Saturday 30 July 2011

A 131558 Nur Asilah Anez Zainal Abidin LJ01 Emosi

Pada semester ini kami didedahkan dengan kursus ZT2253 iaitu modul Pengurusan Emosi.Pada 27 Julai 2011 yang lepas ,kuliah menerangkan tajuk mengenai 'Pengenalan Emosi dan Struktur Dan Ekspresi Emosi'.Ini ialah minggu kedua kuliah bermula dan bermula pada minggu ini kami dikehendaki untuk membuat jurnal berkaitan kuliah yang diberikan pada setiap minggu.

Semasa kuliah, emosi mempunyai definasi yang luas. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi adalah satu set kompleks interaksi antara factor-faktor subjektif dan objektif diantarai oleh system saraf hormon. Factor-faktor subjektif ini dipengaruhi oleh kepercayaan peribadi, berdasarkan fakta-fakta sebenar. Factor-faktor objektif pula adalah fakta atau keadaan yang dipengaruhi oleh keputusan sesuatu.

Emosi menimbulkan pengalaman afektif seperti perasaan keseronokan atau perasan tidak berpuas hati. Menjana proses kognitif seperti kesan emosi yang berkaitan persepsi, penilaian, dan proses pelabelan. Mengaktifkan penyusuaian fisiologi yang meluas kepada syarat-syarat yang membangkitkan. Emosi membawa kepada tingkah laku yang seiring, tetapi tidak semestinya, ekspresi matlamat yang diarahkan dan adaptif.

Emosi mempunyai empat komponen besar, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan, dan tingkah laku berkaitan. Emosi berkait rapat dengan motivasi. Emosi boleh menjadi motivator terhadap sesuatu perbuatan. Oleh itu, maksud emosi jauh lebih luas dari perasaan sahaja. Menurut Bacon & Logan 1993, emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi. Menurut Lang et al, 1992 pula, emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional.

Contoh terhadap emosi berkait dengan motivasi adalah cinta akan memotivasikan seseorang untuk menghubungi kekasihnya setiap hari samada menelefon atau berjumpa. Contoh motif yang boleh menjadi emosional adalah, motif pembunuhan disebabkan oleh dendam atau untuk mendapatkan duit atau disebabkan kebencian yang sudah lama tertanam di dalam hati seseorang. Walaubagaimana pun, tidak berlaku di dalam semua keadaan bahawa emosi menjadi pendorong atau motivator kepada tingkah laku dan tidak semua pendorong atau motivator dating berasaskan kepada emosi.

Seterusnya, saya diterangkan bahawa kita boleh mengukur kadar emosi masing-masing. Ada beberapa cara untuk mengukur kadar emosi iaitu " self – report ", " direct observation ", dan " psychological indicators ". Cara yang pertama iaitu " self – report " adalah kenyataan secara lisan tentang apa yang dirasai oleh seseorang. Antara method untuk mengukur menggunakan " self – report " adalah temu bual, soal selidik, teknik pemantauan sendiri (rekod tingkah laku sendiri dalam tempoh masa). Cara yang kedua adalah " direct observation " mempunyai masalah kepercayaan atau " reliability problem ". Pengukuran dan kajian pelbagai keadaan dalaman badanyang mencerminkan fungsiautomatik, system tulang dan saraf pusat. Cara seterusnya adalah "psychological indicators " contohnya adalah, kadar jantung, tekanan darah, ketegangan otot, kadar pernafasan, aktiviti elektrik otak, dan aktiviti elektrodermal.

Seterusnya, adalah struktur dan ekspresi emosi. Menurut nota kuliah yang diberikan, ada empat komponen penting dalam struktur dan ekspresi emosi ini. Yang pertama adalah teori asas evolusi Darwin. Yang kedua adalah teori emosi primary Plutchik. Yang ketiga adalah teori maklumbalas muka Tomkin. Dan yang keempat dan terakhir adalah universal ekspresi wajah Izard.

