Saturday 30 July 2011

A131876 SIM LINGER LJ01- EMOSI

 

 
                        
               
                Salam sejahtera. Pada 27 Julai 2011, saya telah menghadirkan diri ke kuliah ZT2253 iaitu Pengerusan Emosi yang diajar oleh Dr Zamri. Kuliah ini dibahagikan kepada dua sesi, iaitu Pengenalan Emosi dan Struktur dan Expresi Emosi.  Sebelum ini, saya berpengetahuan sedikit tentang emosi, saya berasa bahawa emosi ialah perasaan seseorang seperti gembira, sedih, marah dan ia adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Selepas didedahkan kepada penjelasan yang selanjutnya daripada Dr Zamri, barulah saya sedar bahawa emosi itu sesuatu yang sangat kompleks dan saya dapat mengerti definisi sebenarnya dengan lebih tepat.
                Sebenarnya, emosi terdiri daripada empat komponen iaitu perasaan (affective experiences), kognitif (cognitive process), fisiologikal (physiological adjustment) dan tingkah laku (behavior). Empat komponen sentiasa mempengaruhi kehidupan kita tanpa kita menyedarinya. Sebagai contoh, apabila saya bertembung dengan seseorang di tepi jalan, saya berasa saya pernah lihat orang tersebut sebelum ini di tempat yang lain, lalu saya tertanya-tanya dan berfirkir, proses ini digelar sebagai kognitif (sebahagian daripada proses berfikir). Selepas itu barulah saya ingat bahawa orang tersebut adalah salah satu kawan sekolah rendah saya dan saya berasa sangat gembira kerana dapat bertembung dengan dia. Gembira itulah komponen perasaan yang dimaksudkan tadi. Kemudian, saya dengan cepatnya bertegur sapa dengan kawan tersebut  dan perbuatan inilah dipanggil sebagai tingkah laku. Saya berpeluh dan bernafas dengan lebih cepat kerana terlalu gembira dan ini adalah komponen  fisiologi. Fisiologi merupakan perubahan pada tubuh badan jika kita mengalami sesuatu emosi yang kuat seperti marah atau takut. Sebagian besar perubahan fisiologis yang terjadi selama rangsangan emosional terjadi akibat aktivasi cabang simpatik dari sistem syaraf otonomik untuk mempersiapkan tubuh melakukan tindakan darurat. Sistem simpatik bertanggung jawab untuk terjadinya perubahan-perubahan berikut: peningkatan tekanan darah dan denyut jantung, pupil mata mengalami dilatasi, keringat meningkat sementara sekresi saliva menurun, kadar gula darah meningkat, rambut di kulit menegak dan sebagainya.
 
                Melalu kuliah tersebut, saya menyedari bahawa emosi sebenarnya dapat memberikan motivasi kepada seseorang. Emosi boleh memotivasi orang lain mencapai sasaran atau menyelesaikan suatu tugas mahupun mengatasi persoalan atay tantangan yang dihadapinya. Saya akan menceritakan tentang pengalaman senior saya di mana pengalamannya berkait rapat dengan emosi dan motivasi. Senior saya bernama R telah melanjutkan pelajaran ke Australia selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah. Disebabkan sifat suka bermainnya, R telah gagal dalam tahun pertamanya. Selapas itu, dia pun mengulangi peperiksaannya tetapi gagal juga akhirnya. Kegagalan sebanyak dua kali itu telah menyebabkan dia mempunyai emosi yang kuat sekali (dari segi kesedihan, ketakutan dan ketidakpuashatian) dan emosi itu bertukar menjadi satu motivasi yang besar dan mendorongnnya untuk berusaha lagi. R membuat keputusan untuk tukar sekolah dan kursusnya dan akhirnya dia telah menjadi seorang akautan yang berjaya di Charted Bank. Emosi juga memberikan motivasi kepada saya. Sebagai contoh, apabila saya mendapat keputusan peperiksaan yang tidak begitu memuaskan, saya akan berasa sedih dan ada kalanya juga memarahkan diri sendiri kenapa tidak berusaha sebelum peperiksaan. Emosi itu akan mendorong saya untuk tekun belajar dan saya berjanji kepada diri sendiri bahawa saya tidak akan mengulangi kesilapan saya lagi. Emosi telah menyebabkan saya tidak mudah berputus asa dan inilah merupakan kebaikan emosi jikalu kita pandai mengurus emosi kita.
 
