Saturday 30 July 2011

A131736 Lim Wei Kuan LJ01Pengenalan Emosi

A131736         Lim Wei Kuan


Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal pertama yang saya tulis setelah menghadiri kuliah 1 Pengurusan Emosi ZT2253 pada 27 Julai 2011. Pada kuliah hari itu, Dr. Zambri memberi taklimat-taklimat tentang cara mendapat markah tandatangan dan selepas itu barulah bermula kuliah dengan tajuk "Pengenalan Emosi" dan "Struktur Asas Emosi". Sebelum kuliah ini, pendapat saya tentang emosi ialah perasaan muka yang dapat dilihat pada seseorang dan emosi ini boleh memberitahu orang lain pemikiran seseorang. Selepas kuliah ini baru saya tahu bahawa emosi merupakan satu ilmu yang luas.

Rupa-rupanya, menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi ialah interaksi kompleks berkaitan dengan subjek dan faktor yang dikawal oleh sistem hormon saraf. Terdapat empat komponen yang penting dalam emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkah laku berkaitan. Saya tidak perasaan selama ini semua tingkah laku saya kebanyakkan terlibat dengan keempat-empat elemen ini. Contohnya, saya berasa takut apabila berdiri di tempat yang tinggi, dan saya akan berpeluh dan bergigil. Oleh itu saya akan berundur ke belakang atau menggenggam sesuatu supaya saya berasa selamat.

Selain itu, emosi dan motivasi merupakan sesuatu yang bersepadu bahawa emosi boleh menjadikan sebagai motivasi untuk seseorang melakukan sesuatu. Pernyataan ini sangat betul kerana emosi boleh mendorong seseorang untuk mencapai sesuatu taklimat. Contohnya saya berasa kecewa kerana mendapat keputusan yang tidak memuaskan dan perasaan kecewa ini mendorong saya untuk berusaha lagi. Pada pendapat saya emosi ialah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh diukur. Selepas kuliah ini baru saya tahu bahawa emosi boleh diukur berdasarkan soal selidik, temu bual atau pemerhatian.

Dalam tajuk kedua kuliah hari itu saya didedahkan dengan teori-teori seperti Darwin's basic theory of emotions, Tomkin's facial feedback theory, Plutchik primary emotion theory, dan Izard's innate facial expression.

Antara teori-teori ini saya berasa teori Tomkin paling menarik perhatian saya. Teori ini menyatakan tingkah laku kita boleh mempengaruhi emosi kita dan bukannya emosi yang mendorong kita melakukan sesuatu tingkah laku. Dalam ujian itu saya betul betul boleh berasa gembira selepas senyum seketika. Saya tidak faham kenapa keadaan ini boleh berlaku. Saya rasa mungkin saya berasa gembira kerana persekitaran yang lucu. Kawan-kawan di sebelah saya juga membuat ujian ini dengan bersenyum dan keadaan lucu ini menyebabkan saya ketawa dan berasa gembira. Walaubagaimanapun, saya bersetuju dengan kritikan teori Facial Feedback Theory kerana bukan tingkah laku kita boleh selalu mempengaruhi emosi kita. Tingkah laku kita yang dilakukan mungkin adalah untuk kegunaan tertentu. Misalnya pekerja di kaunter jualan diajar untuk bersenyum sepanjang masa supaya memberi imej yang baik kepada pelanggan. Walaupun pekerja itu bersenyum sepanjang masa tidak bermakna dia berasa gembira sepanjang masa kerana senyuman itu adalah atas permintaan pengurusnya dan bukan emosi sebenarnya. Keadaan yang serius juga tidak dapat menyebabkan seseorang berasa gembira dengan bersenyum. Contohnya, jikalau ibu seseorang itu meninggal dunia dan dia berasa sangat sedih, tidak mungkinlah dia akan berasa gembira dengan bersenyum selama seminit atau sejam. Pada pendapat saya teori Tomkin ini tidak dapat diaplikasikan dalam semua keadaaan  dan masih tiada bukti yang keras untuk membuktikan teori ini.

