Saturday 30 July 2011

jurnal emosi

Kek Xin Yi A131551

Selamat sejahtera. Ini merupakan jurnal pertama saya dalam kursus ZT2253,  pengurusan emosi. Pada 27 julai 2011, saya telah didedahkan kepada kuliah pengurusan emosi yang disampaikan oleh DR Ahmad Zamri Mansor. Saya agak terperanjat dan bimbang apabila mengambil tahu bahawa kami dihendaki untuk menulis sebuah juarnal mengenai konsep-konsep yang telah dipelajari di dalam kuliah kerana saya berasa amat sukar untuk menyuarakan pendapat dan emosi saya dalam bentuk karangan. Walaubagaimanapun, saya akan cuba menyiapkan tugasan yang diberikan ini dan berharap sesiapa yang sedang membaca karangan ini yang dapat menemui sebarang kelemahan dapat memahami situasi saya yang sukar menuahkan pendapat dalam bentuk penulisan serta cuba untuk memaafkan saya.

Emosi. Satu perkataan dengan tiga suku kata tapi luas maknanya. Saya tidak berani untuk mengatakan bahawa saya telah memahami maknanya yang begintu luas hanya selepas kuliah kerana saya percaya makna perkataan ini hanya boleh dihayati oleh mereka yang telah lama mengaji tentang pengetahuan mengenai emosi dan cara untuk mengurusnya. Dalam pemahaman saya, emosi ini bermakna respon seseorang terhadap sesuatu peransang atau situasi yang diiring oleh perasaannya yang kuat yang menjadi dorongan seseorang itu untuk bertindak.  

Dalam kuliah ini, saya  telah didedahkan kepada beberapa konsep-konsep yang menarik. Sebagai contoh, saya telah tahu bahawa emosi dapat dipecahkan kepada empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku atau respon yang berkaitan. Proses ini boleh dijelaskan apabila seseorang ini dapat stimulasi perasaan daripada keadaan sekelilingnya(perasaan), dia akan menilai perkara tersebut berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya(proses kognitif). Badannya akan berlaku perubahan fisiologi untuk menyediakannya kepada sebarang tindakan yang bakal diambil dan akhir sekali individu tersebut akan mengambil tindakan sehubungan dengan perasaan dan emosinya. Proses ini menjadi dasar kepada pengetahuan emosi kerana berkaitan dengan pengurusan emosi seseorang itu.

Saya tertarik dengan sebuah video yang ditayangkan semasa kuliah. Video itu bertemakan kejayaan seorang lelaki Korean untuk mencapai cita-citanya dalam sesuatu pertandingan. Walaupun kehidupannya bagai onak dan duri sejak dari kecil, namun dia masih tabah dan mampu mengawal emosinya semasa pertandingan dan menjadikan kehidupannya sebagai motivasinya untuk Berjaya. Ini telah membuktikan bahawa emosi yang kuat boleh menjadi pendorong ke arah kejayaan. Saya berasa kagum dengan ketabahan dan sikapnya yang tidak berputus asa. Walaupun saya tidak mempunyai kehidaupan yang sukar seperti lelaki itu, tapi saya tetap percaya bahawa pengalaman seseorang itu boleh membawa kepada kematangan seseorang dan cara seseorang itu memaparkan emosi dan perasaannya. Sikap seseorang itu yang membawanya ke arah kejayaan.

Selain itu, saya juga didedakan kepada beberapa cara untuk mengenal pasti emosi seseorang. Saya berasa ini amat berguna untuk saya kerana membolehkan saya memahami emosi seseorang walaupun tidak diberitahu. Antara caranya ialah melalui apa yang diluahkan dan disampaikan oleh orang tersebut dan melalui cara percakapan , nada suara, air muka orang tersebut. Bagi saya, cara pertama lebih mudah tetapi cara kedua lebih berguna kepada saya untuk menjadi seorang doctor pada yang masa yang akan datang. Saya bercadang untuk mengaji lebih mendalam lagi mengenai cara untuk memerhati emosi orang lain dengan cara melayari internet untuk mencari lebih banyak info mengenainya. Hal ini demikian kerana saya amat tertarik dengan berbagai-bagai espressi air muka manusia yang cuba menyampaikan perasaan yang berbeza. Saya berharap dengan usaha saya ini dapat memanfaatkan pesakit kerana dapat memahami perasaan mereka yang tersirat yang segan diberitahu, justuru itu dapat mengubati mereka dengan lebih baik.

Tambahan pula, dalam Darwin's basic theory of emotions yang diajar, emosi merupakan ciri dalaman manusia yang berhubungkait rapat dengan wajah. Ia merefleksikan emosi seseorang dan boleh dikesan dengan mudah. Walaubagaimanapun, cabarannya yang saya temui sekarang merupakan mengenalpasti dan mengesan emosi mereka yang sengaja menyembunyikan perasaan dan emosi sebenar mereka.

Di samping itu, dalam Plutchik's primary emotion theory, emosi dan perasaan dibahagikan kepada lapan : fear, disgust, anger, surprise, joy, sadness, acceptance and curiosity. Dimensi emosi dibahagikan kepada tiga : intensity ( darjah kekuatan emosi ), similarity ( hubungan antara dua emosi ) dan polarity ( kekutuban sesuatu emosi ). Saya akan cuba untuk memahamkan teori-teori ini dan cuba mengasplikasikannya pada masa yang akan datang.

Setelah belajar mengenai Tomkin's facial feedback theory, saya mengambil keputusan untuk senyum dengan lebih kerap lagi kerana emosi kami akan membalaskan wajah kami. Kawasan sekitar juga dapat mempengaruhi emosi seseorang. Persekitaran yang ceria akan menjadikan seseorang itu menjadi lebih gembira. Selain itu, setelah belajar tentang  learning and experience theory, saya telah memahami bahawa kita belajar daripada pengalaman kita dan akan berusaha untuk mengelakan perkara-perkara yang boleh memberikan kesakitan atau kesedihan kepada kita. Sebagai contoh, seseorang budak dimarahi oleh ibunya kerana bergaduh dengan adiknya, dia mungkin tidak akan melakukan perkara yang sama yang boleh menyebabkan dimarah oleh ibunya kerana dia belajar daripada pengalamannya.

Secara kesimpulannya, saya telah mendapat banyak manfaat daripada kursus ini kerana kursus ini membangkitkan keingin-tahuan saya tentang pengetahuan emosi yang begintu luas. Saya berhasrat untuk menimba pengetahuan yang lebih mendalam lagi mengenai topic ini. Jika kami dapat mengawal emosi kami dengan baik, secara tidak langsungnya akan mengeratkan hubungan kami dengan orang lain. Emosi penting dalam menuahkan perasaan dan fikiran seseorang dan kami harus mengurusnya dengan baik dan bukan membiarkan emosi mengurusakan saya agar tidak mendatangkan sebarang keburukan yang tidak diingini seperti menimbulkan salah faham antara satu sama lain.

 

 

No comments:

Post a Comment