 
                Dalam dunia ini, ramai orang yang tidak pandai mengurus emosi dan membiarkan emosi  mengawal orang itu sebaliknya. Dalam konteks ini, emosi yang tidak diurus dengan baik akan membawa keburukan dan orang akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Sebagai contoh, kes bunuh diri yang kian meningkat dan sentiasa boleh dilihat di dada surat khabar. Kes-kes ini telah menunjukkan tekanan emosi yang kuat  dan seterusnya menyebabkan orang nekad untuk membuat sesuatu untuk mencederakan sendiri. Banyak orang memilih mengakhiri  hidupnya dengan bunuh diri sebenarnya tidak bersungguh-sungguh ingin mati. Meraka bunuh diri untuk mengakhiri apa pun yang sedang berjadi. Kata-kata seperti "Saya sudah tidak tahan lagi!, atau "Buat apa saya hidup?" biasa menjadi petunjuk yang memperlihatkan keinginana yang kuat untuk terbebas dari realiti kehidupan. Dan jika mereka sudah dalam taraf yang tidak mempu mengatasinya, jalan pintas bunuh diri menjadi penyelesaian terakhir bagi mereka.
 
                Pernah saya lihat satu buku yang bertajuk "Bus 9 to Paradise", karya Leo Buscaglia yang bertemakan cinta dan motivasi. Ia menceritakan bagaimana kita mencari syurga di dunia ini dan menjelaskan bahawa kewujudan kita adalah apa yang  kita telah hasilkan serta bagaimana kita menguruskan emosi kita. Dengan memeluk keseronokan yang ditawarkan dalam kehidupan, kita boleh mempunyai kegembiraan tanpa had. Saya mendapati satu ayat yang amat bermakna daripada buku "Bus 9 to Paradise", iaitu
"The easiest thing to be in the world is you. The most difficult thing to be is what other people want you to be. Don't let them put you in that position. "
"Perkara yang paling mudah di dunia ini adalah untuk menjadi kamu sendiri. Manakala perkara yang paling sukar adalah untuk menjadi watak yang orang lain berharapkan kamu jadi. Jangan biarkan mereka meletakkan kamu dalam kedudukan itu."
 
                Menurut Darwin's basic theory of emotions, emosi bagi seseorang individu adalah berdasarkan keturunan. Teori Darwin membuat kesimpulan bahawa ekspresi muka mempunyai kaitan dengan emosi . Dia juga berpendapat bahawa beberapa tindak balas emosi pada manusia seperti  rambut menjadi tegak apabila mengalami ketakutan yang melampau hanya boleh difahami dan dijelaskan dalam haiwan yang berkelas rendah dan Darwin menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa banyak ungkapan emosi adalah silang budaya dan silang spesies.
 
                Selain itu, menurut Plutchik primary emotion theory pula, senarai komprehensif yang merangkumi lapan emosi utama boleh diatur sebagai pasangan yang menentang. Perhatikan yang berikut: gembira dengan sedih (joy vs sadness), takut dengan kemarahan (fear vs anger), surprise dengan jangkaan (surprise vs anticipation), percaya dengan jijik (trust vs disgust). Beliau dapat lihat senarai ini sebagai roda jenis, juga disebut oleh sesetengah pihak sebgai Bunga Plutchik (Plutchik's Flower). Teori yang lain telah dinyatakan adalah seperti  Tomkin's facial feedback theory dan learning and experience theory.
 
                Akhir kata, saya telah belajar banyak daripada kuliah ini dan juga pencarian sendiri. Demi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang emosi dan teori-teori mengenainya, saya telah melayari internet dan membaca. Saya menyedari bahawa ilmu emosi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang rendah dan saya haruslah banyak mengkaji tentang emosi dan juga cara pengurusan emosi yang baik. Diharapkan dengan pemahaman yang selaanjutnya, saya boleh mengaplikasikan apa yang telah saya belajar dalam kuliah dalam kehidupan seharian saya.




No comments:

Post a Comment