Saya bersetuju dengan teori Plutchik dengan menggambarkan emosi dalam tiga bahasa yang berbeza: bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif yang paling senang dan paling sering digunakan oleh kita untuk menunjukkan emosi kita kepada orang lain dengan memberitahu orang lain secara bertutur. Bahasa tingkah laku boleh diperhati daripada kelakuan dan aksi seseorang. Contohnya seseorang akan bertepuk tangan untuk menunjukkan kegembiraannya. Bahasa fungsian ini lebih bergantung kepada individu kerana pemikiran setiap orang berbeza. Orang yang berbeza akan memberi tafsiran yang berbeza walaupun mempunyai emosi yang sama. Selain itu terdapatnya dimensi emosi yang mengaturkan emosi dalam kategori-kategori berdasarkan intensiti, kesamaan, dan polariti. Dengan kategori ini saya berasa senang untuk mengenalpasti sesuatu perasaan dan emosi yang berbeza dan mangelirukan. Dalam Plutchik 3D model emosi-emosi dibahagikan lagi dengan lebih teliti mengikuti tahap dan jenis. Model ini memudahkan saya menentu tahap emosi saya yang selalunya saya nampak macam sama sahaja.

Dalam teori Izard, emosi ini adalah keupayaan semula jadi dalam manusia dan pengajaran emosi kepada seseorang hanya untuk mengawal emosinya. Saya bersetuju dengan teori ini kerana bayi yang dilahirkan tidak mungkin boleh memahami apa yang dilakukan oleh oranag dewasa tetapi masih boleh ketawa apabila dia gembira dan menangis apabila dia lapar. Emosi-emosi ini tidak diajar oleh ibu bapanya tetapi bayi itu tahu untuk memberi emosi yang berkaitan dan sesuai dengan situasinya. Saya juga berasa hairan tentang soal ini dan apa yang saya terfikir ialah emosi ini memang 'diprogramkan' dalam jiwa badan kita untuk mengekspresikannya tanpa diajar. Jikalau teori ini betul, betul juga bahawa orang dari tempat lain dalam dunia ini mempunyai persefahaman yang sama tentang emosi. Kajian yang dilakukan oleh Ekman menunjukkan kebanyakkan orang mempunyai persefahaman yang sama tentang emosi. Saya percaya dengan teori Izard bahawa emosi ini boleh dikawal selepas diajar. Contohnya, budak yang tidak diajar bagaimana mengekspresikan emosinya akan menjerit apabila dia marah. Selepas dia diajar cara menunjukkan perasaan marah yang sesuai seperti memberitahu ibu bapa kemarahannya, dia tidak akan menggunakan cara menjerit untuk menunjukkan kemarahannya sedangkan emosinya masih sama. Sebeb itulah terdapat khusus Pengurusan Emosi yang mengajar kita apa itu emosi dan cara-cara yang betul untuk menanganinya.

Saya rasa teori pembelajaran melalui pengalaman ini sangat betul kerana pengalaman yang kita dapat dalam kehidupan akan memberitahu kita perasaan yang akan dirasai dalam keadaan tersebut. Misalnya, saya pernah hampir terlanggar oleh kereta semasa menyeberangi jalan. Selepas kejadian itu saya mempunyai pengalaman dan sampai sekarang setiap kali semasa saya hendak menyebarangi jalan, saya akan menjadi sangat berhati-hati dan cemas supaya tidak dilanggar oleh kereta. Atas pengalaman yang kita harungi kita boleh mempunyai emosi-emosi tertentu dalam situasi tertentu dan emosi-emosi ini boleh membantu kita menghadapi keadaan itu dalam keadaan yang paling sesuai.

Kesimpulannya, saya telah banyak belajar tentang emosi dan teori-teori emosi yang penting seperti teori Tomkin, Izard dan Plutchik. Walaupun terdapat sedikit percanggahan dalan teori-teori ini tetapi saya bersetuju pada kabanyakan alasan dan bukti. Saya juga dapat mempelajari bahawa emosi ini sangat penting dalam kehidupan kita kerana sebagai manusia kita mempunyai emosi yang berbeza pada waktu yang berbeza dan sangat pentingnya untuk kita menguruskan emosi kita dan belajar cara menunjukkan emosi kita dalam cara yang betul supaya boleh membantu kita mengelakkan perselisihan selain mengeratkan hubungan dengan orang lain. 

No comments:

Post a Comment