membuat kerja rumah, mama tetap mempamerkan muka gembira ketika kami semua pulang dari kuliah atau bekerja. Ini mengingatkan saya tentang sebuah lagu yang begitu memberikan kesan emosi kepada saya iaitu lagu dari penyanyi terkenal sudirman yang bertajuk Ayah dan Ibu.
Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Emosi merupakan sesuatu yang dimiliki oleh setiap makhluk Allah dimuka bumi ini termasuklah haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Ini mengingatkan saya tentang guru bahasa melayu saya Cik Juna ketika saya berada di tingkatan 5. Menurut guru saya salah satu pokok betik tanamannya telah merajuk. Pada mulanya saya hanya ketawa dan pelik apabila kenyataan tersebut keluar dari mulut guru saya tersebut. Kerana saya beranggapan hanya kanak-kanak tadika akan mengeluarkan kenyataan tidak logik seperti itu. Namun saya masih ingin mengetahui cerita selanjutnya. Cik Juna menceritakan tentang cara penjagaannya terhadap kedua-dua pokok itu. Beliau hanya bercakap- cakap tentang daun,pokok dan buah betik dengan salah satu pokok sahaja. Dan mengabaikan pokok yang lagi satu. Sebagai balasannya, hanya pokok yang sering menjadi tempat cikgu saya bercakap-cakap itu sahaja yang berbuah. Dan apabila beliau mengesan perkara tersebut. Beliau cuba untuk bercakap-cakap dengan kedua-dua pokok itu. Dan akhirnya kedua-duanya memberikan hasil yang amat banyak. Oleh itu menurut guru saya bukan manusia sahaja memerlukan kasih sayang. Begitu juga haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Menurut nenek saya kita perlu sering berbicara dengan haiwan atau tumbuhan, mungkin mereka tidak memberikan reaksi tetapi mereka memahami apa yang kita katakan.

Sebelum mengakhiri jurnal saya, saya ingin berkongsi mengenai pengalaman saya menonton filem Harry Potter yang terakhir. Bagi saya filem ini sangat menarik. Memaparkan pelbagai emosi iaitu cinta, keberanian , tegas, dan berjiwa pejuang. Bagi saya filem ini melahirkan pelbagai emosi. Ketika saya menonton filem tersebut saya dapat melihat pelbagai ragam manusia. Mereka melahirkan pelbagai ekspresi muka apabila filem itu berakhir. Ada dalam kalangan mereka yang sedih mungkin kerana terharu dengan pengakhiran cerita itu yang begitu menarik. Oleh itu, bagi saya setiap manusia dikurniakan pelbagai emosi. Kita haruslah menghargai emosi orang lain dan tidak hanya mengharapkan orang lain memahami emosi kita kerana manusia saling melengkapi antara satu sama lain. Seperti kata-kata yang saya petik dari sebuah novel "kelebihan orang lain melengkapi ketidak kesempurnaan kita".

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment