Saturday 30 July 2011

A131858 CHO VI VIEN LJ01- EMOSI

A131858 CHO VI VIEN LJ01- EMOSI

 

 

 

 

 

 

Salam sejahtera saya ucapkan. Hari ini merupakan kali pertama saya menulis jurnal bagi Pengurusan Emosi (ZT2253) . Kuliah pertama bermula dengan sesi pengenalan dengan Doktor Zamri. Pada Rabu lepas 27 Julai 2011 ,bermulalah sesi pembelajaran yang pertama. Kuliah kedua diisi dengan tajuk struktur emosi dan pengurusan emosi.

 

Selepas menghadiri kuliah yang kedua, saya berasa emosi ini mempunyai banyak maksud dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Ini disebabkan emosi kadang-kala boleh dijadikan motivasi kita dalam kehidupan yang penuh dengan saingan. Menurut Saya juga mendapati tahu bahawa Charles Darwin telah mengeluarkan teorinya sendiri yang berkaitan dengan emosi primary dalam bukunya The Expression of the Emotions in Man and Animals. Darwin telah mengklasifikasikan emosi kepada tiga dalam bukunya iaitu: The principle of serviceable associated Habits, The principle of Antithesis dan The principle of actions due to the constitution of the Nervous System, independently from the first of the Will, and independently to a certain extent of Habit. Menurut Wikipedia , emosi adalah perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian.Emosi dapat ditunjukkan kerika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu. Contohnya, apabila saya ibu bapa berjanji akan membawa saya melancong ke Korea semasa cuti semester,saya menerima berita itu dengan seneng hati dan gembira. Apabila saya mendapati wang saya dicuri,saya berasa marah dan juga takut untuk memberitahu bapa saya kerana takut akan dimarah. Apabila saya mendapat keputusan yang kurang memuaskan ,saya bearasa kecewa dan sedih. Kesemuanya ialah emosi yang biasa ditunjukkan oleh saya dan saya pasti orang lain juga akan berasa begitu apabila berada dalam situasi yang telah dinyatakan di atas.

 

Sebenarnya , emosi juga boleh dijadikan dorangan dalam kehidupan seseorang. Saya baru mendapati tahu fakta ini selepas saya menghadiri kuliah . Saya juga terfikir yang sebenarnya saya telah banyak mengaplikasi fakta ini dalam kehidupan saya. Semasa saya di tingkatan 5 , saya selalu dikalahkan oleh kawan saya dalam pertandingan badminton. Saya berasa sangat kecewa dan tidak puas hati. Oleh itu, saya berusaha untuk berlatih dan mempertingkatkan potensi saya. Akhirnya , saya berjaya mengalahkan kawan saya buat kali yang pertama. Selain itu,apabila saya mendapat keputusan yang kurang memuaskan ,saya akan bertekad untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Walau bagaimanapun, setelah saya megkaji dan membaca artikel-artikel yang berkaitan dengan pengurusan emosi, saya mendapati tahu bahawa emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu, emosi positif dan emosi negatif. Emosi positif ialah emosi yang telah dinyatakan diatas. Ia dapat membantu seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih berusaha. Ia juga akan membantu kita berjaya dalam hidup kita. Sebaliknya, emosi yang negetif akan menyebabkan seseorang berasa sangat marah. Apabila seseorang berasa marah, dia akan melakukan sesuatu yang tidak rasional. Saya percaya bahawa kebanyakan kes-kes jenayah yang berlaku pada kini kebanyakannya ialah disebabkan emosi negatif ini. Tindakan seseorang untuk membalas dendam adalah disebabkan perasaannya yang tidak berpuas hati.

 

Emosi negatif ini boleh diatasi dan boleh dikawal jika menggunakan cara yang sesuai. Seseorang yang boleh mengawal emosinya ialah orang yang mempunyai EQ yang tinggi. Dia tidak mudah menunjukkan emosinya di khalayak ramai kerana dia menganggap tindakan terburu-buru ini akan merugikan sendiri. Walaupun dia berasa marah apabila menghadapi sebarang kesulitan, tetapi dia juga akan berusaha untuk mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Seseorang yang pandai mengawal emosinya ialah orang yang berdikari. Sebenarnya, saya bukannya seorang yang pandai mengawal emosi tetapi kegagalan ini tidak akan menyebabkan saya untuk melakukan tindakan yang tidak rasional. Contohnya, apabila saya menerima berita yang kurang baik, kesedihan akan ditujukkan melalui ekspresi saya. Apabila saya mendengar kata-kata yang kurang menyedapkan hati ,saya juga akan menunjukkan ekspresi yang marah dan saya tidak akan bercakap dengan kawan saya selama beberapa jam. Kesemua ekspresi yang ditunjukkan sebenarnya dikawal oleh emosi yang tersendiri. Oleh itu , saya berasa saya perlu belajar cara untuk mengawal emosi saya supaya tidak akan menyakiti kawan-kawan saya kerana biasanya saya marah disebabkan perkara yang kecil sahaja.

