Saturday 30 July 2011

NUR HIDAYAH BINTI ABU BAKAR
EMOSIKAH DIRIKU INI??
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Sebelum saya memulakan penulisan ini,ingin saya menyatakan hasrat di hati ini yang telah lama terbuku di sanubariku.Hanya melalui penulisan ini ,dapat saya luahkan segala-galanya yang selama ini hanya terpendam. Saya mohon kepada sesiapa yang telah atau sedang membaca jurnal saya,mohon kerjasama sahabat-sahabat dan pensyarah untuk memberi sebarang komen mengenai jurnal ini.Saya hanyalah insan  biasa yang sering melakukan kesilapan.Tanpa anda,siapalah saya.Pada awalnya,saya amat tertarik dengan tajuk-tajuk yang bakal saya belajar dalam subjek ini.Semuanya berkaitan mengenai diri kita.Kita sebagai pelajar yang bakal menjadi seorang doktor,bagi saya pembelajaran ini amatlah penting agar emosi kita sentiasa terkawal dan seterusnya segala-galanya pasti berjalan dengan lancar.insyaAllah.Saya yakin,sekiranya kita dapat mengawal emosi ini,pasti kerjaya  sebagai seorang doktor akan menjadi ringan.Cuba anda fikirkan,setiap kali kita melangkah kaki memasuki wad,pasti pelbagai anggapan dan perasaan akan muncul di minda kita.Adakah anda semua setuju dengan pendapat saya?Di sinia kan saya nyatakan beberapa contoh.Contoh-contohnya ialah,dengar sahaja perkataan "CSL"(clinical sciences learning) ,saya yakin di setiap minda sahabat akan tertulis pelbagai keluhan serta rungutan.Begitu juga emosi kita.Terdapat diantara kita akan merasa gelisah.Terdapat juga segelintir daripada kita akan berasa berdebar-debar,takut dan pasti perasaan teruja serta ingin tahu akan muncul dengan sendirinya.Begitu juga dengan diri saya.Pada mulanya,saya merasa takut kerana saya terlalu berfikiran negative.Saya fikir doktor pasti akan memarahi saya sekiranya saya tidak dapat menjawab soalan yang diajukan oleh doktor tersebut.Disebabkan pemikiran negatif itu,emosi saya turut terganggu.Begitu berat kaki saya untuk melangkah ke HUKM.Namun demikian,segalanya-galanya salah sama sekali.Begitu banyak pengalaman yang dapat saya pelajari dan doktor-doktor juga tidaklah segarang seperti yang saya jangkakan.Mereka tidak kekok dalam menjawab sebarang persoalan yang sering diutarakan oleh para pelajar.Malah,doktor-doktor sentiasa memberi senyuman manis seperti semanis kurma.Senyuman itu terus mengubah emosi saya tanpa saya sedari.Sejurus itu,saya terus berfikir memang benarlah seperti yang diajarkan oleh doktor Zamri.Melalui perbuatan dapat memberi impak yang begitu besar terhadap emosi seseorang disamping dapat mengubah perspektif seseorang daripada perspektif negative kepada perspektif positif.Terima kasih kepada doktor Zamri kerana sanggup mengajar kami mengenai pembelajaran emosi ini.

Terlalu bnyak ilmu yang saya pelajari di mana sebelum ini saya tidak tahu menahu bahawa emosi saya boleh diukur.Saya akui memang pada awalnya,saya tersenyum seorang diri kerana rasa agak kelakar bila mengetahui emosi kita dapat diukur.Namun,itulah kenyataannya.Sekarang saya sudah tahu bagaimana mengukur emosi kita.Apa yang saya pelajari dalam kuliah sebelum ini,salah satu kaedah untuk mengukur emosi seseorang adalah melalui persoalan yakni bertanyakan perasaan seseorang.Contohnya,"Nina,apakah perasaan dan pendapat anda apabila belajar pembelajaran emosi?adakah anda merasa ianya menyusahkan atau menyeronokkan?".Ini adalah salah satu soalan yang dapat kita ajukan kepada sahabat lain.Melalui kaedah ini kita dapat mengetahui serta merekod emosi seseorang.Selain daripada itu,kita juga dapat mengetahui tahap emosi seseorang melalui pemerhatian .Perkara ini saya alaminya sendiri,setiap kali melihat wajah sahabat-sahabat,saya sudah dapat meneka serta mengetahui emosi para sahabat ketika itu.Contohnya,kita bertanyakan satu soalan dengan cara yang berhikmah serta lemah lembut.Namun ,sahabat kita telah menjawab soalan kita dengan kasar dan seolah-olah mahu memarahi kita sedangkan soalan saya tidaklah sensitive.Ini menunjukkan,emosi sahabat kita ketika itu tidak stabil.Pasti mereka mempunyai alasan dan masalah-masalah yang terbuku di hati.Tetapi kita tidak tahu hanya Allah yang mengetahuinya.Oleh itu,bagi saya amatlah penting kita mengetahui emosi sahabat-sahabat kita supaya kita dapat berkomunikasi bersama sahabat-sahabat dengan lebih berkesan.

Selain itu,kita juga dapat membantu sahabat kita yang mengalami kesulitan dan masalah di dalam hidup mereka.Kaedah pengukuran emosi yang terakhir ialah secara saintifik.Ini bermaksud kita dapat mengukur emosi seseorang melalui kadar pernafasan,tekanan darah serta kadar ketegangan otot.Sekiranya seseorang didapati mempunyai kadar pernafasan yang tinggi,ini membuktikan bahawa seseorang itu berada dalam keadaan ketakutan.Pasti juga,pada masa yang sama emosi serta perlakuan mereka juga terganggu serta tidak stabil.Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan mengenai pengukuran emosi yang telah saya pelajari.Saya yakin,sahabat-sahabat juga pasti sudah mengetahuinya.Namun saya tetap akan meluahkan pandapat saya mengenai perkara ini.Tetapi coretan saya tidaklah berhenti setakat ini sahaja.Banyak lagi yang ingin saya kongsikan bersama kalian.Jurnal ini akan saya gabungkan antara pembelajaran,pemahaman serta pendapat saya mengenai sesuatu isu.Saya harap kalian dapat menerima segala pendapat yang saya karangkan ini dengan hati yang tenang serta emosi yang ceria.InsyaAllah.Ok,sekarang akan saya ulaskan mengenai komponen-komponen emosi yang telah saya pelajari pada 27/7 tahun 2011.
 
Sebenarnya emosi kita terdapat empat komponen yang penting di mana kita perlu mengetahuinya.Komponen-komponen itu adalah:
·         A feeling state – perasaan
·         Cognitive process – proses kognitif
·         Physiological changes – perubahan fisiologi
·         Associated behavior – tingkahlaku berkaitan
 
Sebenarnya, keempat-empat komponen tersebut saling berkaitan dan berangkai antara satu sama lain.Bermulanya dari perasaan akan berlakunya proses kognitif dan sejurus itu akan berlakunya perubahan fisiologi dalam diri  dan akhir sekali akan menghasilkan tingkah laku.Di sini akan saya berikan satu contoh.Seorang pemuda mempunyai perasaan sayang terhadap seorang perempuan yang telah lama dia minati(perasaan).Setiap hari pemuda tersebut cuba mendekati si perempuan itu(proses kognitif).Apabila bertembung dengan perempuan tersebut,lelaki itu akan berasa berdebar-debar serta berpeluh(perubahan fisiologi).Kesan daripada perubahan fisiologi itu,pemuda tersebut tidak dapat berkata-kata walaupun sepatah perkataan di hadapan perempuan itu  kerana terlalu malu dan takut.Oleh itu,pemuda tersebut mengambil keputusan untuk tidak mahu bertembung dengan perempuan itu(tingkahlaku berkaitan).Saya berharap dengan contoh yang saya berikan,sahabat-sahabat lebih mudah memahami komponen-komponen emosi ini.

Selain daripada itu,saya amatlah tertarik dengan subtopic yang berkaitan antara emosi dan motivasi.Bagi saya motivasi amatlah penting dalam diri seseorang.Tanpa motivasi,hidup kita mudah kecundang dan tidak menentu.Memang benar,bagi seorang islam kita memerlukan bantuan Allah untuk meningkatkan motivasi kita.Namun demikian,emosi juga memainkan peranan yang  penting dalam memastikan diri kita sentisa bermotivasi.Sepeti kata Baron dan Logan ,1993, 'Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi.Saya amatlah setuju dengan kata-kata tersebut.Contohnya,cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti  meng'sms', menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumahtangga.Daripada emosi, kita akan termotivasi untuk melakukan sesuatu perkara agar target kita tercapai.Sebagai seorang pelajar,saya perlulah memastikan emosi saya sentiasa stabil dan sentiasa dalam keadaan ceria agar pembelajaran medik saya juga dapat berjalan seperti kehendaknya.Kesan daripada emosi tersebut, saya sentiasa bersemangat untuk terus belajar dan belajar .

Kesimpulannya,emosi amatlah penting dalam diri kita.Tanpa emosi,kita tidak mungkin ada perasaan,tanpa emosi kita juga tidak akan menjadi seorang pelajar yang bermotivasi.Jika kita tidak bermotivasi,hidup kita mudah terumbang-ambing.Adakah sahabat-sahabat mahu hidup kita menjadi sebegitu rupa.Pasti tidak kan?Jadi,berusahalah kita untuk mengawal emosi masing-masing.Bagi saya peranan sahabat dalam hidup amatlah bermakna .Tanpa sahabat emosi kita mudah terganggu dan dengan bantuan sahabat  juga ,emosi kita mudah kembali stabil.Oleh itu,sentiasalah menunjukkan muka yang manis dan menguntumkan senyuman kepada sahabat kita kerana senyuman kita mempengaruhi emosi sahabat kita.Senyuman ialah sedekah.Sempena bulan ramdhan yang mulia ini,perbanyakkanlah sedekah.InsyaAllah.Terima kasih sebab sudi membaca jurnal Nur Hidayah Binti Abu Bakar.^_^

No comments:

Post a Comment