Saturday 30 July 2011

A131644 MUHAMMAD AIZUDDIN BIN NASAHROM LJ01 EMOSI ERMM

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Jurnal ini merupakan jurnal pertama saya mengenai pengurusan emosi dalam subjek  ZT2253. Bagi saya subjek merupakan perkara baharu bagi saya kerana kita cuma membicarakan tentang pengurusan emosi. Saya berharap melalui subjek ini boleh memberikan saya pengetahuan yang lebih mendalam mengenai pengurusan emosi ini.

Melalui sesi pengenalan dalam subjek ini, saya telah didedahkan satu – persatu mengenai pengurusan emosi dimulai dengan definisi sehinggalah proses emosi ini berlaku. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pengurusan ialah perbuatan atau hal mengurus sesuatu manakala emosi ini didefinisikan mengikut dua perkara. Yang pertama perasaan jiwa ( batin ) yang kuat seperti sedih atau marah dan yang kedua ialah keadaan perasaan yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang.  Apabila kita mengabung dua perkataan ini pengurusan emosi bermaksud menguruskan perasaan yang terjadi akibat daripada perubahan psikologi dan fisiologi.
Ada satu perkara yang menarik dalam pengurusan emosi ini apabila ia berkait rapat dengan apa yang kita lakukan. Justeru itu, menguruskan emosi merupakan perkara yang paling penting yang wajib kita jaga.

Saya ingin menceritakan pengalaman saya ketika saya menghadapi tekanan yang paling hebat dalam hidup saya apabila sewaktu menghadapi peperiksaan ulangan. Maklumlah peperiksaan ulangan ini kalau orang faham tidak lulus dalam peperiksaan ini tidak boleh meneruskan pengajian pada tahun berikutnya atau yang paling teruk dibuang daripada jurusan itu. Saya masih ingat pada waktu itu, ketika ingin menyemak keputusan peperiksaan, hati saya berdebar – debar dan daripada raut wajah saya timbul kerisauan, boleh bayangkan sendiri kalau orang tengah risau macam mana keadaannya. Begitu juga dengan saya ketika itu. Daripada situ, kita boleh lihat terdapat perubahan dalam diri saya dari segi psikologi dan fisiologi.

Apabila saya diberitahu bahawa saya telah gagal lima kertas dan terpaksa menjawab peperiksaam ulangan, serta merta dalam diri saya berubah daripada risau kepada sedih dan bingung. Lihat betapa cepatnya badan kita memberi tindak balas. Sedih saya ketika itu, hanya tuhan saja yang tahu. Timbul dalam diri saya perasaan memberontak dan malas untuk belajar. Tapi dengan sokongan keluarga perasaan saya itu hilang dan emosi saya ketika itu telah berubah. Saya lebih bersemangat dan yakin bahawa saya boleh melepasi halangan ini. Akhirnya saya telah berjaya dan sekarang saya berada dalam tahun dua.

Melihat daripada kisah saya ini, walaupun kita ada dengar atau membaca mengenai cara – cara untuk menguruskan emosi dengan betul tanpa orang ketiga iaitu keluarga kita, kawan kita atau sesiapa pun kita mungkin tidak dapat mengawal emosi kita. Sebab itulah wujudnya bidang kounselor apabila golongan professional ini memang pakar dalam perkara ini dan selalu kita dengar kalau ada menghadapi masalah seeloknya kita rujuk kepada mereka.

Tapi sayang, saya yakin ada diantara kita tidak pernah berjumpa dengan kounselor walau sekali pun sebab yang utama tidak sempat, tidak cukup masa dan sebagainya. Sebab itu muncul pelbagai masalah sosial yang berlaku dan yang sedihnya masalah sosial ini sering berlaku dalam generasi muda kita. Misalnya pengkid, gay dan lesbian. Dan yang terbaru ini yang bertukar jantina. Pada pendapat saya mereka menjadi sebegini disebabkan terpengaruh dengan anasir – anasir kuning ini bukan kuning BERSIH itu tapi pengaruh luar malah mungkin kurang didikan agama. Misalnya agama Islam itu sendiri telah mengajar kita supaya kita menjaga diri kita dan mengawal  emosi kita. Sekiranya kita rasa diri kita sudah menyimpang dari apa yang diajar Islam berbalik semula kepada Al – Quran dan Sunnah. Banyakkan berdoa kepada tuhan kerana berdoa merupakan satu senjata terakhir kita sekiranya kita tidak tahu nak buat apa – apa. Malah tinggal beberapa hari lagi bulan Ramadan akan tiba, gunakanlah kesempatan yang ada, didiklah diri kita supaya dapat menguruskan perasaan kita dengan baik. Malah dalam bulan Allah telah rantaikan syaitan yang selalu menghasut kita berbuat kejahatan, cuma yang tinggal hanya diri kita sahaja.

Saya tertarik pada satu "slide" yang ditunjukkan mengenai "Tomkin's Facial Feedback Theory". Teori ini apa yang saya faham mengenai ekspresi emosi yang ditunjukkan pada wajah. Macam yang saya pernah nyatakan sebelum ini. Teori ini membicarakan sebab apa yang menyebabkan perubahan emosi ini. Misalnya senyum. Kita senyum sebab apa? Adakah disebabkan persekitaran kita ataupun disebabkan kita berasa gembira. Ekspresi muka adalah penting dalam satu cara yang cepat untuk mengetahui perasaan seseorang iti. Walaubagaimanapun, terdapat juga sedikit kekeliruan disini, kadang – kadang apa yang kita lihat tidak selalu betul apa yang kita anggap. Seperti sekiranya ada orang pandang kita, adakah dia menyukai kita, ataupun ada sesuatu di muka kita ataupun sebenarnya dia tidak senyum kepada kita .
Sebagai contoh lukisan Mona Lisa. Saya pernah membaca salah satu artikel, ada beberapa pihak cuba merungkai raut wajah Mona Lisa. Ada yang mengatakan bahawa Mona Lisa ini sedang senyum dan ada juga yang kata sebaliknya. Walau apa pun, ini satu persoalan yang saya ingin tinggalkan. Renung – renungkanlah lukisan Mona Lisa ini.

Kesimpulannya, pengurusan emosi wajar diajar dan diketahui oleh semua orang. Banyak kepentingan yang boleh kita perolehi melalui subjek ini. Ingatlah bahawa menguruskan perasaan ini bukan hanya melalui tip – tip yang diberikan tetapi melalui sokongan orang lain juga. Beringatlah sebelum terlambat ibarat sediakan payung sebelum hujan. 

No comments:

Post a Comment