Teori asas evolusi Darwin merupakan teori biologi. Menurut Darwin, emosi terdiri dari emosi asas iaitu emosi primary. Menurut Kokoszka 1993, emosi primary ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seraga, di semua bangsa dan budaya. Dalam karya Darwin iaitu " The Expression of the Emotion in Man and Animals ".

Emosi teori adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya menurut Kokoszka, 1993. Kebanyakan theorists i.e : Robert Plutchill, Silvan Tomkins, Caroll Izard dan Paul Ekman, emosi primary menerbitkan emosi- emosi lain. Semua emosi bersifat adaptif, menurut Rolls 1990 lagi, kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primary. Contohnya adalah ketika kita gembira, kita berminta tentang sesuatu, apabila kita membenci sesuatu, malu, apabila kita bersedih, kita menerima sesuatu, ketika kita dalam kesusahan dan perasaan bersalah.

Teori seterusnya adalah teori emosi primari Plutchik. Teori emosi primary Plutchik mempunyai tiga komponen penting iaitu " language of emotion ", " Basic adaptive reaction " , dan " dimension of emotion ". Yang pertama adalah " language of emotion " terbahagi kepada tiga bahagian lagi iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku, dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif adalah bahasa yang biasa bagi emosi, contohnya adalah takut, emosi dan sedih. Bahasa tingkah laku pula merujuk kepada apakah tingdakan susulan daripada emosi yang telah dirangsang. Contohnya adalah gembira dan melompat senyum dan sedih lalu kita menangis. Bahasa fungsi pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Bahasa fungsian juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu.

Komponen kedua teori emosi primary Plutchik adalah " basic adaptive reaction ". Ada lapan adaptif reaksi iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, genbira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Ada empat emosi bertentangan iaitu penerimaan atau tidak terima, takut atau marah, kegembiraan atau kesedihan, dan kejutan atau yang boleh dijangka.

Komponen ketiga atau yang terakhir dari teori emosi primary Plutchik adalah " dimension of emotion ". Ada tiga komponen penting dalam dimensi ini iaitu " intensity ", " similarity ", dan " polarity ". " intensity " merujuk kepada darjah kekuatan emosi dari bahagia ke gembira. " similarity " merujuk kepada hubungan atau perkaitan, contoh takut dan sedih lebih dekat dengan takut dan gembira. " polarity " merujuk kepada ketububan iaitu benci lawannya suka.

Model emosi Plutchik menerangkan bahawa Plutchik telah mengenal pasti lapan emosi utama seperti marah, takut, kesedihan, kegembiraan dan sebagainya telah bergabung seperti warna-warni untuk menbentuk emosi tambahan seperti kasih sayang dan kekecewaan. Model 3D Plutchik pula menerangkan bahawa roda sebenarnya hanya keeping melalui pepejal emosi. Syarat di atas pepejal mewakili tahap maksimum arousal bagi setiap dimensi asas. Keganasan, contohnya tahap maksima pada dimensi ketakutan dan kegelisahan.

Yang ketiga adalah Teori maklumbalas muka Tomkin. Teori ini menerangkan soalan " apa yang menyebabkan apa? ". Contohnya, anda tersenyum kerana anda gembira atau anda berasa gembira kerana anda senyum?. Ada beberapa kajian yang menyokong Teori maklumbalas muka Tomkin ini. Kajian yang pertama Kajian Ursulla Hess dan rakan-rakan sekerja dalam kalangan mahasiswa perempuan di Universiti Geneva, Switzerland. Kajian yang kedua pula adalah Kajian Robert Zajonc dan rakan-rakan.

Walaubagaimanapun, terdapat kritikan diberi kepada Teori maklumbalas muka Tomkin ini. Ini kerana, ekspresi seseorang pada waktu yang sama bukan merupakan satu petunjuk yang tulen. Teori yang keempat adalah teori ekspresi muka semula jadi Izzard.

 

No comments:

Post a Comment