 

Selepas menghadiri kuliah, saya juga sedar bahawa pengurusan emosi sangat penting bagi seorang pelajar khususnya pelajar perubatan. Setiap orang menganggap bidang perubatan ini ialah satu bidang yang susah untuk dipelajari dan sentiasa dibeban dengan masalah stress. Bidang perubatan memang satu bidang yang susah dan memerlukan ketabahan hati yang kuat untuk menghadapi sebarang kegagalan. Apabila masalah stress menbanjiri jiwa seseorang, dia akan menghadapi depresi jika dia gagal mencari jalan penyelesaian.Kebanyakannya,depresi ini akhirya akan menyebabkan  seseorang membunuh diri kerana dia menganggap inilah merupakan jalan penyelesian yang terbaik. Keadaan ini banyak berlaku di kalangan pelajar perubatan kerana mereka biasanya akan menghadapi masalah dalam akademik. Selain itu, sesetengah pelajar perubatan gagal dalam peperiksaan. Kesemua faktor ini akan menyumbang kepeda masalah emosi. Walau bagaimanapun , terdapat pelajar yang menganggap bidang ini sangat menyeronokan dan mereka sentiasa berfikiran positif. Sebenarnya, kita harus belajar daripada mereka kerana setiap masalah yang dihadapi mesti mempunyai jalan keluar yang tersendiri dan teknik-teknik pengurusan emosi perlu dikuasai. Selain itu, para penyelidik juga mendapati tahu bahawa warga kota yang tinggal di persekitaran yang sesak juga akan mengganggu emosi mereka. Biasanya, kadar warga kota menghadapi masalah mental adalah lebih tinggi berbanding dengan yang tinggal di desa.

Saya pernah membaca sebuah buku yang bercerita tentang emosi iaitu "Emotional Freedom Technique For Dummies" karya Helena Fone. Dalam buku tersebut , Helena menyentuh tentang emosi sebenarnya banyak dipengaruhi oleh persekitaran kita. Pesekitaran yang dimaksudnya terdiri daripada keperibadian dan aktiviti sosial. Kepribadian memberi kecenderungan kepada orang untuk mengalami suasana hati dan emosi tertentu, contohnya beberapa orang merasa bersalah dan merasakan kemarahan dengan lebih mudah dbandingkan orang lain, sedangkan orang lain mungkin merasa tenang dan rileks dalam situasi apa pun. Intinya, beberapa orang memiliki kecenderungan untuk memiliki emosi apa pun secara lebih intens atau memiliki intensitas afek (perbedaan individual dalam kekuatan di mana individu-individu mengalami emosi mereka) tinggi . Contohnya, semasa perbincangan dalam kumpulan kecil (PBL), saya berasa sangat gelisah dan takut , tetapi terdapat kawan saya yang berasa rilek dan penuh dengan keyakinan.  

Akhir kata, saya rasa emosi ini sangat unik kerana ia mempunyai keupayaan untuk mengawal pemikiran,perasaan, dan tindakan seseorang. Terdapat satu soalan yang saya asyik fikirkan. Kawan saya pernah tanya saya bahawa EQ (Emotional)lebih penting atau IQ (Intelligence) ? Walau bagaimanapun, saya tetap berasa emosi lebih penting berbanding dengan kebijaksanaan. Seorang yang bijak tetapi tidak pandai mengurus emosi tidak akan berjaya dalam hidupnya. Hal ini disebabkan emosi ini berkait rapat dengan sosial . Sebenarnya kejayaan seseorang dalam hidup berkait rapat dengan hubungan sosialnya. Oleh itu, saya berasa emosi yang terurus telah menjadi satu kritiria saya yang penting untuk berjaya pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment