Saturday 30 July 2011

Fwd: A131745 MAS MAZLIN MAZUIN BINTI MOHD SHARIFF



---------- Forwarded message ----------
From: mas mazlin mazuin mohd shariff <cahayasyahadah@gmail.com>
Date: 2011/7/30
Subject: A131745 MAS MAZLIN MAZUIN BINTI MOHD SHARIFF
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com, tugasan2253@gmail.com


E + M + O + S + I = EMOSI


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah coretan jurnal saya yang pertama. Tak sangka pula saya perlu menulis jurnal saya sendiri dalam kursus ZT kali ini. Saya rasa kaedah seperti sangat menarik. Ini kerana, melalui catatan jurnal saya dapat mengetahui apa yang saya fahami, apa input yang saya dapat semasa menghadiri kuliah Pengurusan Emosi. Saya tertarik dengan tajuk ZT kali iaitu PENGURUSAN EMOSI. Seperti mana yang saya ketahui setiap individu ada emosi masing-masing dan emosi itu berbeza mengikut situasi. Ia terpulang kepada individu itu sendiri cara untuk menguruskan emosi itu. Setiap individu tidak boleh lari dengan perkataan EMOSI dalam hidup ini kerana emosi menjadi komponen penting dalam hidup manusia dan ia merupakan lumrah manusia. Di sini saya bangkitkan satu persoalan, ada tak manusia yang tidak mempunyai emosi? Selama ini saya mendefinisikan emosi sebagai perasaan. Ini adalah apa yang saya fahami tentang perkataan yang mempunyai lima huruf ini iaitu E.M.O.S.I  selama ini.

            Pada 27 Julai 2011, saya telah menghadiri kuliah ZT2253, Pengurusan Emosi. Dr Ahmad Zamri Mansor telah menyampaikan dua kuliah iaitu kuliah pertama merupakan Pengenalan manakala kuliah kedua bertajuk  Struktur dan Eksperesi Emosi. Melalui kuliah ini, saya telah didedahkan tentang pelbagai aspek tentang emosi. Selama ini saya mendefinisikan emosi tertumpu hanya kepada perasaan sahaja, tapi setelah menghadiri kuliah ini baru saya sedari yang definisi emosi itu sendiri sangat meluas. Selama ini saya menganggap emosi itu suatu perkara yang biasa. Tapi setelah kuliah in, saya mendapati emosi itu suatu yang komplek dan pelbagai teori telah dikeluarkan melalui lima huruf iaitu E.M.O.S.I. Satu perkara yang sangat menarik untuk diketahui.

            Melalui kuliah ini, emosi didefinisikan menurut Kleinginna & Kleinginna sebagai satu set kompleks yang mempunyai interaksi antara subjektif dan objektif. Apa itu subjektif? Subjektif selalunya dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang berdasarkan fakta sebenar. Objektif pula fakta atau situasi yang mempengaruhi keputusan sesuatu. Emosi pula mempunyai empat komponen iaitu afektif, kognitif, fisiologi dan tingkahlaku. Saya amat tertarik dengan ringkasan yang diberikan oleh Dr zamri untuk mengingati empat koponen ini iaitu AKFB (akaun facebook). A-afektif, K-kognitif, F-fisiologi, B-behaviour. Empat komponen ini sangat menarik. Kenapa saya katakana sedemikian? Ini kerana komponen ini seperti menunjukkan suatu proses. AFEKTIF adalah apa yang kita rasa,perasaan kita. Proses KOGNITIF pula apa yang kita tafsirkan dari perasaan itu dan cara menanganinya. Perubahan FISIOLOGI pula reaksi dalam tubuh badan yang berlaku hasil daripada perasaan yang ditafsirkan. Tingkahlaku pula tindakan kita seterusnya hasil daripada perasaan kita. Saya sangat tertarik dengan contoh yang diberikan dalam kuliah itu. Ia boleh dikaitkan dengan diri saya sendiri.

            Dalam coretan jurnal ini, saya juga ingin ketengahkan tajuk emosi dan motivasi. Kenapa saya merasakan tajuk sangat menarik untuk diketengahkan dalan catatan jurnal saya? Ini kerana perkataan EMOSI dan MOTIVASI itu sendiri. Tajuk ini mengaitkan hubungan antara emosi dan motivasi itu sendiri. Sebagai seorang pelajar kita tidak boleh lari dengan perkataan emosi itu sendiri. Pelajar sering dikaitkan dengan stress dan kita perlu mempunyai motivasi dalam diri masing-masing. Jadi, dalam kuliah ini, ia ketengahkan sejauh mana hubung kait antara EMOSI dan MOTIVASI. Menurut Baron & Logan,1993, emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Manakala menurut Lang et al,1992, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Contohnya, motif pembunuhan disebabkan kebencian. Ini menerangkan yang kebencian(emosi) memberi motivasi kepada seseorang untuk membunuh. Persoalan saya di sini,apa itu motivasi? Adakah ia boleh dikategorikan sebagai positif motivasi atau negatif motivasi?Jadi, melaui kaitan yang diketengah ia menunjukkan yang emosi dan motivasi itu saling berkait. TAPI, sangat menarik di sini, tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong(motivator) dan tidak semua motivator berasaskan kepada emosi. Contohnya di sini, tidak semestinya kita makan kerana lapar. Cuba anda renungkan apa maksud disebaliknya…. Jadi, tajuk ini menunjukkan emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Ia berbeza dengan definisi saya selama ini tentang emosi yang hanya tertumpu pada skop perasaan sahaja.

            Menarik untuk dikongsikan, bagaimana untuk mengukur emosi? Sepertimana yang saya ketahui emosi itu begitu sukar untuk diukur sebenarnya. Emosi tidak seperti ukuran fizikal, apa yang kita boleh lihat dan rasakan. Contohnya, mengukur berat. Kita dapat mengukur berat dengan sebuah alat dan dapat menilainya dari segi angka. Tapi, bagaimana pula dengan emosi? Adakah kita boleh meletakkan tahapnya? Cuba renungkan persoalannya di sini.Tetapi untuk tujuan penyelidikan, terdapat beberapa cara untuk mengukur emosi iaitu melalui pemerhatian, ukuran berdasarkan fisiologi, penunjuk psikologi dan pengesan penipuan. Persoalan yang bermain di minda saya, wujudkah alat pengesan penipuan. Masih menjadi tanda tanya buat saya. Mungkin saya perlu mencari informasi lagi tentang perkara tersebut.

            Mengenai struktur dan ekspresi emosi, ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu teori biologi dan teori pembelajaran. Daripada aspek teori biologi, pelbagai teori telah dikeluarkan. Contohnya, teori asa emosi Darwin, teori asas emosi Plutchik, Maklumbalas Wajah Tomkin dan Ekspresi Wajah Semulajadi Izard. Melalui teori Darwin ini, emosi terdiri daripada emosi asas. Menurutnya, ekspresi wajah melambangkan emosi kerana muka dapat dilihat jika dibandingkan dengan organ lain. Emosi asas yang dipersetujui oleh Plutchik, Tomkin, Izard ialah takut, meluat, marah, terperanjat.

            Plutchik teori ada tiga komponen di dalamnya iaitu bahasa emosi, asas tindak balas adaptasi dan emosi.menurut bahasa emosi Plutchik, emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza iaiti bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif ialah bahasa biasa bagi emosi. bahasa tingkahlaku ialah tindakan susulan berdasarkan emosi yang diransang. Manakala bahasa fungsian pula ialah emosi itu berperanan kepada individu itu. Contohnya, saya gembira (bahasa subjektif) dengan keputusan saya, lalu saya melompat kegirangan(bahasa tingkahlaku) dan ia membuatkan hidup saya lebih yakin dan bahagia( bahasa fungsian). Terdapat lapan tindakbalas asas adaptasi( basic adaptive reactions) iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima, rasa ingin tahu. Manakala komponen ketiga dalam Plutchik teori ialah dimensi emosi. Dimensi emosi terbahagi kepada tiga iaitu intensity, similarity dan polarity. Intensity ialah darjah kekuatan emosi. contohnya dari bahagia kepada gembira. Similarity merujuk kepada hubungan. Contohnya takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira. Polarity pula merujuk kekutuban. Contohnya benci lawannya suka.

            Di sini, saya ingin mengulaskan serba sedikit tentang Teori maklumbalas wajah Tomkin ( Tomkin's Facial Feedback Theory). Teori ini ketengahkan apa yang disebabkan oleh apa? Pelikkan ayat ini. Tapi, ia memberi maksud tersirat. Persoalan dalam teori ini ialah adakah kita senyum kerana gembira? Ataupun, kita gembira kerana kita senyum. Menurut Tomkin senyum membuatkan kita bahagia. Tapi, bagi saya senyum tak semestinya membuat kita bahagia. Kadang-kadang kita senyum untuk mengambil hati orang ataupun senyum sebagai salah satu bahasa tubuh untuk berkomunikasi. Jadi, adakah dengan kita senyum oleh sebab yang demikian kita akan gembira?

            Kesimpulannya, saya telah mendefinisikan emosi dalam skop yang kecil iaitu hanya tertumpu kepada perasaan. Tapi, sebenarnya emosi member maksud yang sangat meluas dan komploeks. Perasaan merupakan elemen dalam emosi. Kadang-kadang emosi mengikut situasi. Terpulanglah buat individu itu sendiri menguruskannya. Jadi, apabila telah mengetahui konsep asa emosi itu, lebih mudahlah emosi itu diuruskan. Kita jumpa lagi dalam edisi coretan jurnal akan datang. Nantikan kemunculannya. Lima huruf bergabung, meletup..Wassalam.


No comments:

Post a Comment