Saturday, 30 July 2011

A131887 Nor Hidayah Binti Borhan

        Assalammualaikum dan salam sejahtera.  Ini adalah kali pertama saya menulis jurnal dalam hidup saya selepas menghadiri kuliah 1 ZT2253 pada 27 Julai 2011 ,hari Rabu pada pukul 2 hingga 5 petang yang disampaikan oleh Dr Ahmad Zamri Mansor tentang tajuk Pengurusan Emosi dan Struktur dan Ekspresi Emosi . Secara mudahnya bagi saya emosi boleh ditakrifkan sebagai satu perasaan yang hadir dalam diri setiap individu . Antaranya ialah perasaan gembira, sedih , marah dan juga lain-lain. Setiap individu mempunyai berbagai-bagai jenis emosi bergantung kepada keadaan mereka. Mereka juga boleh menyatakan emosi mereka dengan pelbagai cara mengikuti kehendak maisng-masing.

     

        Saya percaya bahawa setiap individu mempunyai emosi mereka tersendiri dan bohonglah seseorang itu jika beliau menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang emosi .Selepas saya menghadiri kuliah pengurusan emosi barulah saya tahu bahawa emosi mempunyai takrifan tersendiri iaitu menurut Kleinginna & Kleinginna (1981) bahawa emosi adalah satu interaksi yang sangat komplek antara factor subjektif dan objektif yang diransang oleh system saraf manusia. Untuk subjektif dipengaruhi oleh kepercayaan individu itu sendiri dan juga untuk objektif dipengaruhi oleh fakta atau keadaan sesuatu. Emosi mempunyai komponen yang terbahagi kepada empat iaitu afektif,  , kognitif , fisiologikal dan dan tingkah laku. Terdapat juga beberapa pandangan lain tentang emosi yang juga mempunyai hubungkait dengan motivasi . Antaranya ialah daripada Baron dan Logan (1993) iaitu emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasiMungkin pada sesetengah manusia menganggap emosi tidak akan mempengaruhi hidup mereka secara mendalam tetapi sebenarnya mereka tidak sedar kadangkala emosi telah pun mempengaruhi hidup mereka sedikit demi sedikit dan seandainya emosi itu diakibatkan sesuatu yang sangat buruk ,ianya boleh menganggu kehidupan dan juga kewarasan akal fikiran seseorang. Sebagai contoh , Aminah yang selama ini berkawan rapat dengan Atikah telah pun mengalami konflik diantara mereka. Akibatnya Aminah tidak dapat menerima kenyataan tersebut dan dia menangis untuk menghilangkan segala kesedihannya sehingga menggangu konsentrasi pembelajaran.


        Selain itu emosi juga dapat dilihat dan diketahui melalui cara bertanya ataupun melalui pandangan mata. Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan emosi . Antaranya ialah teori Darwin ( TOE – theory of emotion) . Teori Darwin adalah teori yang berkaitan dengan proses biologikal . Teori ini terdiri daripada teori asas iaitu yang telah ditakrifkan oleh Kokoszka pada tahun 1993 bahwa teori asas adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Darwin juga telah menulis sebuah buku yang bertajuk "The Expression of the Emotions in Man and Animals". Menurut beliau dalam bahasa mudah yang senang untuk difahami ialah wajah boleh mengambarkan emosi. Hal ini kerana wajah seseorang adalah satu cirri fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar bukannya organ dalaman . Ini membantu seseorang untuk menganalisis emosi seseorang individu tersebut sebagai contoh salah seorang rakan anda kelihatan sedang mengalami masalah dengan menunjukkan ekspresi wajahnya yang muram dan juga sedang bersedih. Sesetengah individu tidak mempamerkan reaksi melalui riak wajahnya kerana dia tidak ingin orang lain tahu akan apa yang dialaminya. Insan-insan seperti ini boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka sendiri kerana sampai pada satu tahap mereka tidak dapat lagi menyembunyikan emosi mereka terlebih lagi emosi yang berkaitan tentang kesedihan ataupun masalah. Ini samalah juga seperti yang dipersoalkan dalam kuliah iaitu "adakah perasaan gembira dihasilkan oleh kesenyuman ataupun kesenyuman dihasilkan oleh perasaan gembira?" Sebenarnya teori asas ini juga mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Untuk kebaikan dimana system saraf dan struktur nya boleh menghasilkan pelbagai bentuk emosi manakal untuk keburukan mungkin juga sesetengah pihak akan mengatakan bahawa tiadanya teori seperti ini . Namun bagi saya sememangkan saraf akal yang akan mengawal emosi seseorang mengikut tindakan dan perasaan individu tersebut.

Selain daripada teori Darwin , melalui pembelajaran saya didalam kuliah saya juga telah mengetahui teori yang saya tidak pernah dengar contohnya teori Plutchik's . Plutchik`s teori terbahagi kepada tiga iaitu bahasa emosi ( language of emotion) , Asas tindak balas penyesuaian (Basic adaptive reactions) dan dimensi emosi (Dimensions of emotion) . Bahasa emosi boleh diketagorikan atau digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza. Yang pertama ialah bahasa subjektif contohnya takut,gembira dan sedih. Yang kedua ialah bahasa tingkahlaku iaitu apa yang kita lakukan dengan akibat dari emosi kita. Contoh nya jikalau kita sedih ,kita akan menangis dan akhir sekali bahasa fungsian. Ini bermaksud apakah fungsi emosi  contohnya apakah tujuan kita menangis kalau kita bersedih. Mestilah tujuannya untuk melahirkan perasaan sedih dan sebenarnya cuba untuk menenangkan hati dan perasaan kita sendiri melalui air mata. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza melahirkan emosi mereka. Contohnya sesetengah orang yang bersedih tidak akan menangis disebabkan kesedihan tersebut ,mereka akan mencari seseorang ataupun sahabat akrab mereka untuk meluahkan segala perasaan sedih yang mereka alami sama juga untuk mereka yang sedang bergembira. Kebanyakan dari kita pasti akan berkongsi berita gembira tersebut dengan rakan-rakan ataupun ibu bapa . Pada pendapat saya mencari seseorang untuk meluahkan emosi kita adalah cara yang terbaik kerana kita dapat berkongsi pengalaman kehidupan dan pada masa yang sama sahabat kita boleh menasihatkan kita dengan cara yang terbaik untuk mengatasi sesuatu berbanding dengan menangis yang boleh melemahkan semangat dan jika berterusan boleh menyebabkan terjadi perkara seperti bunuh diri dan lain-lain lagi.

      

      Seterusnya , asas tindak balas penyesuaian terdapat lapan komponen yang menjadi sebagai prototaip untuk semua emosi. Antara lapan komponen tersebut ialah takut,meluat marah,terperanjat , gembira,sedih,terima, dan rasa ingin tahu. Plutchik's teori untuk dimensi pula terbahagi kepada tiga intensiti (intensity) kesamaan(similarity) dan kekutuban (polarity) .Untuk intensiti ianya merujuk kepada kekuatan emosi tersebut. Contoh jika anda gembira , berapa peratuskah kegembiraan tersebut ataupun boleh juga diukur dengan skala satu hingga sepuluh. Mungkin juga kegembiraan itu disalah ertikan dengan kebahagian.Kemudian untuk kesamaan,merujuk kepada hubungan ataupun perkaitan. Dimana untuk melihat dari aspek ini,sedih dan takut adalah lebih dekat persamaan berbanding dengan sedih dan gembira dan untuk kekutuban apabila berlawanan, contohnya benci lawannya suka, gembira lawannya sedih dan lain-lain.

Terdapat juga teori Tomkin's Facial Feedback Theory dan Izard's Innate facial expression

dimana Tomkin's Facial Feedback Theory menerangkan tentang emosi yang menpunyai 4 bahagian berdasarkan kajian Hess' terhadap pelajar perempuan. Selain itu terdapat juga membuat mimic muka tanpa merasai emosi tersebut dan kemudian rasakan emosi tersebut dan melakukan mimic muka berdasarkan perasaan tersebut. Bagi Izard's teori pula menyatakan bahawa mekanisma sistem saraf untuk ekspressi muka dan persepsi muka adalah secara semula jadi . Antara bukti-buktinya ialah bayi yang baru lahir 'yang dilahirkan untuk kajian senyuman dan kajian silang budaya.

 

         Akhir sekali , emosi adalah sangat komplek untuk diterangkan dan susah untuk difahami . Teori-teori yang telah diajar membantu untuk memahami lebih mendalam tentang emosi. Emosi setiap individu perlulah dijaga supaya menjamin kehidupan yang lebih baik. Pengurusan emosi adalah salah satu cara yang sangat bagus untuk mengawal dan menguruskan emosi dengan lebih baik. Sebagai seorang mahasiswa , pengurusan emosi adalah sangat penting supaya dapat menjamin pembelajaran kearah yang lebih baik dan mengurangkan tekanan.

No comments:

Post a Comment